Aku buka mata dengan terpaksa apabila jam loceng ditepiku berbunyi cukup kuat. Aku rasa jam lonceng tu dendam dengan aku
Aku bergegas bangun dan terus menuju ke bilik air. Selesai sahaja sesi mandi aku mencapai baju kemeja yang sudah aku siapkan tadi sedang aku butangkan baju tiba tiba pintu bilik aku ditendang
"Kakak!! Bangun!! Harini kita kena pergi hospital ayah!!" Adikku menjerit sambil lompat lompat macam monyet. Ada jugak aku hantar ke zoo negara
"Ish kamu pergi jelah dengan ibu! Kakak kena pergi uni harini!"
Baju kot diatas meja aku capai dan beg aku galas dibelakang
"Tapi..ibu kata pergi dengan kakak!!" rungut adikku
"Tak ada tak ada aku buzy kamu pergi saja sana sorang" aku terus keluar dari bilik abaikan adik aku yang terus terusan memujuk
"Apa bising bising ni? Kamu berdua kalau sehari tak bising tak boleh ke? " Tajam mata ibu memandang kami
"Entah apa yang rasuk adik tiba tiba ajak orang pergi hospital ayah..memang tak la orang nak ikut dah la kelas harini start awal"
Aku duduk di sebelah ibu sambil menceduk nasi goreng kampung
"Ibu pun tahu kan yang cita cita adik nak jadi doktor!" Aku tersembur nasi dimuka adik aku
"Doktor? HAHAHAHAHA macam ni kamu kata nak jadi doktor? Dah la pemalas,pengotor pulak tu! Siapalah yang nak ambik kamu jadi doktor HAHAHA UHUK UHUK!" aku terus mencapai segelas air dan meminumnya dengan perlahan
"Karma! Huh! " Adik aku terus berlalu pergi meninggalkan aku dengan ibu
"Irfan Danish! Tak nak makan dulu ke?" ibu menjerit nama penuhnya
"Ibu makan jelah dengan kakak nanti adik beli la makanan apa apa kat luar nanti" nampak sangat adik aku tu merajuk dengan aku cis tak padan umur 20 tahun!
"Merajuk merajuk! Nanti jodoh lari baru tahu!" Saja aku usik dia
"Diamlah!"
"Senyum sikit! Nanti buat muka macam tu semua orang lari!!"
"Adik tahulah!!"
"Hehe"
"Apa kamu ni dah nak habis uni pun peragai kalah budak budak" marah ibu kepada aku.
"Bukan selalu ibu..lagipun budak tu hah cepat sangat terasa"
"Haih kamu tu dah besar beri contoh yang baik untuk adik kamu tu! Lagipun tahun ni sem last kan?"
"Haah tahun ni sem last..ala ibu pepandailah budak tu pujuk diri dia sendiri macamlah tak terbiasa..kakak dah lambat dah ni kakak pergi dulu ye ibu nanti kirim salam kat ayah tau! Bye ibu Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab ibuku sambil geling kepalanya
####
Sampai sahaja di depan universiti. Aku meletakkan kereta di tempat biasa aku letak. Tiba tiba kedengaran bunyi motor menghala ke sini. Aku dah agak dah minah ni. Siapa je yang berani parking dekat sebelah kereta aku kalau bukan si Cyra ni
"Yow Elyssa! Wo wo apa jadi ni? Monyok jee nak cendol ke?" tanya cyra
Elyssa hanya memandang wajah sahabatnya dengan muka sepuluh sen
"Apa pandang macam tu! Ni confirm nak cendol" yakin cyra
"Apa kau cendol cendol! Aku sumbat cendol tu kat mulut kau kang!"
"Ok jugak tu! Aku tengah mengidam cendol ni nyamm"
"Ya allah penat aku cakap dengan kau"
Cyra hanya gelak sahaja tengah seronok dia gelak tiba tiba ada suara lelaki menegur
"Ermm cik?"
"Ye saya cari siapa?" Cyra pusing menghadap lelaki yang memanggil tadi
"Dompet cik jatuh" lelaki tersenyum sambil menghulur dompet Cyra
"Ah..yee..t-terima kasih ermm"
"Aiman" ucap jejaka tersebut dengan senyuman manisnya
"Weh weh" Cyra menarik baju Elyssa mendekat. "Aku rasa kan..aku dah jatuh..apa orang putih panggil? Haa aku dah terfall in love" katanya sambil memegang dompetnya dengan mata bersinar sinar
"Kuat berangan la kau ni! Ingat ni novel ke apa? Jumpa je terlanggar je dah jatuh cinta"
"Ish apa kau cakap tu semua kat dalam drama sangat la! Novel lain!! dan yang terjadi sekarang ni lainn" bantah Cyra
"What ever! Aku malas layan orang tengah mabuk bercinta ala ala novel"
Sampai sahaja di tujuan mereka berdua. Tiba tiba seorang menjerit
"El !!"
"Wo wo wop ni kenapa ni jerit tak tentu arah Daniel" Cyra mencekak pinggang memandang Daniel
"Kamu nanya?" balas Daniel dengan mimik muka mintak penampar. "Hah El kau betul betul dah sihat ke!! Rindu siak aku dengan kau nii"
"Aipp shu shu.. haram.." Cyra menolak sikit bahu Daniel dari memeluk Elyssa
"Kau kenapa Cyra! Nak gaduh ke!! Eee"
"Kamu nak gaduh dengan dia atau dengan saya?" Seseorang memegang bahu Daniel.
"E-eh M-madam Syida pun ada..hehe hai"
"Apa hai hai! Masuk dalam sekarang! Dah la lambat! Sempat lagi sembang kosong kat luar! Amboi amboi ingat universiti ni bapak awak yang punya!"
Kami bertiga terus berlari anak masuk ke dalam dewan. Kau nak mampus? Dipersilakan duduk dekat situ lama lama dengan Madam Syida.
"Lepas ni saya tak nak tengok siapa siapa masuk lambat dalam kelas saya. Faham!" Madam Syida memberi amaran pada semua pelajar
"Faham Madam."
4.00 petang
"Baiklah sampai sini sahaja kelas kita. Ada apa apa nak tanya?.. Ok kalau macam tu saya pasti semua dah faham right? Saya tak bagi banyak sikit sahaja awak semua buat muka surat 86 sampai 95 dan jangan lupa minggu depan ada presentation. Ok itu sahaja terima kasih semua" Madam Syida terus keluar dari situ
"Aduhh malas beb nak buat presentation tu haduh haduh dah la madam Syida bagi aku team dengan Daniel! Kalau team dengan kau tak apa la jugak huhu jadi gila aku kejap minggu ni" Cyra mengeluh sendiri dengan nasib yang dia dapat sekarang
"El. Lepas ni awak pergi mana?" Daniel tiba tiba sahaja berdiri sebelah Elyssa
"Allahuakbar Daniel! Terkejut aku! Kalau aku ada penyakit jantung macam mana!" Marahku padanya
"Arwah?" Daniel buat muka tak bersalah
Geram pulak aku dibuatnya. Daniel ni memang nak aku arwah ke apa sekarang ni ergh nasib tau dia comel kalau tak memang kasut saiz 34 ni kena kat dia.
"Jawablah kau nak buat apa lepas ni!"
"Balik rumah la. Nak makan lepastu tidur. penat tho aku dengar madam membebel harini"
TING!
SYURGAKU
Elyssa tolong ambik adik dekat hospital. Katanya kereta dia rosak. Boleh ye Lyssa.
Ok tukar plan ke plan B yang baru dibuat tadi ye iaitu ambik adik kesayangan.
"Aku gerak lu. Cyra nak ikut tak? Aku kena ambik adik aku kat hospital "
"Tak apa la. Lain kali aku ikut. Aku dah penat tahap gorila dah ni"
Aku hanya mengangguk dengan jawapan Cyra. Aku mengambil beg dan terus pergi ke tempat parking kereta untuk menjemput adikku.
![](https://img.wattpad.com/cover/305371457-288-k897209.jpg)
YOU ARE READING
Mr.Doctor & Mrs.Perfect ( Slow Update)
RomanceElyssa Farhana wanita yang digilai ramai lelaki tetapi hanya seorang sahaja yang tidak tertarik padanya baginya Elyssa Farhana ni sama sahaja dengan wanita diluar sana "doktor ! saya jatuh kat dalam hati doktor , tak nak rawat ke ?" - Elyssa Farhana...