9.00 p.m
Semua turun ke bawah setelah selesai solat isyak secara berjemaah di ruang tamu tingkat dua. Hari ni semua anak cucu balik ke villa Syeikh Rahman. Katanya ingin menyambut kepulangan ku. Terasa dihargai dengan orang sekeliling.
Di meja makan terlihat pelbagai menu. Macam nak buat kenduri pon ada. Banyak betul makanan. Lupa pula, macam mana tak banyak kalau anak Syeikh Rahman sahaja 12 orang termasuk menantu. Cucu Syeikh Rahman pula 25 orang termasuk baby yang masih kecil.
Masing-masing mengambil tempat di meja makan untuk menjamu selesa. Bahagian depan untuk anak menantu sekali dengan anak yang masih kecil. Bahagian tengah untuk cucu perempuan sahaja. Bahagian hujung untuk cucu lelaki.
Kami semua hanya berborak santai. Prinsip di meja makan masih sama seperti 8 tahun yang lepas. Tidak berborak tentang kerja-kerja di office.
Ada juga yang menyoalku tentang keadaan semasa duduk di US. Aku hanya mencerita perkara yang happy sahaja kepada mereka. Aku juga menceritakan aku mempelajari ilmu mempertahankan diri dan sebagainya. Aku tak menceritakan apa yang berlaku sepenuhnya semasa di US.
Selesai makan semua menuju ke ruang tamu sebelah ruang makan. Ada yang menonton tv, ada yang berborak tentang kerja. Aku tersenyum dengan suasana yang meriah itu. Bukan semua dapat berkumpul begini.
"Shopia" panggil Syeikh Rahman.
Aku memandangnya
"Masih ingat amanah tokayah??" soalnya
"Ingat" jawabku sepatah
"Dah bersedia nak masuk kerja??" soalnya lagi
"Dah. Lusa in sha Allah Shopia akan mula ambil alih. Bagi Shopia rehat sehari sebelum masuk kerja" jawabku tenang
"Baiklah. Nanti tokayah akan beritahu semua staff di sana. Apa-apa nanti kamu tanya Farries" ujarnya
Aku hanya mengangguk tanda okey.
"Tokayah ada belikan kereta untuk Shopia dan Mikayla. Esok pagi atau tengahhari mungkin kereta akan sampai. Tokayah harap korang boleh kongsi. Tokayah suruh kongsi dengan Mikayla sebab dia dah habis sekolah. Apa-apa senang kalau dia nak pergi mana-mana. Susah kalau dia berkongsi dengan adik-adik yang masing bersekolah" kata Syeikh Rahman lagi
Aku mengangguk lagi. Kalau aku membantah pun tak ada guna. Setelah lama berdiam diri, aku mula berborak dengan sepupu-sepupu yang lain. Bukan selalu nak borak kosong dengan mereka.
Perlahan-lahan semua beransur pulang ke rumah masing-masing.
Esok bukan hari cuti. Masing-masing ada tanggungjawab untuk bekerja. Aku berjalan menuju ke arah abang-abangku yang masih lagi berborak dengan anak-anak lelaki Makngah."Abang Farries" panggilku
Engku Farries yang sedang berborak dengan mereka memusingkan kepalanya memandangku.
"Busy tak?" soalku
"Tak. Kenapa?" soalnya semula
"Shopia nak tanya pasal Hunting & Archery Club" jawabku
"Oh. Jom pergi bilik abang. Semua data ada dekat laptop abang" ajaknya.
Aku hanya mengikuti Engku Farries dari belakang. Sampai saja di biliknya aku mengambil tempat di sofa hujung katil. Aku hanya memandang Engku Farries sedang membuka beg laptop untuk mengambil laptopnya dan pendrive.
Engku Farries mengambil tempat di sebelahku. Sementara menunggu laptop sepenuhnya on, Engku Farries mengajakku untuk berborak.
"Lain kakak sekarang" ujarnya
![](https://img.wattpad.com/cover/309009389-288-k406545.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR & WAKTU [On Going]
RomanceKehidupan Shopia telah berubah 360 darjah setelah keluarga besarnya berpisah menjadi 2 keluarga. Sikap Shopia yang ceria dan peramah telah hilang dalam dirinya. Dia yang dulu tidak sama dengan yang sekarang. Shopia yang sekarang banyak mendiamkan di...