BAB 3 (PINANGAN)

10 3 0
                                    

       "Mama dah jumpa calon isteri untuk kamu bertiga",  Datin Fazura mengeluarkan suara setelah sekian lama berdiam diri melihat tiga orang anak lelakinya sibuk dengan kerja masing masing.

       Firdaus yang ketika itu sedang bekerja segera melihat ke arah ibunya dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Taufiq juga turut menghentikan kegiatannya dan menoleh ke arah ibunya. Irfan hanya mematikan telefon bimbitnya dan mendengar kata kata dari ibunya dengan teliti.

         "Mama buat perjanjian dengan perempuan tu?",  soal Firdaus.

        "No ! Mama pujuk diorang dengan usaha mama ! So seperti mana perjanjian yang telah di sepakati, Daus, Fiq dan Fan kena kahwin dengan diorang",  terang Datin Fazura sambil mengukirkan senyuman kemenangan.

        "Entah entah perempuan tu mata duitan. Mama percaya sangat kat perempuan tu !",  Taufiq tidak berpuas hati.

        "Fan oke je. Tu pilihan mama, mesti pilihan terbaik betul tak?",  Irfan hanya peduli dengan gamenya dan tidak suka membesar besarkan masalah.

      "Deal. Daus tak suka mungkir janji. Daus akan terima kekalahan ni tapi Ma, Daus nak bagi satu syarat",  Firdaus berdiri dari tempat duduknya.

        Semua yang ada di situ melihat ke arah Firdaus dengan pandangan yang tertunggu tunggu.

      "Apa syaratnya?",  soal Datin Fazura.

      "Apa pun hal yang berkaitan dengan hal rumah tangga tu, Mama dan Papa tak boleh masuk campur. Tak kesahlah Daus nak tidur asing dengan perempuan tu ke nak suruh perempuan tu jadi orang asing ke. Semua tu tak ada kaitannya dengan Mama",  Firdaus mengajukan syaratnya.

        "Fiq pun nak Mama ikut syarat ni. Ni akan jadi urusan rumah tangga kitorang sendiri",  Taufiq menyokong syarat yang diajukan oleh abangnya dengan cepat.

       "Mama, walaupun Fan sedia terima menantu pilihan mama tu tapi untuk syarat yang Abang Daus ajukan tu, Fan sokong. Fan bukan tak nak bagi ruang untuk menantu pilihan mama tu buat keputusan cuma, Fan rasa dia dah siapkan mental dan fizikal untuk terima kitorang sebagai suami jadi diorang mesti dah bersedia untuk hadap muka kitorang setiap hari. Betul tak , mama?",  Irfan menjelaskan pendapatnya.

         Datin Fazura terdiam sejenak. 'Tidur sekali tu kan sunnah, takkan nak biarkan diorang tidur asing. Mesti Aireen, Humaira' dan Syifaa' terasa hati', bisik hatinya.

       "Oke, Mama setuju ! Esok kita akan masuk meminang. Jangan bangun lambat !",  balas Datin Fazura.

        "Ma, pernah ke mama tengok kitorang bangun lambat? Kan sejak dulu lagi Mama ngan Papa selalu latih kitorang bangun awal",  balas Taufiq.

        Datin Fazura hanya mengabaikan segala kata kata anak lelakinya. Sungguh hatinya tidak dapat manahan kegembiraannya bahawa tidak lama lagi dia akan segera mempunyai menantu.

~~~~~~~~~~~~~~~~Esoknya~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     
        Aizzat telah di beritahu bahawa Datin Fazura akan datang pada hari ini makanya Aizzat sekeluarga berkemas kemas dan memasak serba sedikit untuk menjamu Datin Fazura sekeluarga. Aizzat juga turut menjemput Rafie, abang kepada Humaira' dan juga keluarga bapa saudara Syifaa', Pak Cik Sulaiman. Rafie tinggal bersebelahan dengan rumah Aizzat dan untuk memudahkan urusan peminangan tersebut Aizzat mencadangkan untuk pergi ke satu rumah sahaja. Rafie dan Aizzat sangat teruja untuk menjamu bakal keluarga mertua adik.

        "Assalamualaikum! ",  terdengar suara seorang wanita dari luar rumah Aizzat.

       "Waalaikumsalam warahmatulah, Datin ! Alhamdulillah Datin sampai. Ingatkan Datin tersesat tadi",  Aizzat menpersilakan Datin Fazura untuk masuk. Rafie juga turut menjemput mereka.

LANTUNAN MELODI CINTAWhere stories live. Discover now