BAB 13 ( HENTAMAN )

16 2 12
                                    

        "Tak tahu , Ma. Die tiba tiba pingsan. Sakit ke?", Firdaus semakin panik. Humaira dan Syifaa merasa pelik. Setahu mereka , Aireen tidak pernah pingsan kecuali jika dia melihat sesuatu yang boleh membangkitkan traumanya. Syifaa dan Humaira saling berpandangan.

       "Apa yang kau buat sebelum Aireen pingsan? Tepat sebelum Aireen pingsan",soal Syifaa kepada Firdaus. Firdaus merenung seketika. "Erm , aku senyum?",balas Firdaus dengan teragak agak. Humaira dan Syifaa menepuk dahi mereka dan terus ketawa.

       "Patutlah dia pingsan , HAHAHAHAHA", balas Humaira sambil menahan ketawa mendengar jawapan yang di lontarkan oleh Firdaus. "Apa hodoh sangat ke aku senyum? Ha!?", soal Firdaus tidak berpuas hati. "Bukan hodoh. Aku tanya kau , kau pernah ke senyum depan dia?",soal Syifaa.

       Firdaus menggelengkan kepalanya. "Ha , tu lah sebabnya dia pingsan. Itu first time die tengok kau senyum , memanglah dia terkejut. Aduhai", Humaira pula menyambung. Irfan hanya memperhatikan Humaira ketawa. 'Comel',bisik hatinya.

        Firdaus tercengang. 'Die pingsan hanya sebab aku senyum? Biar betul',bisik hatinya. Tanpa berfikir lebih lama lagi , Firdaus mendukung Aireen yang masih tidak sedarkan diri dan menuju ke dalam bilik Aireen. Dia meletakkan Aireen dengan perlahan lahan dan di ikuti dengan yang lainnya. Datin Fazura terkejut sekaligus tersenyum melihat kelakuan Firdaus.

        'Ya Allah , terima kasih kerana telah mengabulkan doaku', bisik hatinya. "Solatlah dulu. Dah maghrib ni. Nanti Aireen dah sedar , ingatkan dia untuk solat", arah Dato' Faizal. Mereka semua mengangguk dan segera bubar. Syifaa masih berada di situ kerana bilik itu sememangnya biliknya dengan Aireen jadi dia ingin solat di dalam bilik itu namun Firdaus masih tercegat menatap Aireen.

       "Boleh keluar tak? Aku nak ambil wuduk , nak solat ni. Lepasni kau nak tenung dia sampai tembus pon tenung lah", balas Syifaa sambil mencekak pinggang. "Kau pernah tengok rambut Aireen?", soal Firdaus. "Soalan ape kau tanya ni? Dah semestinya lah aku pernah tengok , kitorang tido dalam satu bilik yang sama !",balas Syifaa sambil mengerutkan dahinya.

       Firdaus terdiam. Lalu Firdaus terus keluar dari bilik itu dengan perasaan tidak tenang. "Dah kenapa mamat ni? Tiba tiba je marah. Aireen , kau tengok le suami kau ni , tiba tiba je marah. Aduhai !", ucap Syifaa dan terus mengunci pintu bilik itu. Syifaa membuka tudungnya dan terus mengambil wuduk untuk solat.

       Setelah selesai Syifaa solat , Syifaa melipat telekungnya dan menyarung tudungnya semula. Dia menuju ke arah Aireen yang masih tidak sedarkan diri.
        "Weh ! Kau nak tido sampai besok ke? Kau jangan main main ! Aku sepak kau nanti ! Tapi kan Aireen , aku jealous lah dengan kau ngan Maira. Bila lah Taufiq nak terbuka hati untuk terima aku. Aku nak sweet macam korang juga , cinta bertepuk sebelah tangan tu sakit weh. Sakit sangat. Kau pon tahu kan pasal kisah silam aku. Taufiq adalah lelaki kedua yang berjaya buat aku jatuh cinta , tapi yang membezakan antara cinta yang dulu tu dengan sekarang adalah dulu aku dan jantan tu saling suka sama suka dan yang sekarang aku bertepuk sebelah tangan. Hehe. Best juga cakap dengan angin ni , Reen", ucap Syifaa sambil tersenyum dan menggosok-gosok tangan Aireen.

       Taufiq yang kebetulan sedang berada di dapur , mendengar segala kata kata Syifaa. 'Betul ke dia ni ikhlas nak dekat aku? Bukan untuk duit aku? Susah lah nak buat keputusan !',bisik hatinya. Tiba tiba Taufiq melihat abangnya , Firdaus turun dari tingkat atas dan menuju ke arah bilik Aireen.

        "Long! Along nak jenguk Aireen ke?",soal Taufiq. Firdaus terus melihat ke arah Taufiq. Terkejut juga lah bila tengok adik lelakinya tiba tiba sahaja ada di dapur. "Aah , asal?",balas Firdaus. "Along ikut Fiq kejap. Fiq nak cakap dengan Along kejap",balas Taufiq sambil keluar menuju ke halaman belakang rumah. Firdaus hanya menghela nafas dan berjalan mengikuti langkah adiknya itu.

LANTUNAN MELODI CINTAWhere stories live. Discover now