Sesampainya mereka di rumah Datin Fazura, hari telah malam dan sudah masanya untuk mereka tidur. Aireen, Humaira dan Syifaa terlihat sangat penat kerana melayani tetamu tetamu yang di undang.
"Daus, Fiq, Fan. Bawalah isteri naik, dah penat dah ni", ucap Datin Fazura dengan lembut.
Firdaus dan Taufiq tercengang. "Bawa naik? Naik atas? Bilik Fiq?", soal Taufiq dengan nada yang terkejut. "Iye lah. Lepastu nak bagi Syifaa tidur dekat mana? Tak kan nak suruh Syifaa tidur dekat luar?", balas Datin Fazura dengan hairan.
"Ma, bagi kitorang bincang dengan 'isteri' kitorang ni sekejap. Mama tolong jangan masuk campur. Sekejap je", pinta Firdaus dengan menekan sebutan 'isteri'.
Aireen , Humaira dan Syifaa tidak mempedulikan hal hal lain selain katil yang empuk untuk membaringkan kepala mereka. 'Cepatlah, nak tido ni. Penat', bisik hati mereka.
"Aireen, dengar sini. Aku Firdaus. Alhamdulillah kita dah sah jadi suami isteri tapi untuk tidur satu katil dengan kau, makan satu pinggan dengan kau, kerja satu bilik dengan kau, aku tolak mentah mentah. Bukan jijik, cuma belum biasa dan jujur aku cakap aku tak suka kau dan tak akan suka dekat kau. Faham? So malam ni kau tidur dalam bilik tetamu", ucap Firdaus dengan nada yang tegas.
"Saya faham. Boleh bagitahu saya kat mana bilik tetamu tu? Saya nak kemas barang dan nak rehat. Boleh? Maaf menyusahkan awak", balas Aireen dengan lembut. Walaupun hatinya terasa bagaikan di panah dengan panahan api, namun dia tetap faham dengan keadaan sekarang.
Firdaus menjeling tajam sambil menunjuk ke arah seorang pembantu rumah. "Kau pergi tanya Mak Hasmah", balasnya lagi.
"Daus, tak kejam sangat ke? Tak kesian ke dekat Aireen?", soal Datin Fazura. "Ma, Daus bukan nak biadap atau apa. Sorry, Ma. Daus belum bersedia. Harap mama faham", balas Firdaus sambil menunduk. Datin Fazura hanya daapt bersimpati keatas nasib Aireen.
"Engkau ! DARI AWAL AKU BAGITAHU DEKAT KAU, AKU TAK SUKA DEKAT ENGKAU! AKU TAK KESAH LAH KAU NAK TERASA KE APA KE, AKU BAGITAHU AWAL AWAL JANGAN SUKA DEKAT AKU, FAHAM? KAU PERGI TIDUR DENGAN KAWAN BAIK KAU TU", Taufiq menengking kearah Syifaa. Dato' Faizal hendak melarang namun dia faham dengan keadaan Taufiq. Anak lelakinya terpaksa berkahwin dengan gadis yang tidak pernah di kenalinya, sudah semestinya sangat sukar untuk membuka hatinya.
"Saya faham. Saya minta maaf", balas Syifaa sambil menahan air matanya. 'Saya minta maaf sangat sangat. Sejak pertama kali saya jumpa awak saya dah jatuh cinta dekat awak. Saya minta maaf', bisik hatinya.
"Fan? Fan macam mana? Nak suruh Humaira tidur sekali dengan Aireen ke?", soal Datin Fazura kepada anak lelaki bongsunya.
"Fan dah kemas bilik. Fan okey je untuk tidur sebilik dengan Humaira. Fan bawakan Humaira naik atas dulu. Humaira macam penat. Assalamualaikum", balas Irfan sambil mengangkat beg milik Humaira.
"Alhamdulillah", senyuman Datin Fazura memaparkan kebahagiaan nya ketika mendengar jawapan dari Irfan.
Humaira mengikuti langkah kaki Irfan. Ketika Humaira masuk ke dalam bilik milik suaminya, matanya terpesoan melihat banyak komputer di dalam bilik itu.
"Sorry, bersepah sikit. Humaira tidur atas katil, Fan akan tidur dekat sofa ni. Jangan risau, tilam ni Fan dah minta Mak Hasmah tukarkan. Fan tak selesa tidur dengan orang. Anggap je semua ni untuk jaga hati mama", balas Irfan sambil menuju ke arah tandas untuk mengambil wuduk.
"Baik, awak nak solat isya' ke? Boleh saya ikut solat sekali?", soal Humaira. "Hm. Suka hatilah", balas Irfan tanpa mengukirkan senyuman.
-DI SISI LAIN-
" Aireen, kau tak penat ke? Lepas solat tadi, kau mengemas pula. Kau ni dah dah le tu , pergi tido", soal Syifaa dengan nada hairan.
"Aku penat, tapi aku nak kemas semua ni dulu. Kau tu tak penat ke? Dari tadi kau asyik menolong aku mengemas ni. Mina pon dah tido", balas Aireen.
"Ha. Kenapa kau bawa Mina datang sini sekali. Manalah tahu suami kau alahan kucing ke", soal Syifaa.
"Don't worry. Aku dah tanya mama, mama kata dalam keluarga ni tak ada yang alahan kucing. Lagi satu, tak akan aku nak tinggalkan Mina kat tempat asuhan kucing pula. This is a very valuable gift and from a very special person.", balas Aireen sambil membelai kucingnya dengan lembut.
"Iye lah, ukhti. Apa apa je lah. Memang Mina je yang penting dalam hidup kau kan? Aku tak, kan?", soal Syifaa dengan nada merajuk.
"Lah ! Merajuk? Kau? Merajuk dengan aku? Sebab Mina? Ni boleh jadi berita hangat ni~", balas Aireen dengan nada yang menyindir.
-ESOKNYA-
Aireen dan Syifaa bangun awal seperti biasa dan segera menunaikan solat Subuh bersama sama. Setelah selesai solat dan pengurusan diri, mereka terus menuju ke dapur unthk membantu Mak Hasmah menyiapkan sarapan.
"Assalamualaikum Mak Hasmah. Masak ape tu? Sedapnye bau", soal Aireen dengan nada yang teruja.
"Waalaikumsalam, Puan Aireen, Puan Syifaa. Saya tak masak sesedap Puan masak, tapi insya Allah selamat. Puan Aireen, Puan Syifaa tak penat ke? Kalau penat , sambunglah tido. Saya boleh buat semua ni, dah biasa dah", balas Mak Hasmah sambil tersenyum melihat Aireen dan Syifaa yang sedang cuba membantunya.
"Mak Hasmah, tolonglah buang panggilan Puan tu. Dengar macam dah tua tau. Panggil Syifaa dengan Aireen je. Barulah dengar muda sikit, betul tak, reen?", pinta Syifaa sambil memeluk lembut bahu milik Mak Hasmah.
Namun Syifaa tidak mendapat apa apa respon dari Aireen. Syifaa memusing ke arah Aireen dan melihat Aireen seperti sedang mencari sesuatu. "Reen, cari ape?", soal Syifaa. "Ha? Oh ! Mak Hasmah, Encik Firdaus belum turun? Ke belum bangun?", soal Aireen sambil membantu Mak Hasmah menyediakan pinggan mangkuk untuk di hidangkan.
"Kalau Encik Firdaus selalunya pagi pagi lagi dia dah pergi kerja. Sebelum subuh lagi dah gerak. Tapi hari ni mestilah kena ambil cuti, betul tak? Kan masih dalam mood pengantin baru, Hehe. Aireen nak makan apa apa ke? Saya boleh tolong masakkan", perli Mak Hasmah sambil tersenyum ramah.
"Haha, semua jenis makanan saya makan. Tolak kacang dengan makanan pedas je lah. Oh, ya Mak Hasmah. Mama mana? Mesti mama penat kan?", balas Aireen dan terus duduk di meja makan.
"Kalau Datin, masa masa macam ni tengah baca buku dalam bilik", balas Mak Hasmah.
Aireen dan Syifaa hanya mengangguk lembut. "Maira mana?", soal Aireen lagi. "Maira tengah bersweet sweet dengan suami die lah tu~", sindir Syifaa dan terus ketawa mendengar ucapannya sendiri. Aireen juga turut ketawa mendengar gurauan Syifaa.
"Sape yang bersweet dengan suami, ha?", ucap Humaira yang tiba tiba sahaja muncul. "Wah, awal bangun ! Happy nampak, Hahaha~", sindir Syifaa sambil menahan ketawa. Aireen juga hanya tersenyum mendengar perdebatan dua orang sahabatnya.
"Tak ada maknanyalah happy. Pagi pagi buta lagi dia dah keluar. Belum sempat aku bangun, die dah bangun. Aduhai. Aku pula yang malu bila bangun lagi lambat dari die, tahu tak?", balas Humaira dengan tatapan sayu.
-BERSAMBUNG-
*MAAF JIKA ADA KESALAHAN EJAAN*
YOU ARE READING
LANTUNAN MELODI CINTA
RomanceAireen, Syifaa dan Humaira baru sahaja mula bekerja di Syarikat Diamond Star. Setelah dua minggu mereka bekerja di situ, terjadi sebuah kemalangan yang tidak di sengajakan yang menjadi hari dimana pertemuan Datin Fazura dengan tiga orang gadis ini...