𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟓

1.6K 100 3
                                    

"BAHAGIA dengan Adwa? Kau sepatutnya tak payah kahwin dengan Adwa. Aku tengok dia tu seram gila,"kata Raiden sambil mengacau minuman yang dipesannya.

"Setiap hari aku berperang dengan dia. Apa erti bahagia yang sebenar kalau dia tu masih lagi nak salahkan aku?"kata Rifqah. Dia menyandarkan diri di kerusi.

"Dia tu suka putar belit cerita. Dia nak nampakkan kau ni jahat supaya orang boleh sokong tindakan dia,"kata Raiden dan Rifqah menghela nafas berat.

"Aku pun tak tahu kenapa aku boleh kenal dengan lelaki macam tu,"kata Rifqah.

"Kau kena ingat Allah takkan hadirkan seseorang tanpa sebab. Aku tak boleh nak kata apa harap kau bersabar je dengan dia,"ujar Raiden. Dia membetulkan rambutnya di hadapan Rifqah.

"Kau acah pegang rambut nak tunjuk hensem ke? Muka dah hensem asal tak cari calon isteri?"tanya Rifqah.

"Aku malas nak kahwin,"kata Raiden selamba. Terhambur ketawa Rifqah mendengar jawapan kawan lelakinya.

"Apa je yang kau rajin? Rajin bekerja. Rajin belajar. Cakap pasal kahwin je kau cakap malas,"ujar Rifqah.

"Kahwin tu membosankan. Macam kau kahwin dengan lelaki yang tak berguna macam Adwa. Patutnya kau kena cari lelaki lain. Macam mana boleh terkahwin dengan dia?"kata Raiden.

"Aku nak pergi toilet,"balas Rifqah. Raiden sempat memegang telefonnya untuk urusan kerja. Rifqah berpaling dan menyuruh seorang perempuan yang berada di meja lain untuk mengambil gambarnya dan Raiden.

"Wei Raiden aku nak ambil gambar kau. Kau posing sikit,"kata Rifqah dan Raiden membuat gaya yang paling hensem. Perempuan yang tidak jauh dari meja Rifqah terus mengambil beberapa gambar Rifqah dan Raiden sedang bermesra.

Rifqah memberi isyarat supaya perempuan itu beredar dari kafe tersebut. Perempuan yang memakai pakaian berwarna hitam akur dengan arahan Rifqah.

"Kau dah kenapa nak ambil gambar aku?"soal Raiden yang pelik dengan sikap Rifqah.

"Ha mana tahu aku boleh kenalkan kau dengan kawan baik aku si Hanis tu,"kata Rifqah. Maaf Hanis aku terpaksa jual nama kau, bisik hati Rifqah.

"Hoi kau ni dah takde kerja lain ke? Nak jadi pencari jodoh untuk aku?"tanya Raiden dan Rifqah hanya menekup mulutnya sambil menahan ketawa.

"Eh eloklah aku carikan jodoh untuk kau. At least balik rumah ada orang tunggu. Takkan nak bujang sampai ke tua?"balas Rifqah selamba. Raiden menggelengkan kepala.

"Tak mati lagi kalau aku takde isteri pun. Aku dah biasa hidup seorang diri,"jawab Raiden acuh tak acuh.

"BERANI dia keluar dengan Raiden kesayangan dia ni? Siap bermesra. Ini perempuan jijik yang pernah aku kenal,"kata Adwa perlahan apabila ada seseorang menghantar gambar Rifqah yang sedang bermesra.

"Apahal bos membebel ni?"tanya Nazim. Adwa pantas menyimpan telefonnya di dalam poket seluar.

"Takde apa biasalah masalah orang dah kahwin. Kau apa tahu kau tu muda lagi,"kata Adwa. Mata Nazim terkebil-kebil.

"Saya umur 20 bos cakap muda lagi? Ingat umur macam saya ni tak tahu isu rumah tangga sekarang? Saya ni paling tak suka mak ayah yang jenis bela kesalahan anak,"kata Nazim dan Adwa tersentak.

"Amboi kau kalau bercakap memang ada pengalaman ke?"tanya Adwa. Nazim tersenyum nipis.

"Takde pengalaman tapi saya ni banyak membaca isu semasa. Takde manusia yang sempurna kat dunia. Semua orang buat kesilapan,"ujar Nazim dengan tenang.

"Orang yang rasa diri dia betul dan asyik nilai kesalahan orang lain adalah orang tak matang. Sebab apa? Dia nak orang je faham dia. Bos kena ingat kita tak tahu struggle orang macam mana,"ujar Nazim lagi.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now