"SEPERTI semua orang tahu, inilah adalah isteri saya. Jadi saya harap semua orang boleh bagi kerjasama dengan Rifqah," kata Raiden. Semua pekerjanya mengangguk perlahan.
"Baik tuan Raiden," jawab Khairin dan semua pekerja yang lain. Mereka kembali menyiapkan kerja.
"Raiden, kalau suatu hari nanti aku kembali kerja kat tempat lama aku boleh ke?" soal Rifqah.
"Sure, cinta. Anything for you," balas Raiden. Dia tidak kisah berapa lama Rifqah bekerja di syarikatnya asalkan Rifqah bahagia. Riyana menyampah melihat Raiden dan Rifqah bermesra.
"Kerja dulu. Nanti malu orang tengok," kata Rifqah.
"Orang tengok tu rezeki," usik Raiden. Rifqah mencubit lengan suaminya. Sempat lagi bergurau? Pijak jadi lempeng baru tahu, desis hati Rifqah.
Rifqah dan Raiden terus menyiapkan kerja masing-masing. Meja Rifqah bersebelahan meja Khairin. Dia sedar Riyana asyik memandang ke arahnya.
"Cik Riyana kalau rasa tak puas hati dengan saya, jangan pandang saya macam nak makan saya," kata Rifqah yang sedang fokus menyemak fail kerja.
"Kenapa kau boleh kahwin dengan Raiden?" kata Riyana. Rifqah menarik nafas terlebih dahulu. Cis ada hati nak tackle suami aku? Cermin diri tu dulu!
"Sebab dah dia jodoh aku, aku terima je. Kenapa panas ke tengok aku dan dia dah kahwin? Rasanya syarikat ni tak panas siap ada aircond," ujar Rifqah. Khairin yang berada di sebelah Rifqah cuba menahan ketawa melihat wajah Riyana yang sudah masam seperti mangga.
"Kau tahu tak aku ni suka kat dia? Suka hati nak rampas dia dari aku," jawab Riyana.
"Oh sejak bila pula saya rampas dia sedangkan saya dan dia dari universiti lagi dah rapat. Saya bukan perampas. Raiden pun tak selera tengok muka cik Riyana ni," bidas Rifqah sambil tersenyum manis. Senyuman manis yang palsu.
"Kami kat sini semua tahu tuan Raiden dah kahwin kau je lalai Riyana. Berangan sangat nak kahwin dengan CEO sekali Raiden kahwin dengan orang lain," kata Khairin yang menyokong kata-kata Rifqah.
"Kenapa semua orang perlu berahsia dengan aku? Peliklah orang kat syarikat ni," ujar Riyana.
"Sebab aku tahu perangai kau macam mana, Riyana. Aku yang duduk satu rumah dengan kau dah boleh hafal segala tentang kau," kata Khairin lagi.
"Lebih baik cik Riyana lupakan saja niat nak rampas suami saya. Suami saya ni matang tak campur masalah peribadi dan kerja. Suami saya tu sampai tahap tak nak makan masakan perempuan lain. Dia nak saya dan umi dia je masak. Oh lupa saya menantu kesayangan umi dia," Rifqah menyambung kembali percakapannya.
Rasa geram di hati Riyana semakin membara.
Riyana terus mendiamkan diri dan dia sendiri akan pastikan Raiden akan jadi milik dia sampai bila-bila. Dia pantang dicabar.
Waktu kerja sudah habis, Raiden dan Rifqah berjalan sambil berpegang tangan. Riyana yang berada di belakang mereka terus memulakan agendanya.
"Raiden..." Riyana pura-pura sakit kepala. Raiden cuba mengawal perasaan marahnya. Wujud lagi rupanya penyondol low class ni, desis hati Raiden.
"Riyana rasa nak pengsan boleh bawa Riyana pergi klinik?" Suara kepit dibuat menyebabkan Rifqah ingin muntah. Fikir comel ke?
"Saya takkan tertipu dengan lakonan cik Riyana. Salah orang kalau nak dapatkan perhatian. Sorry saya tak terpikat dengan cik Riyana," kata Raiden yang teguh dengan pendirian. Senyuman mula terukir di bibir Rifqah. Bangganya jadi isteri Raiden ni.
"That's my husband," ucap Rifqah perlahan dan Raiden tersenyum. Mereka melangkah ke arah kereta. Riyana menahan geram dengan cara Raiden membalas kata-katanya.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomantikKARYA PERTAMA COVER BOOK BY LYCIAA You own my love and loyalty Muhammad Adwa, seorang lelaki yang mempunyai kafe sendiri. Seorang yang sukar didekati oleh sesiapa pun dan dirinya berubah kerana kisah cintanya dulu yang kini menjadi memori lama. Nur...