BAB 12 (JANJI FIRDAUS)

9 3 15
                                    

        "Leeya? Kenapa ni?",soal Satin Fazura sambil menggosok bahagian belakang Aleeya. 'Reen isteri Daus dan Daus suami Reen? Hal mustahil ni terjadi?',bisik hati Aleeya. Aleeya melihat ke arah Aireen sekali lagi untuk memastikan apa yang di lihatnya betul dan nyata. Firdaus hanya memerhatikan gerak Gerik Aleeya.

       Pelik pun ada dengan sikap Aleeya. 'Asal tiba tiba je dia macam terkejut?',fikirnya. "Reen? Ni betul betul kau?",soal Aleeya lagi. "Iye, Kak Leeya! Ni saya , Reen! Kenapa? Ada apa apa masalah ke?",balas Aireen. Aleeya dengan gembira memeluk Aireen.

        "Korang kenal?",soal Taufiq yang tiba tiba sahaja muncul. "Reen ni satu sekolah rendah dengan Leeya dulu ! Satu sekolah menengah dengan Leeya tapi sempat setahun jelah sebab masa Reen tingkatan 1 , Leeya dah tingkatan 5", jelas Aleeya dengan penuh teruja.

      Datin Fazura terdiam lantas tersenyum. 'Rupa rupanya Aireen dah kenal dengan Aleeya , patutlah dia macam tak jealous sangat',bisik hatinya.

       "Dah dah , jom makan. Sejuk pula makanan tu nanti. Kejap lagi sambunglah berbual",balas Datin Fazura sambil melangkah ke arah dapur. Mereka semua mula membuka langkah menuju ke dapur rumah itu.

       Humaira mengambilkan beberapa makanan untuk Irfan dan Irfan tidak menolak. "Perlu ke?",bisik Irfan. "Perlu. Sebab suami Humaira ni dah penat bekerja , kenalah layan baik baik. Kesian dia. Esok abang nak makan apa apa ke?",balas Humaira dengan nada berbisik. "A-abang?",soal Irfan tidak percaya. "Iya. Abang nak apa apa lagi ke?",Humaira hanya tersenyum melihat wajah Irfan yang nampak kebingungan.

       Irfan menggeleng lembut. Secara diam diam , dia mengukir senyuman. Bahagia lah tu , bini layan elok elok.

        "Kenapa Humaira dengan Fan tu? Asyik berbisik je. Makan dulu baru bisik bisik",Dato' Faizal mengukirkan senyuman melihat anak bongsunya itu tersenyum walaupun hanya sedikit. "Tak ada apa apalah , Pa. Papa pon makan juga",balas Irfan sambil menghulurkan semangkuk lauk ke arah Dato' Faizal.

       Syifaa melihat ke arah Humaira dengan tatapan sedih. 'Kan best kalau aku pon dapat bersweet macam tu..',bisik hatinya. Setelah melihat ke arah Humaira , Syifaa melihat ke arah Aireen. Namun Syifaa sedikit terkejut dengan pandangan tajam Aireen.

       Aireen melihat buah anggur di atas meja itu dengan tajam. Syifaa dapat meneka bahawa Aireen ingin memakan buah itu namun dia malu. Syifaa tertawa kecil melihat karenah lucu sahabatnya itu. 'Nak makan , tapi malu', fikirnya. Taufiq melihat ke arah Syifaa yang masih tersenyum melihat Aireen.

      'Pompuan ni lesbian ke ape? Dari tadi lagi asyik pandang si Aireen tu',bisik hatinya. "Nah Aireen. Makan ni , kau kan suka buah anggur", akhirnya Syifaa menghulurkan semangkuk buah anggur ke arah Aireen. Aireen melihat Syifaa dengan mata yang bersinar dan terus mengambil semangkuk buah anggur itu dengan gembira.

       'Lah, dia nak tolong kawan die tu rupanya. Aku ingatkan aku kahwin dengan perempuan lesbian tadi',bisik hati Taufiq lagi. Firdaus melihat ke arah Aireen yang sedang seronok makan buah anggur tersebut. Tiba tiba mata mereka bertembung antara satu sama lain.

     "Awak nak?", Aireen menghulurkan sebiji buah anggur itu kepada Firdaus. Firdaus menghulurkan tangannya dan mengambil sebiji anggur dari tangan Aireen dan terus memakannya. 'Manis',bisik hatinya. Dia melihat Aireen lagi , ingin meminta tapi segan. Aireen yang sedar dengan keinginan suaminya itu , terus menghulurkan mangkuk buah anggur tadi kepada Firdaus sambil tersenyum manis.

      "Awak suka anggur?",soal Aireen dengan nada berbisik. Tanpa disedari Firdaus mengangguk bagaikan kanak kanak yang mendapat gula gula. Aireen terpana melihat kelakuan Firdaus. 'Ada masa dia lembut dan ada masa dia kasar. Mungkin sebab tu , aku rasa dia macam arwah ayah. Bila kasar , dia garang dan bila lembut dia jadi manja', bisik hatinya.

LANTUNAN MELODI CINTAWhere stories live. Discover now