B2

3.5K 193 6
                                    

"CINTA! Cinta baby!" Syara memandang sekeliling. Baru dua hari lepas sah, hari ni dah hilang. Dah lah Heiz tu muka tak berperasaan. Nak bercakap pun macam ada emas.

"Cinta!" Anak tangga diturun. Awal pagi sudah sunyi.

"Oi jangan nak memekak boleh?" Itu dia suara kakak ipar kita.

"Hana! Kau nampak tak cinta aku pergi mana?"

Hana yang sedang mengupas kulit limau memandang Syara. "Cinta kau tu pergi jogging aje."

"Hmm ya lah. Eh! Apa kes haritu jumpa Hadi?" Soalan Syara membuatkan tangan Hana berhenti dari mengupas. Jeda seketika namun disambung semula kupasannya.

"Malas lah nak cerita."

"Cerita sekarang kalau tak aku tak nak bagi anak buah."

"Oh terbalik pula?"

"Hmm!" Wajah Syara masih serius memandang Hana.

Hana mengunyah buah limau sambil membuat wajah bersahaja. Ugutan Syara diabaikan begitu sahaja. Cuti raya cina ni banyak betul limau dalam rumah ni. Macam menyambut je gayanya.

"Hana, bagilah tahu." Lengan kakak ipar digoyang-goyang.

"Heish!" Rengus Hana apabila buah limau di tangan terjatuh apabila Syara menggoyang lengannga tanpa henti.

"Apa yang kau nak tahu sangat?"

"Kau dengan Hadi tu. Bukan main lagi kau orang berlarian dalam majlis aku. Ingat sweet ke? Cis!" Potongan limau di dalam pinggan Hana dicuri sebelum disua ke mulut.

"Itu kan aku larikan diri dari jumpa dia. Bukan main lari lari."

"Yang kau lari kenapa? Sebelum ni macam mati suami nak jumpa dia. Nak Hadi lah. Pangeran Hadi kat mana lah. Hadi tersayang single ke tidak." Syara menjeling Hana. Jual mahal betul sahabatnya.

"Itu sebelum aku tahu pasal kesihatan tu okey?" Jelingan Syara dibalas semula dengan jelingan.

"Kau cuba pun belum. Apa nak takut?"

Semenjak Doktor Aisyah beritahu kemungkinan rahim dia tak kuat untuk kandungkan bayi, terus sahaja nama Hadi hilang di bibir. Lelaki mana yang mahu kahwin tanpa zuriat. Tapi Doktor Aisyah pesan itu kemungkinan sahaja kerana kesihatannya kadangkala merusut.

"Aku bukan tak percaya takdir tapi aku tak suka berkongsi."

"Kau ingat Hadi suka kau sebab nafsu?"

Soalan Syara membuatkan Hana terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa lagi. Wajah Syara yang masih merenungnya tajam membuatkan Hana mengeluh.

"Aku selesa sendiri Syara."

"Dua belum tentu derita. Satu belum tentu bahagia. Itu puisi yang kau tulis, ingat?" Syara masih merenung Hana.

Kadangkala memang manusia pakar dalam mengarang ayat untuk orang lain. Dan itu yang Hana rasakan. Bila dia menulis, seolah dia lah pakar motivasi walhal diri sendiri pun tak ada motivasi. Sasau sahaja selalu.

"Peluang ada depan mata Hana. Tolong kecapi bahagia yang kau angankan. Hati tu," Syara menepuk dada Hana beberapa kali.

"Hati tu tak boleh tipu yang kau selalu rasa sunyi. Aku sebagai orang terdekat merangkap adik ipar tercinta hanya mampu nasihat kau. Selebihnya kau sendiri yang perlu pilih kebahagiaan kau sama ada kiri atau kanan. Depan atau belakang dan lurus atau belok."

Syara menarik nafas sebelum menyambung lagi. "Memang sel kanser tu masih aktif dan kadangkala merisikokan nyawa kau apatah lagi nyawa yang kau bakal bawa tapi percayalah. Kita hanya mampu merancang. Di atas pun merancang. Sebaik baik perancang adalah Dia."

Hana tersenyum mendengar nasihat makan dalam Syara.

"Memang patut nama kau Syara."

"Asal?" Terjungkit kening Syara.

"Pandai bagi syarahan! Sekarang aku faham kenapa kau ambil kos undang-undang dulu."

Baru sahaja Syara mahu melepaskan makian muncul susuk tubuh tinggi di belakangnya. Siapa lagi kalau bukan,

"Eh cinta!" Syara terus memeluk Heiz. Pergi jogging pun wangi. Suami siapa ni!

"Hmm." Itu sahaja balasan Heiz lalu tangan turut mencapai potongan buah limau di dalam pinggan Hana.

"Eh selekeh kau reti basuh tangan tak? Entah tangan tu dah lap peluh sana sini, kau main sauk je ambil limau aku." Hana terus mengangkat pinggannya menjauh dari dua makhluk tak betul di hadapannya.

"Dah basuh tadi tangan sebabtu Heiz ambil satu." Terang Heiz.

"Ha dengar tu. Laki aku dah basuh tangan tahu? Dah cinta jom kita swimming. Lepastu baby teman cinta layan anime." Lengan sasa Heiz dirangkul.

Anggukan Heiz membuatkan Syara terus melambai tangan ke arah Hana.

"Ceh, macam dia sorang je ada laki. Aku pun ada pangeranlah!" Bisik Hana dalam nada geram. Limau disumbat sumbat ke dalam mulut tanda protes.

"Siapa pangeran?" Mummy yang tiba-tiba sahaja muncul membuatkan Hana tersedak.

"Pangeran?" Bertambah tersedak apabila papa muncul dan terus duduk di sebelahnya.

Mampus aku.

***

"SIR! Hazwan kata sir gay!" Jerit Aina pelajarnya.

Hadi yang sedang menulis di papan putih terkedu. Ditoleh memandang anak muridnya. Hampir setahun juga dia mengajar di sekolah swasta ini dan memang pelbagai ragam yang perlu dia hadap dengan sabar.

"Tak Sir!" Bantah Hazwan sebelum membaling pemadam ke arah Aina.

"Kau tu dah lah selalu ushar Sir, jangan nak fitnah aku eh!"

"Dah kau dari haritu kata Sir gay sebab tak ada girlfriend!"

Hadi mengeluh. Papan putih ditepuk beberapa kali sekaligus memberhentikan pergaduhan antara Hazwan dan Aina.

"Dah? Kalau nak bergaduh sila keluar dari kelas saya. Kesian kawan awak yang lain nak belajar. Dan untuk pengetahuan awak Hazwan, Sir dah tak single. Jangan risau."

"Aina pun jaga mata selalu. Datang sekolah untuk belajar kan? Sekarang salin soalan kat depan ni sebelum Sir denda awak berdua." Lembut tapi tegas nada Hadi dalam menegur.

Macam-macam karenah pelajar tapi sebagai guru dilayankan sahajalah. Di sekolah swasta ini dia mengajar subjek matematik. Kadangkala dia tak perlu mengajar kerana pelajarnya sudah sedia maklum ke tusyen. Jadi di sekolah hanya perlu membuat latihan sahaja.

Anak orang kaya. Ada duit, mudah. Tapi ada juga segelintir yang tidak minat belajar dengan alasan nanti saya keluar jadi boss juga. Biasa pelajar begini Irsyad yang selalu handle. Memang diceramah kaw kaw punya.

Siapa sangka dia menjadi seorang guru dengan sahabat merangkap bekas musuhnya sendiri, Irsyad. Sahabatnya mengajar Bahasa Melayu 2. Dia dan Irsyad sama-sama mengajar menengah atas di sekolah ini. Tak dinafikan seronok menjadi seorang guru walaupun kadangkala penat.

"Sir, kenapa raya cina cuti dapat sikit je?"

"Mungkin kalau kita cuti lama nanti kita jadi cina." Sampuk Hazwan sekaligus menjawab soalan rakan sekelasnya.

Hadi tersenyum sambil menggeleng kepala. Kan dia dah kata, macam-macam perangai yang ada.

"Hey you guys jangan racist ha!"

"Alah Chong, kau dah lah minum waktu orang puasa.."

"Sir! Tengok Hazwan ini, machib.."

"Hoi dosa! Masuk melaka baru tahu!"

"Dey Melaka saya punya tempat. Apa pasal masuk saya punya itu tempat?"

"Vinash, diamlah botak."

Keluhan Hadi lepaskan. Sabar Hadi Ehsan selagi boleh!

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now