𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟐𝟎

901 47 0
                                    

"KAMU nak buat apa dengan motosikal atuk kamu tu Raiden?" tegur Puan Zahrani yang sedang menyapu di hadapan rumah. Rifqah pula sedang memakai tudung.

"Nak pinjam moto atuk nak bawa Rifqah pergi ronda. Boleh tak nek?" kata Raiden.

"Pergilah asyik berkurung dalam rumah pun tak seronok juga. Pergilah bawa Rifqah tu. Atuk ada jangan risau," kata Puan Zahrani lalu tersenyum.

"Cinta! Dah siap ke? Aku kat luar rumah ni," kata Raiden yang memanggil isterinya. Rifqah terus berlari keluar sambil membawa beg tangannya. Rifqah tercengang apabila Raiden sudah berada di atas motosikal.

"Bukan naik kereta ke?" soal Rifqah lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Aku punya pakai cantik naik moto pula, bisik hati Rifqah.

"Susahlah kalau naik kereta. Jom aku bawa kau ronda kampung aku. Naik moto lagi seronok. Kalau takut, peluk aku," balas Raiden. Rifqah terus naik dan duduk di belakang suaminya. Dia memeluk erat badan tegap Raiden.

Raiden terus membawa moto keluar dari rumah Puan Zahrani.

"Cucu kita tu nak ke mana Zah?" tegur Encik Daud.

"Biasalah cucu kita tu kalau balik sini memang nak ronda satu kampung. Dia bawa isteri dia. Biarlah bang bosan juga kalau duduk rumah," kata Puan Zahrani. Encik Daud hanya mengangguk sahaja.

Rifqah mengangkat kedua tangannya. Dia berasa gembira dapat meluangkan masa bersama suami.

Orang kampung yang mengenali Raiden memandang pelik ke arah Rifqah.

"Amanda! Tu bukan crush kau ke?" kata Airis, sahabat baik Amanda. Amanda yang sudah siap membeli barang dapur memandang ke arah Raiden yang bersama dengan Rifqah.

"Siapa perempuan tu?" tanya Amanda dengan muka kelatnya. Sejujurnya dia cemburu melihat Raiden bersama wanita lain. Raiden hanya menganggap dia sebagai seorang jiran kampung.

"Manalah aku tahu. Aku tak pernah nampak lagi perempuan tu kat sini," jawab Airis.

"Kau nak apa-apa tak cinta? Aku belikan," kata Raiden yang sudah turun dari motosikal. Dia memegang erat tangan Rifqah.

"Eh Raiden kan? Lama tak jumpa kau!" tegur Airis dan langkah Raiden terhenti.

"Oh Airis aku sibuk sikit kat KL tu. Kau buat apa kat sini?" ujar Raiden. Langsung tiada senyuman di bibirnya namun reaksi wajahnya masih lagi dikawal.

"Aku teman Amanda beli barang. Sebelah kau tu siapa?" tanya Airis sambil jarinya ditunjukkan ke arah Rifqah.

"Isteri aku," balas Raiden. Airis dan Amanda terkedu.

"Bila pula kahwin? Takde angin takde ribut balik sini dah bawa isteri. Cantik isteri kau," kata Airis. Rifqah hanya tersenyum manis ke arah Airis dan Amanda.

"Baru je kahwin," kata Raiden lagi.

"Tahniah Raiden. Semoga awak bahagia," balas Amanda pula. Raiden mengangguk dan terus melangkah masuk ke dalam kedai runcit.

"Kau tak sakit hati ke tengok lelaki yang kau suka dengan perempuan lain?" tanya Airis lalu menyiku tangan Amanda.

"Buat apa aku nak sakit hati? Dia dah kahwin lagi pun aku malas dah berharap dengan Raiden. Eh jom balik mak aku dah tunggu kat rumah," ajak Amanda lalu menarik tangan sahabatnya.

Ketika Raiden ingin membayar aiskrim dan air minuman yang dibeli, tiba-tiba seorang wanita tua yang bernama Zakiah menegur Raiden dan Rifqah.

"Apa nak jadi orang muda sekarang ni? Belum halal dah pegang tangan," kata makcik Zakiah tanpa bersalah. Raiden mengenggam erat tangan isterinya lalu berpaling ke arah makcik Zakiah.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now