Bab 37

2.5K 183 2
                                    

HAMPIR dua minggu peperiksaan pertengahan tahun tamat. Ada juga beberapa subjek yang sudah mereka dapat keputusan. Alhamdulillah setakat ni kelas mereka tiada lagi yang gagal mana-mana subjek. Cerdik belaka Alhamdulillah!

Dan dalam tempoh masa itu jugalah Hana sentiasa berjumpa dengan Eil. Bukan, lelaki itu yang mencari Hana di mana-mana. Habis sahaja peperiksaan Eil ada memberi kertas perjanjian bahawa Hana perlu membantu Eil. Mahu atau tidak tandatangan diberi jua.

Keputusan check up bersama doktor hari itu juga membuatkan Hana semakin tak keruan. Dia malas untuk check up kerana itulah. Bukan berita baik malah keadaannya yang semakin merosot. Hana sudah dapat mengagak tetapi Syara lah yang menangis bersungguh. Itu belum mat...

Pap!

Terhenti lamunan Hana tatkala sebatang pen mendarat di tepat atas kepala. Terus kepala mengangkat memandang gerangan tersebut. Setan mana lempar barang ke arah dia ni?

Lihat sahaja ke luar kelas, Eil tersenyum sambil melambai-lambai ke arahnya sebelum beredar.

"Bodoh ke apa?" Gumam Hana sebal sebelum mengusap kepala. Ingat tak sakit ke kalau kepala kena pen?

"Aku hairan lah Hana, dari haritu aku tanya siapa mamat tak semenggah tu?" Syara mengerut kening.

Perihal Eil dan perjanjian itu memang dia tak ceritakan kepada sesiapa pun termasuk Heiz adiknya sendiri. Hana rasa macam tak penting. Dia cuma perlu bantu siapkan puisi kemudian bebaslah. Itu pun tinggal 15% sahaja lagi sebelum puisi itu lengkap.

"Tak ada siapa lah." Itu sahaja balasannya.

"Ingat Hana yang Hadi tu dah nak dua minggu dingin dengan kau sebab banyak kali kantoi kau dengan Eil dalam sekolah. Aku tak nak lah nama kau jadi buruk pula sebabtu aku tanya tapi kalau kau sendiri kata tak ada sesiapa, aku tak boleh kata apa." Perlahan suara Syara menegur sambil menyelitkan nasihat dalam bicara. Nampak benar risaunya terhadap Hana.

"Insya-Allah tak ada apa-apa pun. Aku cuma kena tolong dia tu je. Aku target minggu depan settle semua."

Mata memandang Syara yang terangguk-angguk. Sedikit sebanyak dia tahu Syara lega mendengar balasannya kalau tidak memang berdas das peluru Syara tembak dia.

Soal hubungannya dan Hadi. Memang sekarang mereka kembali dingin seperti dahulu. Ada juga Hadi chat tanya siapa Eil dan dan dia hanya balas tak ada siapa hanya kawan yang perlukan pertolongan

Tapi betul lah Eil hanya perlukan pertolongan darinya dan seusai dia tolong semuanya akan kembali seperti biasa. Tak ada yang menarik kecuali namanya akan ada dalam buku puisi arwah abang Eil.

"Kau ikut ke nanti majlis tingkatan 5 kat hotel tu?" Soal Syara tiba-tiba.

"Eh ada ke?"

Syara berdecit geram.

"Itulah berkepit dengan Eil tu lagi sampai apa pun tak tahu. Kita ada majlis tingkatan 5. Katanya tahun ni buat di hotel dan tidur dua hari." Terang Syara.

"Tidur? Bukan biasanya makan-makan je ke?" Berkerut kening Hana mendengar perkataan tidur. Tak pernah pun batch senior sebelum ni bermalam.

"Ya, tidur dua hari. Memang biasanya makan-makan je sebabtu aku bagitahu kau supaya kita boleh terkejut sama-sama."

"Terkejut weh!" Hana membulat mata.

"Dah lah tak nak layan. Pergi sana dengan Eil kau tu. Hampir dua minggu kau abai aku tau!" Syara memuncung tanda protes. Bayangkan lelaki yang entah dari mana muncul dan tiba-tiba sahaja rapat dengan sahabat baik kita.

Huh.

Kitti kitew tau!

"Alah Syara adik iparku! Nanti kat hotel tu aku janji kita berkepit 24jam. Kalau aku nak kencing pun aku akan ajak kau. Janji tak tipu." Hana mengangkat tangan seolah sedang berikrar.

Syara hanya memandang sebelum mencebik.

"Okey kita tengok waktu kat hotel tu nanti. Siap kau kalau kau kencing aku."

Hana hanya tersenyum. Kencing pun kencing lah Syara asal tak buang air besar sudah.

***

"MAKCIK saya nak ayam goreng peha tu!" Pinta Hana separa jerit.

Macam biasa bila waktu rehat je sekolah ni dah macam kandang kambing. Di mana-mana ada kambing mbek sana mbek sini. Bingit! Mujur makcik kantin tu jenis telinga kebal. Nak beli makanan pun tinggal tunjuk je auto faham.

"Makcik nak ayam peha!" Jari telunjuk menunjuk ayam goreng peha yang masih panas lagi.

Sekejap sahaja ayam goreng peha tersebut sudah diletakkan ke dalam plastik. Duit dihulur. Sempat Hana senyum dan mengucap terima kasih sebelum kembali mencelah dari lautan kambing.

"Sesak betul kantin. Rasa macam nak pengsan pun ada!" Adu Hana kepada Syara. Punggung dilabuhkan atas bangku berhadapan Syara.

"Tahu pun sesak. Jadi hargailah aku yang selalu bersesak sesak demi nak beli makanan kau selalu. Sekarang faham dah kan kenapa aku bawa bekal harini?" Syara memandang Hana sekilas sebelum mi goreng yang sudah digulung masuk ke dalam mulut.

Sedap!

"Bekal aku, sorry sikit eh?"

"Kau yang tak nak padahal sedap je mummy kau masak," Syara cebikkan bibir.

Hana hanya diam tidak membalas. Mata memandang bekal tersebut. Pagi tadi Heiz ada berjumpa dengannya dan memberikan bekal yang dibuat oleh makcik Ratna. Hubungannya dan makcik Ratna sudah tidak seteruk sebelum ini.

Nak kata tak rapat bolehlah kadang-kadang dia berbual dengan makcik Ratna dan nak kata rapat pun tidak juga. Biasa biasa je. Masih ada tembok dinding antara dia dan makcik Ratna.

"Syara petang ni jom teman aku nak?"

"Mana?" Dagu Syara hayun ke depan.

"Kubur mama. Aku rindulah."

Terhenti kunyahan Syara. Wajah Hana yang tersenyum dipandang.

"Boleh, petang ni kita merempit cun? Kau bawaklah aku mana reti."

"Okey nanti petang aku ambil kau." Tak sabar nak jenguk mama! Ayam goreng digigit lagi sehingga habis.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now