Pak Din

11.8K 47 1
                                    

Di suatu pagi, aku terlihat seorang lelaki tua berjalan melewati hadapan rumahku. Hayunan langkah orang tua itu makin lama semakin laju sambil memegang tongkatnya. Setelah aku amati rupanya Pak Din, tuan punya kedai kopi sebelah dengan kedai runcit Raju.

"Apa khabar Pak Din? Laju je.. nak ke mana tu?" sapaku menegurnya.

"Eh! Diana.. Aku baik-baik saja."

Langkahnya terhenti setelah mendengar teguranku. Apatah lagi ketika itu aku yang hanya berkemban sedang menjemur kain.

"Aku dari ghumah ketua kampung tadi. Ada gheja skit. Hang tak gheja ka ari nih?"

"Hari ni kan hari ahad, cuti laa Pak Din."

Aku tersenyum melihat Pak Din yang sedikit gelabah. Aku pula memang suka menyakatnya dari dulu lagi.

"Lama tak nampak Pak Din, sekarang ni nampak semakin tampan dan bertenaga. Jalan pun laju. Tongkat tu wayang je kan?"

"Aku nih dah tua. Hang bukan tak tau, macam buah nyoq jugak laa.. Makin tua makin banyak santannya."

Pak Din berkias menjawab teguranku sambil tersengih. Jelas sekali kegalakkannya. Matanya pula tak berkelip-kelip memandang ke arah lurah dendamku yang kebetulan hanya ditutup separuh sahaja daripada tetekku dengan kain batik lusuh.

Pada masa itu juga lah, aku terasa lilitan kain seperti hendak terlondeh. Lalu aku longgarkan ikatan dan mengikatnya semula. Terbeliak mata Pak Din memerhati lekuk tubuhku yang sengaja aku lakukan untuk menggodanya.

Pak Din ni telah lama hidup membujang sejak kematian isterinya akibat barah payudara.

"Pak Din tak buka kedai ke hari ni?"

"Bukak.. aku tinggai kat Asan tolong jagakan.

"Pak Din tak nak singgah dulu ka?"

Sengaja aku pelawa dia untuk singgah ke rumahku dahulu. Kebetulan kain baju telah habis aku sidai di ampaian. Aku menunduk dan mengangkat bakul yang telah kosong. Mataku terus menangkap mata Pak Din yang terus menerus meratah tubuhku.

"Eh! buat susah-susah saja.. tapi boleh juga. Pak Din pun rasa dahaga nih.. dah lama tak minum kopi anak dara bancuhkan."

Lalu Pak Din masuk ke halaman rumahku dan terus mengekoriku menuju masuk ke dalam rumah.

"Ehh! Mana mak ngan pak hang, Diana?"

"Mak dengan Abah ke Perak, ada kenduri di rumah kawan abah. Petang atau malam nanti balik laa tu. Man pula ke sekolah, ada kelas tambahan katanya."

Aku menjelaskan kepada Pak Din sengaja mengumpannya.

"Hang tak takut ke tinggal seorang macam ni?"

Pak Din menyoalku kembali dengan soalan yang boleh memerangkapku jika aku tidak berhati-hati menjawabnya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi rotan di ruang tamu rumahku.

"Rasanya tak ada apa yang nak Diana takutkan. Kalau ya pun Diana takut, Pak Din kan ada."

Aku bergurau sambil berlalu pergi ke dapur. Aku sengaja melenggang lenggukkan punggungku.

Setelah siap air kopi, aku bawakan ke ruang tamu. Semasa aku meletakkan secawan kopi itu di meja kopi di hadapannya. Mata Pak Din terus meratah sebahagian dadaku yang masih berkemban. Lalu aku duduk berdepan dengannya.

"Minumlah air kopi yang Diana buat ni.. tapi tak sama laa macam kopi Pak Din."

"Terima kasih, mesti manis macam orang yang membancuhnya. Eh! hang tak minum sekali ka?"

Pak Din terus mencapai cawan dan menghirup kopi yang aku buat itu.

Aku tersenyum menggoda melihat dia minum.

GELOJAK NAFSUWhere stories live. Discover now