𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟏𝟔

792 49 3
                                    

STOK tudung yang sudah dikira diletakkan di tempat yang telah disediakan. Hari ini butik Nurin tidak ramai pelanggan jadi Rifqah dan Hanis boleh menyiapkan kerja mereka dengan aman.

"Viral juga tudung yang kak Nurin design,"kata Hanis dan Rifqah mengangguk tanda setuju.

"Kak Nurin tu seorang yang kreatif. Dalam bidang penulisan pun dia kreatif juga. Cuma menulis tu hobi dia saja,"balas Rifqah. Kening Hanis terangkat.

"Tak sangka kak Nurin tu pandai menulis kan? Tapi sayang sebab dia ada bakat,"kata Hanis lagi yang sudah selesai mengira stok tudung.

"Hai cinta!!"ucap Raiden dan Rifqah terkejut dengan kehadiran suaminya. Rifqah mengurut dadanya.

"Masuk butik orang terus sergah macam tu. Nasib tak pengsan tadi,"jawab Rifqah lalu menggelengkan kepalanya. Raiden tersengih.

"Apa mimpi kau datang butik aku my prince? Kat syarikat kau tu dah takde kerja ke nak buat?"soal Rifqah bertubi-tubi. Raiden menarik kerusi lalu duduk di hadapan Rifqah.

Hanis pula pantas bangun meninggalkan Raiden dan Rifqah. Dia ada kerja lain yang ingin disiapkan.

"Eh aku nak jumpa isteri sendiri kena ada buat appointment ke? Aku rindu kaulah cinta,"kata Raiden dengan nada lembut.

Alahai ini yang aku lemah ni! Suka pula aku bila dia panggil aku cinta. Rasa berada di taman yang indah.

"Eleh apa gunanya ada telefon sendiri? Boleh je mesej atau call,"ujar Rifqah. Riak wajahnya langsung tiada perasaan.

"Ceh kau pun rindu aku kan? Muka kau tu dah merah,"ujar Raiden dan Rifqah menepuk pipinya beberapa kali.

"Panggilan my prince tu macam panjang sangat apa kata kau tukar panggilan tu?"kata Raiden.

"Nak tukar panggilan apa?"tanya Rifqah. Raiden tersenyum nakal. Mula dah perangai random dia ni, bisik hati Rifqah.

"Just call me D . Can you do that cinta?"tanya Raiden.

"D for Darling?"soal Rifqah dan Raiden tersenyum manis.

"Yes cinta. Start today, call me darling everyday. Ini kisah cinta kita abaikan apa orang nak cakap pasal kita,"jawab Raiden.

"Okay darling,"balas Rifqah. Raiden mencuit dagu isterinya. Mereka saling ketawa bersama.

"Ehem nak bermesra bukan kat tempat kerja akak,"tegur Nurin dan Rifqah memandang ke arah majikannya.

"Cinta, sekarang waktu lunch jom kita pergi makan? Kau nak makan apa aku belanja,"ucap Raiden. Nurin membenarkan Rifqah untuk keluar bersama Raiden.

"Eh aku boleh beli sendiri,"kata Rifqah yang menolak pelawaan suaminya.

"I'm your husband. Aku nak bagi apa yang kau nak. Takde istilah menyusahkan aku,"kata Raiden. Akhirnya Rifqah mengalah juga.

Namun Rifqah bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik dan setia. Malah Raiden sudah membuktikan lelaki tulus itu masih ada di dunia ini.

Akhirnya mereka tiba di sebuah kafe. Raiden menarik kerusi untuk Rifqah. Seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan mereka.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now