"KAU tak tahu aku mengamuk macam mana. Kata takde rasa cinta kenapa kau perlu mengamuk? Oh nak aku hormat kau sebagai seorang suami yang mithali?"Sinis sahaja percakapan Rifqah.
"Perkahwinan kita ni masih baru lagi beginikah cara awak terhadap saya Nur Rifqah? Jawab!"kata Adwa dengan suara yang kuat.
"Aku sumpah aku takkan cinta dan sayangkan kau. Biarlah orang nak cakap aku ni kejam tapi pernah tak orang fikir apa aku rasa?!"kata Rifqah sambil menepuk dadanya beberapa kali. Hanis menggosok belakang badan sahabatnya.
Semua yang memerhati menjadi saksi pergaduhan Adwa dan Rifqah.
"Lupa...kau anggap aku ni perempuan naif yang tak tahu apa-apa. Aku tak pernah rasa diri aku betul. Kau jangan pernah nak mainkan perempuan yang dah berani buang lelaki yang sakitkan hati dia,"kata Rifqah.
"Aku menahan rasa sakit ni seorang diri kau tu pentingkan diri. Sejak aku putus dengan kau, aku tak buka hati untuk sesiapa pun. Depan semua orang bolehlah kau nak cover,"kata Rifqah lagi.
"Kenapa kau masih tak boleh lepaskan aku walaupun kita dah pernah putus? Sebab kau takut aku akan pergi pada Raiden? Macam tu ke Adwa?"tanya Rifqah dan Adwa seakan sudah tidak tahu untuk berkata apa.
"Kau ingat aku kahwin dengan kau untuk aku berharap pada kau saja? Perempuan sekarang tak perlu bergantung pada lelaki. Sikit pun aku tak bangga kau buka kafe ni. Kau lupa apa kau buat kat kawan baik Izzati, Tya Edlina?"ujar Rifqah.
"Tak perlu sebut nama perempuan tu Rifqah. Tya Edlina hanya memori sahaja,"kata Adwa perlahan dan Rifqah berdecit sinis.
"Kau takut dia tuntut keadilan? Apa yang kau buat tu hampir rosakkan diri dia. Aku tak nak cakap benda tu sebab ini privasi,"ujar Rifqah. Raiden tergamam mendengar kata-kata Rifqah.
"Kau patut bersyukur Adwa aku kahwin dengan kau sebab fikir keluarga aku yang merayu yang nak sangat aku kahwin. Aku benci kau. Kau ingat tu sampai bila-bila,"kata Rifqah.
"Kalau betul kau lelaki sejati, kau akan mengaku kesalahan kau pada perempuan yang kau sayang. Rifqah tinggalkan kau sebab dia nak lari dari kau. Dia tak tahan dengan sikap kau,"ucap Raiden pula. Dia mengabaikan renungan tajam Adwa terhadapnya.
"Semua yang melihat pergaduhan ni mohon jangan sebarkan di media sosial demi menjaga nama baik suami saya,"kata Rifqah lalu mengajak Raiden dan Hanis keluar dari kafe Adwa.
Ada pelanggan yang berbisik perlahan tentang kejadian Adwa dan Rifqah.
"Hoi kau jalan laju sangat penat aku nak kejar kau,"kata Hanis dan Raiden hanya memerhati Rifqah.
"Aku malas nak tengok muka jantan tu. Itu nasib baik aku tak beritahu rahsia besar dia di depan semua orang,"kata Rifqah.
"Rahsia besar dia? Yang mana satu aku tak tahu,"kata Hanis. Rifqah membisikkan di telinga sahabat baiknya. Hanis menekup mulutnya seakan tidak percaya.
"Tya Edlina? Kawan sekelas Izzati tu? Aku tak sangka dia macam tu,"ucap Hanis.
"Aku dah lama tahu rahsia ni itu pun Rifqah yang minta aku simpan benda ni,"kata Raiden. Hanis mengangguk perlahan.
"Hantar aku balik Hanis,"kata Rifqah.
"Kau tak nak aku hantarkan ke?"tanya Raiden.
"Kejap lagi ada yang mengamuk. Takpelah aku boleh sambung gaduh dengan dia,"jawab Rifqah selamba dan Raiden hanya ketawa. Dia meminta diri untuk kembali ke syarikatnya.
Rifqah pulang ke rumah agak lewat dan Adwa sudah menunggu di ruang tamu. Terhenti langkah Rifqah apabila dia dipanggil oleh suaminya.
"Lambat balik keluar dengan jantan tu ke?"tanya Adwa. Ayatnya berbaur sindiran.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
Roman d'amourKARYA PERTAMA COVER BOOK BY LYCIAA You own my love and loyalty Muhammad Adwa, seorang lelaki yang mempunyai kafe sendiri. Seorang yang sukar didekati oleh sesiapa pun dan dirinya berubah kerana kisah cintanya dulu yang kini menjadi memori lama. Nur...