Bab 4

31 3 0
                                        

Lapan tahun kemudian. 2022

Aku tiba di Malaysia pada pukul 9.00 am. Keadaan pagi yang aku rindu sangat-sangat semasa berada diluar negara. Aku menolak troli yang berisi bagasi ku untuk menuju ke tempat menunggu. Aku hanya memakai t-shirt putih, kot panjang hitam, seluar jeans hitam, tudung shawl hitam, mask, cermin mata hitam dan kasut sport putih.

Aku dah bagitahu ahli keluarga bahawa aku balik Malaysia hari ini. Tapi sorang pon aku masih tak nampak. Mungkin masih dalam perjalanan. Aku duduk di tempat kosong lalu bermain handphone sahaja sambil menunggu sesiapa sahaja yang menjemput ku.

"Shopia Evelyn" jerit seseorang

Fikiranku terus teralih dari dunia telephone. Aku terus mengalih pandangan dari skrin telefon setelah terdengar namaku disebut sekali lagi. Aku membuka cermin mataku,lalu aku bangun dari duduk dan mula mencari arah suara yang menyebut namaku.

"Quin Shopia Evelyn" jeritnya sedikit kuat

Aku ternampak Clara Freya iaitu sepupuku lalu aku mengangkat tangan ke arahnya menandakan aku berada disini. Clara seperti perasan aku yang menegur ke arahnya, dia terus bergerak ke arahku.

"Wahhh lain kau sekarang. Semakin cantik" ujarnya gembira dengan pertemuan tersebut

Aku menjongetkan keningku sebagai tanda setuju dengan pujiannya. Clara hanya menguihkan bibir tanda menyampah dengan ku.

"Jom"ajakku untuk tidak berada di situ lebih lama. Aku memakai semula cermin mata ku lalu menolak troli bagasi. Clara hanya mengikutku dari samping.

"Mana kereta kau" soalku

"Tu" tunjuknya sambil berjalan ke arah Velfire hitam yang terletak di hadapan pintu keluar masuk bayan lepas. Aku hanya mengikut dari belakang.

Pemandunya menunggu di luar kereta lalu menyambut kami dan membuka pintu kereta. Orangnya kelihatan seperti berumur 30 tahun ke atas. Aku sekadar memandangnya walaupun dia tak nampak anak mataku. Baru sahaja aku ingin mengangkat bagasi, lelaki tersebut menghalang aku. Dia membantu aku memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"Biarkan ja. Nanti Abang Amsyar masukkan beg-beg ni" ucap Clara sambil menarik lengganku untuk masuk ke dalam kereta.

Aku memandang ke arahnya walaupun masih memakai cermin mata hitam. Dia tersenyum lalu menganggukan kepala sebagai tanda. Aku menurut sahaja untuk masuk ke dalam kereta. Dah orang cakap macam tu kita turutkan sahaja.

"Kita pergi sarapan dulu nak?" soal Clara

"Kita balik rumah tokayah terus lah. Aku tak lapar" jawabku mendatar. Tangan membuka cermin mata hitam dan mask.

"Alahhh jom lah. Aku lapar ni" pujuk Clara

"Aku tak lapar" jawabku lagi mendatar

Suasana sunyi seketika setelah Amsyar masuk ke tempat pemandu.

"Abang Amsyar lapar tak. Jom pergi makan coti canai dekat tempat biasa" ajak Clara kepada Amsyar

Amsyar memandang Clara melalui cermin pandang belakang.

"Saya ok ja kalau nak pergi makan" jawab Amsyar

"Kalau macam tu jom kita pergi makan" ajak Clara ceria

Aku memusingkan postur badanku lalu memandang tajam ke arahnya.

"Apa?" soalnya tanpa rasa bersalah

Aku masih memandang tajam ke arahnya.

"Aku tak takut dengan pandangan kau tu. So jangan tengok aku macam tu" ucapnya sambil memandang ke arah lain.

Sebenarnya dalam hati Clara takut juga tengok pandangan Shopia. Shopia versi baharu la katakan.

TAKDIR & WAKTU [On Going]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang