𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟒

1.7K 102 4
                                    

"KENAPA awak kurang ajar dengan mama saya? Tak boleh ke cakap dengan baik?"tegur Adwa. Ketika itu Rifqah sedang berehat sambil membaca novel kesukaannya.

"Oh apa orang tua mengadu kat kau? Dia yang mulakan dulu aku yang salah? Kau tak payah nak bela mak kesayangan kau tu,"kata Rifqah dengan kasar.

"Itu mama saya dan ibu mentua awak Rifqah! Takkan langsung takde hormat terhadap kat mama saya,"balas Adwa. Rifqah meletakkan novelnya di atas meja dengan kuat dan berdiri di hadapan suaminya.

"Susah dapat suami yang jenis anak mak ni. Asal semua benda nak salahkan aku? Kira eloklah aku boleh balik rumah keluarga kau dari aku lari? Tolong bersyukurlah Adwa!"ujar Rifqah. Suaranya sudah naik seoktaf.

"Acah pandai betul awak ni. Keluar pergi kerja atau jumpa Raiden tu?"kata Adwa lagi. Rifqah cuba untuk menahan geram.

"Kau ni memang aku boleh cakap tak cerdik. Aku ni masih ada common sense. Tak tahu nak tengok telefon ke? Aku ada hantar mesej kat kau! Aku mesej kau sebab tak nak kau tuduh aku,"balas Rifqah dan Adwa pantas melihat telefonnya.

Dia menelan air liur membaca mesej yang dihantar oleh Rifqah pagi tadi. Malas untuk bergaduh, Rifqah menarik selimut untuk tidur.

"Awak marah saya?"tanya Adwa.

"Aku takde masa nak marah kau. Aku dah mati rasa,"kata Rifqah dan Adwa hanya menghela nafas berat dan dia baring di sofa sambil mengenangkan takdir hidupnya.

Sementara itu, Raiden sedang berehat sambil menikmati air coklat panas.

"Kenapa panggil aku?"soal Yazid yang sudah duduk di hadapan Raiden.

Raiden memberikan gambar Adwa kepada Yazid. Yazid mengangkat keningnya tanda dia tidak faham.

"Dapatkan semua maklumat pasal dia. Everything about him. Jangan ada yang tertinggal,"ujar Raiden dengan muka yang serius.

"Kau nak buat apa dengan semua maklumat pasal Adwa?"tanya Yazid untuk kepastian. Raiden menyandarkan diri di kerusi dan menyilang kakinya.

"Aku tahu dan yakin yang dia tak mampu bahagiakan Rifqah. Jantan tu mana pernah nak berubah. Banyak salahkan Rifqah je. Aku takkan diam. Aku akan jaga Rifqah dari jauh,"kata Raiden dan Yazid mengangguk tanda faham.

"Aku akan dapat maklumat tu. Kau jangan risau aku akan perhatikan Adwa di mana-mana saja,"balas Yazid. Dia meminta diri untuk pulang ke rumah.

Duduk seorang diri di rumah banglo adalah perkara biasa bagi Raiden. Dia akan sentiasa pulang ke rumah keluarga walaupun dia sibuk dengan syarikat miliknya.

"DUDUK dalam bilik tu kau ingat kau permaisuri dalam rumah ni?"kata Datin Laila dari luar bilik. Rifqah yang sedang bermain telefon mencampakkan telefonnya di atas katil.

"Mama ni nasib Iqa tahu nak hormat orang tua. Buta agaknya Iqa dah buat kerja rumah walaupun bibik Imah dah halang. Jangan ingat mama je berkuasa dalam rumah ni. Iqa pun ada hak nak bercakap apa yang Iqa rasa!"kata Rifqah setelah membuka pintu bilik.

"Mak ayah kau ni memang ajar kau jadi kurang ajar ke?"soal Datin Laila sinis. Rifqah menyilang tangannya. Dia menayangkan wajah tenang. Tenang yang sangat berbahaya.

"Iqa atau anak mama tu yang kurang ajar? Lain kali tak payah nak libatkan mak ayah Iqa. Iqa jadi macam ni sebab anak mama tu. Ingat Iqa ingin sangat nak jadi menantu mama?"kata Rifqah. Kata-katanya berbaur sindiran.

"Nak cakap juga mana perempuan yang sentiasa dengan dia tu? Dulu bukan main kutuk Iqa terdesak cari lelaki. Habis dia tu terdesak cari orang baru sebab nak perhatian?"kata Rifqah lagi dan Datin Laila tergamam.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now