B5

3K 195 7
                                    

"JADI betul ke apa yang ayah dengar dari uncle Hans?" Soal ayah sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi.

Hidangan makan malam ini pun bukan main luar biasa seolah mahu meraikan sesuatu.

"Dengar apa?" Sengaja Hadi membalas dengan soalan semula.

"Hadi lamar Hana malam semalam? Depan mamak pula tu?"

Ouh soal tu rupanya... Hadi menggosok tengkuk. Macam mana nak terang pada ayah ni, dia tak dapat kawal isi hatinya semalam sampai terlamar Hana selamba badak begitu sahaja.

"Hmm.." itu sahaja yang Hadi balas sebelum mengambil kuah ayam merah yang terhidang.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Jadi Hadi plan bila nak jumpa keluarga Hana?"

Itu masalahnya. Selepas sahaja dia lamar Hana, terus wanita itu terjatuh sebelum cepat cepat masuk ke dalam kereta dan melarikan diri. Gusar juga hati ni. Pelbagai fikiran negatif mula muncul. Entah entah Hana menolaknya, haish!

"Hadi tak fikir lagi. Hana pun tak ada balas apa-apa." Wajah ayah dipandang sekilas sebelum memandang pinggan nasinya semula.

"Hana tu perempuan, malu lah dia. Hadi pun lamar anak orang selamba macam tu depan mamak, lain kali bagitahu ibu ke ayah dulu." Sampuk ibu.

"Hadi tak sengaja."

Tersenyum Khalif dan Hanum mendengar jawapan Hadi. Hati kalau dah suka apa boleh buat.

"Hujung minggu ni kita ke rumah Hana lah. Alang-alang uncle Hans jemput kita ke majlis doa selamat mereka. Sekaligus nanti kita bincang tentang lamaran kamu tu. Kalau jadi, langsung buat persiapan." Cadangan ayah diangguk sahaja.

Tapi kalau Hana tolak dia macam mana? Sudahlah dia tidak mendapat kemaafan dari Hana lagi. Serabut pun ada rasa bila fikirkan keputusan yang bakal dia terima nanti.

"Hana terima punya. Kalau rasa ragu-ragu buat solat istikharah Hadi." Pesanan ibu dijawab dengan anggukan.

Kalau hati, yakin seyakin yakinnya Hana lah satu-satunya tapi untuk jawapan Hana itu yang membuatkan dia ragu.

***

HUJUNG minggu tiba membuatkan Hana sekeluarga sibuk dengan majlis doa selamat atas perkahwinan adiknya sekaligus majlis tahlil buat arwah mama.

"Kakak Hana kakak Hana!" Suara Syara membuatkan tangan Hana berhenti menulis puisi.

Sudah menjadi hobinya apabila punya waktu terluang, dia memang akan menulis puisi di aplikasi nota dalam telefon. Tulis punya tulis sedar tak sedar hampir beratus juga dia tulis.

"Ya adik iparku, nak apa?" Wajah teruja Syara dipandang.

"Tadi papa bagitahu keluarga Hadi nak datang." Digoyang-goyang lengan Hana tanda teruja.

"Jadi?"

"Ceh dah pandai berlakon sekarang. Dulu punya lah semua benda cerita. Buat-buat tak tahu pula tu..." Syara menjuih bibir sebelum melabuhkan punggung sebelah Hana.

Berkerut dahi Hana. Apa pula berlakon ni, rasa macam tak ada apa yang dia sorok kecuali... Ouff

"Lamaran Hadi tu lah. Minggu lepas kena lamar kau tak cerita pun."

Aduh macam mana Syara tahu pula.

"Hadi main-main aje tu. Sebab tu aku tak nak cerita." Telefon dibuka semula. Malas nak fikir tentang lamaran tu, entah entah Hadi cuma nak pujuk dia.

"Hey! Main-main apanya. Kan aku kata tadi keluarga Hadi nak datang. Dia tu datang nak hantar rombongan. Kau ni buat bodoh ke memang bodoh?" Geram Syara melihat sikap acuh tak acuh Hana. Dulu waktu dia tahu Heiz nak hantar rombongan terus dia melompat macam monyet tapi Hana tenang ribut jiwa.

Terlepas telefon dari tangan Hana. Wajah Syara dipandang.

"Kau prank?"

"Tak ada masa aku nak prank. Tak percaya pergi tanya papa dengan mummy sendiri."

Terus gelabah Hana bangun dan berlari ke arah dapur. Mummy dan papa yang sedang duduk berbual di meja makan dituju.

"Ha Hana! Panjang umur. Malam ni pakai lawa lawa tau." Ucap mummy.

"Betul ke? Mummy dengan papa yakin tak salah dengar?" Hana betul-betul mahu kepastian. Karang kena prank, dia juga yang sakit hati sebab terletak harapan.

"Apa pula tak betul. Betul lah, ni nanti Hana pakai jubah yang mummy baru beli tu tau?" Wajah papa pula dipandang. Papa hanya mengangguk meyakinkannya.

"Tapi papa dengan mummy tahu kan Hana mungkin tak mampu beri cucu pun?"

Senyuman papa dan mummy membuatkan Hana makin tak keruan.

"Malam ni kita jujur ya pada Hadi nanti? Kalau dia betul nak memperisterikan Hana, dia akan terima Hana apa adanya."

"Maksud papa, Hana kena berterus terang tentang sakit tu."

"Ya sayang."

Ya Allah.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now