B11

1.9K 97 6
                                    

SUASANA rumah nenda riuh apabila dikhabarkan dengan berita Syara sedang mengandung. Heiz yang menerima berita gembira tersebut terus memeluk tubuh Syara sebelum menangis.

"Cayalah Heiz! Laju kau buat kerja." Usik Faim dan yang lain turut tertawa gembira.

Hana yang melihat situasi itu hanya tersenyum. Syara sahabatnya sudah kecapi bahagia. Dia? Mata beralih memandang ke arah Hadi yang sedang bergelak ketawa mengusik Heiz.

Dengan berita gembira itu sahaja sudah buat Hadi tertawa bahagia begitu. Bagaimana kalau berita itu disampaikan oleh dirinya? Perlahan senyuman Hana memudar.

Dia tak mampu.

Dia tak sempurna.

Dia yang tiada apa.

Tubir mata Hana mula hangat. Dia mahu Hadi bahagia begitu dengannya. Walaupun berulang kali Hadi mengatakan lelaki itu hanya mahu dia.

"Hana?" Sapaan itu membuatkan tangan Hana laju mengusap tubir matanya.

"Ya nenda, kenapa?" Senyuman terukir. Ah Hana, lakonan menutup dukanya telalu hebat.

Nenda tersenyum sebelum menarik lengannya perlahan.

"Kita nak pergi mana ni nenda?"

"Sesi kaunseling."

Oh no! Takut pula rasa. Dia ada buat salah ke?

Tiba sahaja di kamar beradu nenda terus nenda menyuruhnya duduk di birai katil. Nenda turut duduk di sisi Hana.

"Kenapa nenda?"

"Jangan tahan," nenda masih merenung mata Hana.

Spontan Hana tersenyum. "Hana tak faham apa nenda cakap."

"Nenda cakap bahasa melayu. Nenda suruh Hana jangan tahan. Menangislah, nenda tahu semuanya dan mata tua nenda faham."

Hana masih tersenyum namun tubir matanya kembali berair.

"Hana tak apalah nenda," perlahan sahaja suara Hana sambil menepuk tangan nenda yang sedang menggenggam tangannya.

"Jangan tahan Hana, nenda tak suka."

Sejurus itu terus empangan air mata yang ditahan merembes keluar. Tangan terus naik mengelap air matanya.

"Nenda tahu rasanya. Nenda faham, nangislah. Nenda nak dengar semuanya."

Terketar-ketar bibir Hana menahan esakan. "Hana tak mampu nenda..."

"Hana cuma nak Hadi bahagia," nafas ditarik.

"Hana tak boleh bohong yang Hana cemburu. Sangat cemburu dengan Syara, Hana..." Esakan Hana menjadi kuat. Tangannya menggigil.

"Hana bukan orang yang tepat untuk Hadi nenda."

Terasa belakang badan diusap oleh nenda lembut. Semakin kuat tangisan Hana sebelum nenda menariknya ke dalam pelukan.

"Siapa kata Hana bukan yang tepat?" Suara garau Hadi membuatkan Hana meleraikan pelukan nenda.

Nenda tersenyum dan terus berdiri. Sempat nenda memberi pesanan untuk berbincang dan jangan bergaduh.

"Hadi buat apa kat sini?"

"Tak akan Hadi nak duduk diam bila tengok isteri solehah Hadi menangis teresak-esak ni?" Hadi mengambil tempat duduk nenda. Terus memeluk tubuh Hana.

"Hana yang paling tepat."

"Sangat tepat." Bisik Hadi sambil mengeratkan pelukan.

Tersenyum Hana beberapa saat sebelum kembali menangis di dalam pelukan Hadi.

"Anak itu rezeki. Sudahlah, jangan cemburu dengan kebahagiaan orang. Kita kecapi bahagia sendiri, boleh?" Pujuk Hadi.

"Hana cuma nak yang terbaik untuk Hadi,"

"Hana yang paling terbaik. Cukup Hana."

Baru sahaja Hana mahu membalas terus Hadi meleraikan pelukan.

"Hana tak sayang Hadi?" Garang Hadi menyoal.

"Sayang." Jawab Hana perlahan sambil menunduk.

"Habistu kenapa fikir bukan-bukan?"

Hana terdiam. Mata naik memandang wajah Hadi.

"Kita datang sini untuk bulan madu tahu? Untuk bercuti dengan bahagia. Kalau Hadi tahu jadi macam ni, baik kita duduk rumah berdua. Tolong jangan bazirkan air mata Hana untuk Hadi."

"Sakit untuk Hadi tengok sayang..." Cebisan air mata di pipi Hana diusap.

"Hadi sayang Hana sangat. Hana sudah cukup untuk Hadi. Andaikata kita perlu menua berdua pun Hadi tetap pilih Hana. Hadi bahagia selagi Hana ada." Bibir Hadi terus mencium dahi Hana.

Tulus. Itu yang Hana rasa saat mendengar segala ucapan Hadi sebelum dia dikucup.

"Hana terlalu sayang,"

"Sangat sayang." Hana lebarkan senyuman.

Hadi turut tersenyum. Pipi Hana dicium bertalu-talu sebelum tergelak.

"Sayangnya Hana!"

"Cintanya Hana!" Jerit Hadi sambil mencium Hana tak henti-henti.

"Hahahahah! Hadi! Habis air liur kena pipi Hana!" Tergelak Hana sambil cuba mengelak ciuman Hadi.

"Hadi tak peduli!" Hadi langsung tak hiraukan rontaan Hana sebelum nenda masuk dan menghalau mereka. Nenda iri!

***


Minta maaf lama tak update, InsyaAllah nak habis dah! Sikit je lagi okie wokies 🤍

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now