Mendengar jeritan dari luar rumah, semua orang yang berada dalam rumah Aizzat tergesa gesa keluar. Ketika mereka semua keluar dari rumah itu, mereka mendapati seorang gadis sedang memeluk kucing yang di campak tadi. Datin Fazura mencuba untuk mengenali gadis itu dan akhirnya dia mengenalinya, gadis itu ialah Aireen Natasha.
"Aireen, kenapa ni?", Datin Fazura terus panik melihat keadaan Aireen yang hampir menangis.
Aireen tidak menghiraukan pertanyaan Datin Fazura dan hanya membelai belai kucingnya.
"Aireen, mak cik tak sengaja tadi. Kucing Aireen lompat masa mak cik nak turunkan dia tadi.", Mak Limah cuba mereka cerita.
Humaira dan Syifaa juga turut berada di sebelah Aireen. Mereka sangat mengenali Mak Limah itu. Mak Limah selalu berpura pura baik apabila berhadapan dengan Aireen yang terkadang membuatkan mereka muak dan merasa jijik."Puan, walaupun Puan tak sukakan kucing ni , puan tak perlu campak macam tu. Kesian kucing ni dan lagi satu ! Puan ! Puan jangan nak berdalih, ye? Tadi Puan menengking nengking kat luar ni dan sekarang Puan kata Puan tak sengaja?", Datin Fazura tidak dapat berdiam diri di saat ada yang cuba menipu bakal menantunya.
'Uih, savage !!', riang hari Humaira dan Syifaa ketika mendengar kata kata dari bakal ibu mertua mereka.
Aireen masih belum berganjak dari kucing kesayangannya. Aireen tidak ingin kehilangan satu satunya kucing yang telah menemaninya sejak dulu lagi. Kucing tersebut di beri nama Mina kerana 'Mina' adalah nama panggilan arwah sahabatnya. Kucing itu adalah satu satunya kenangan antara mereka berdua kerana itulah Aireen tidak ingin kehilangan Mina.
"Puan ni siapa ye? ", Mak Limah memandang Datin Fazura dengan tatapan tidak berpuas hati.
"Saya? Saya ialah bakal mak mertua tiga orang gadis jelita ni", balas Datin Fazura dengan wajah yang bangga.
Aireen, Humaira dan Syifaa terdiam mendengar kata kata yang di lontarkan oleh Datin Fazura. Hadap ajelah bakal mak mertua ni.
"Puan tak payah nak menipu ye? Saya tahu yang Aireen ni masih bujang dan tak ada niat nak kahwin, kalau dia nak kahwin sekalipun bakal suami dia adalah anak lelaki saya!", balas Mak Limah dengan nada yang geram. Dia tidak ingin Aireen menjadi menantu kepada orang lain selain dirinya.
"Saya bakal suami Aireen. Insya Allah hujung minggu depan majlis nikah kami, saya akan undang Puan", sindir Firdaus yang tiba tiba sahaja menyampuk.
Firdaus melihat Aireen dan terus berpaling darinya. Firdaus tidak ingin pandangannya menjadi perbuatan zina yang boleh menjerumuskan hatinya ke arah yang tidak sepatutnya. Aireen terdiam sekali lagi. 'Ngigau ape hamba Allah sorang ni? Tapi, kan.. HENSEM YA ALLAH !!!! NAK TERCABUT JANTUNG AKU KALAU LELAKI SEHENSEM NI JADI SUAMI AKU ! YA ALLAH !! Hensem, tinggi, putih, SEMPURNA !', Aireen menutup matanya dan menunduk ke bawah.
Humaira dan Syifaa terkejut melihat kelakuan sahabat mereka. 'WHAT!? Tu Aireen? Aireen yang tak pernah jatuh cinta tu?! ', sungguh mereka tidak percaya bahawa Aireen kini sedang cuba menenangkan hatinya supaya tidak jatuh cinta.
"Kau? Bakal suami Aireen? Huh, anak aku lagi hensem dari kau !", balas Mak Limah dengan pandangan meremehkan.
Datin Fazura tidak dapat berdiam diri di saat anak kandungnya sendiri di remehkan. "Hebat sangat ke anak Puan tu? Ha !?", balas Datin Fazura.
"Mesti lah hebat ! Saya pasti sangat Aireen dah jatuh cinta dengan anak saya!", jawab Datin Fazura dengan yakin.
Humaira dan Syifaa memandang Mak Limah dengan tatapan tidak percaya. "Yakinnya Mak Cik ni ! Aku rasa nak tumbuk muka mak cik ni kat sini, sekarang !", bisik Syifaa kepada Humaira yang sejak tadi hanya menkadi penonton dan Humaira hanya menahan ketawa mendengarkan bisikan Syifaa.
Datin Fazura merasa geram dengan kata kata Mak Limah dan akhirnya Datin Fazura mendaratkan sebuah tamparan ke wajah Mak Limah. Semua orang terpaku melihat kelakuan Datin Fazura. Terutamanya keluarga Datin Fazura. Mereka tidak pernah meihat Datin Fazura segeram ini. Ini menandakan Aireen telah mengambil hati Datin Fazura sepenuhnya.
"Mak, stop stop ! Ape ni mak ? Kenapa buat bising kat rumah orang ni mak?", anak lelaki Mak Limah, Rahim tiba tiba datang dan menghentikan perbuatan maknya yang ingin membalas perbuatan Datin Fazura.
"Perempuan tua ni dah tampar mak, salah ke mak nak balas balik?!", balas Mak Limah sambil menangis nangis."Siapa yang mak cik panggil perempuan tua tu? Mak Cik, tolong jangan hina bakal mak mertua kami ! Kalau betul Aireen suka dengan anak Mak Cik ni , mesti dia dah terima pinangan Mak Cik, betul tak? Jadi Mak Cik, saya mohon sangat dekat mak cik untuk balik sekarang. Kami ni ada banyak lagi hal yang perlu di selesaikan secepat mungkin !", Humaira kini mengeluarkan suaranya yang sejak tadi masih di kuncinya.
"Abang, Rahim betul betul minta maaf dah buat masalah kat rumah abang. Rahim betul betul minta maaf", Rahim meminta maaf sambil menunduk dan dengan segera membawa emaknya pergi dari situ.
'Aireen dah nak kahwin? Wah ! Sakit !', bisik hati Rahim. Rahim cuba menahan air matanya sejak di rumah Aizzat lagi. Dia tidak ingin Aireen melihat air matanya jatuh dan hal itu mungkin akan membuatkan Aireen membatalkan pernikahannya demi menjaga hatinya. Rahim ingin Aireen bahagia. Sejak Rahim berumur 14 tahun lagi, Rahim telah menyimpan hatinya hanya untuk Aireen. Rahim dua tahun lebih tua dari Aireen.
"Oke. Rasanya dah settle masalah kita. Jom masuk, kita makan makan dulu", Aizzat mempesilakan tetamu tetamu tadi untuk menjamu masakan yang telah di siapkan oleh ister
Firdaus melihat Aireen yang sedang sibuk membelai kucingnya itu. 'Perempuan ni tak kisah ke pasal anak Mak Cik tadi tu? Kalau kau dah jadi bini aku, jangan harap aku bagi kau dekat dekat ngan jantan jantan kat luar sana tu walaupun aku tak suka dekat kau ! Kalau tak, aku yang kena tanggung dosa sebab tak halang kau nanti ! Ish, susah lah nak jadi suami ni ! Perempuan ni nampak macam senang bawa berbincang, harap harap senanglah nak suruh dia tidur asing ngan aku', bisik hati Firdaus.
Mata mereka bertembung antara satu sama lain. Aireen gementar ketika dia sedar bahawa Firdaus sedang menatap wajahnya seolah olah sedang menilai dirinya. 'Eh, dia ni dah kenapa tengok aku semacam je? Nak main ngan Mina ke? No No No, Mina aku punye ! Mana boleh bagi orang lain pegang !', Aireen menyalah fahami makna dari pandangan Firdaus.
Firdaus tersedar dari lamunannya dan berjalan laju masuk ke dalam rumah Aizzat.
Aireen juga turut melihat Humaira dan Syifaa yang masih melamun di luar rumah abangnya. 'Kawan aku ni pon dh kenapa?', bisik hatinya.
"Assalamualaikum, ukhti. Dah melamun sampai ke dunia mana? Dah sampai akhirat ke?~", tanya Aireen dengan nada yang menyindir.
"Waalaikumsalam, ukhti. Aku baru je jumpa dengan putera kiriman syurga yang khas di hantar untuk aku~", balas Syifaa.
"Waalaikumsalam, ukhti. Aku baru jumpa malaikat aku tadi~", Humaira juga membalas dengan tatapan bagaikan baru sahaja jatuh cinta.
'Eh ? Tak pe lah. Kita join melamun sekali lah', bisik hatinya." Haih ! Aku pon baru je jumpa syurga aku~", balas Aireen.
-BERSAMBUNG
*MAAF JIKA SAYA TERSILAP EJA ATAU TERSALAH&TERKASAR BAHASA*
YOU ARE READING
LANTUNAN MELODI CINTA
RomanceAireen, Syifaa dan Humaira baru sahaja mula bekerja di Syarikat Diamond Star. Setelah dua minggu mereka bekerja di situ, terjadi sebuah kemalangan yang tidak di sengajakan yang menjadi hari dimana pertemuan Datin Fazura dengan tiga orang gadis ini...