"Shah ikut aku jap" laungku di hadapan pintu kelas
"Pergi mana?" soal Shah malas
"Banyak tanya pulak, nak ikut ke tak" soalku geram
Taknak laa aku, baik aku stay je dalam sekolah harini" ujar Shah dengan malas sambil mengunyah makanan nya.
"Sukaa hati kau la, apa apa hal roger aku" ujarku sambil berlari ke arah moto
"Okeyy, btw yang lain ikut kau jugak ke" laung Shah
"Izzat je ikut aku yang lain taknak" laungku di hujung koridor
Shah mengangguk tanda paham dan berlalu kedalam kelas
Part Izzat and Azz di parking motor
"Izz kau datang ngan sape harini " soal ku di pejalan kaki berhampiran tempat parking moto aku
" Aku datang dengan grab je harini, macam mana nak ponteng wei" soal Izzat rilek
"Kau drive moto aku laa, dah lama tak duduk belakang nie. Dah la jom" arah ku
"Jom jom aku pom dah lama tak gendong kau" jawab Izzat
"Nasib baik aku selalu letak dua topi kat moto aku" ujar ku sambil menaiki moto yang dipandu Izzat
"Beg kau ada tak?" Soal Izzat di depan
"Gila kau tak de, memang tak boleh naik motor la jawabnya. Kalau takde beg aku ni memang tak la aku nak naik dengan kau" ujar ku
"Ha bagus, cepat cepat letak aku dah nak gerak dah ni" arah Izzat dan aku segera meletakkan beg di antara kami supaya tidak bersentuhan satu sama lain.
Apa kau ingat aku perangai macam laki boleh la sentuh laki bukan bukan, heyy aku islam laa, tahu batas dengan laki even aku kawan dengan laki walaupun aku tak pakai tudung tak semestinya aku jahat. Yes aku tahu dalam al quran ada cakap sebaik baik wanita adalah,wanita yang pandai menjaga auratnya daripada dilihat ajnabi lain. Tapi sekarang ni aku bukan taknak pakai cuma tak terdetik lagi nak pakai tudung and lagi satu jangan salahkan aku sebab tak pakai tudung, korang salahkan author sebab buat watak aku nampak jahat.MUAHAHAHAHAHA(evil laugh) ....
"Laju ii Izz, dah lama tak duduk belakang ni" ujar ku gembira
"Ye, hati hati kau" pesan Izzat
"Tempat biasa eh " laung ku kuat diatas motor kerana Izzat sudah pecut di jalan raya
" Okayy bos" ujar Izzat kuat
"Best siot dah lama tak duduk belakang " ujar ku sambil menanggalkan topi dikepala
" Tulahh dah lama tak drive ada orang belakang " kata Izzat sambil mencabut kunci motor lalu diserahkan kepada aku.
" Kita nak duduk mana ni? " soal ku sambil melilau kiri kanan untuk mencari tempat
" Aku tahu la kau nak duduk tapi betulkan dulu rambut yang macam hantu langsuir tu, seram pulak aku tengok" ujar Izzat sambil menunjukkan ke arah rambut ku
"Biasala naik motor, mesti serabai rambut " ujar ku tenang
" Zzat kau tolong beli aiskrim jap kat situ, aku pergi cari tempat duduk " ujar ku sambil menyerahkan duit
" Hmm yelah tunggu jap " kata Izzat sambil menuju ke arah kedai aiskrim
Aku yang terlalu seronok ke taman tanpa melihat kiri kanan lalu melintas jalan. Tiba - tiba
" Arghhh" laungku
"Awak okay? " soal seorang perempuan yang memakai niqab sedang membantu ku
" Wei Azz kau okay tak ni" soal Jawab Izzat risau selepas terdengar suara orang menjerit
"Ni siku aku luka sikit tapi tak pape la. Kau okay?"soal ku kepada orang yang membantu ku
"Oh saya tak pape, awak tu yang luka jom pergi klinik, saya bawakkan" ujar perempuan itu
"Betul ni kau okay, takde luka mana ii ke? " soal ku risau
" Iya betul, lagipom cuba tengok keadaan awak sekarang ni, awak yang lebih teruk dari saya" ujar perempuan itu lagi
"Ohh aku tak pe nanti aku pergi klinik. Terima kasih sebab selamat kan aku" ujar ku lalu senyum
"Sama-sama lain kali tengok dulu sebelum melintas sebab bahaya, saya takut jadi macam tu" ujar nya lembut
"Sape nama kau? and umur berapa?" soal ku sambil memegang siku yang berdarah
"Nama saya Aisyah, awak boleh panggil Sya, and pasal umur sy baru berumur 19. Sape nama awak pulak?" soal Sya
"Oh kau tua lagi setahun dari aku, but sorry aku tak boleh nak panggil kau kakak or sis sebab benda tu nampak pelik bagi aku. Kau panggil je aku Azz, btw kau cantik la pakai niqab macam bidadari " ujar ku tertarik
" Saya paham kalau awak taknak panggil saya kakak or sis, saya tak kesah. Awak pom cantik cuma lagi cantik bila aurat kita terpelihara dari orang yang tak boleh tengok aurat kita " tegurnya lembut
" Boleh tak aku nak nombor kau, senang nak jumpa sebagai tanda terima kasih sebab tolong aku" ujar ku
"Boleh tunggu kejap ye" ujar Sya sambil mencari kertas di dalam beg nya
"Thanks, aku pergi dulu, ada rezeki kita jumpa lagi " ujar ku lalu segera menarik hujung beg Izzat dan segera ke arah motor. Hilang terus mood nak ponteng
" Jom la pergi klinik along aku" ujar ku sambil menekan siku ku dengan kain
"Ye ye sabar jap, kau tahan kejap ye" ujar Izzat risau
Klinik Adrian Hariz
"Abang aku ada tak "soal ku kepada penyambut tetamu di depan kaunter
" Ohh doktor Adrian ada, silakan" ujar nya
"Letak ubat jap " arah ku setelah masuk bilik alongku tanpa mengetuk pintu
" Ni dah kenapa pulak sampai berdarah banyak sangat ni " tanya Along ku dalam keadaan risau
" Hampir accident tadi, nasib baik ada orang tolong " ujar ku malas
" Macam mana boleh nak accident pulak, bahaya la kau ni baby? " soal nya risau
" Nama pom accident, bukan nya aku mintak pom, benda yang tak di jangka nak buat macam mana " jawab ku
" Ni aku bagi mc kau balik rest ya baby" arah along ku
Along aku tahu je aku ponteng cuma tulah dia malas nak layan sebab tu dia bagi mc
"Ni kau datang dengan sapa?" soal nya lagi
"Izzat tu hah dekat luar" ujar ku sambil menunjukkan arah luar
"Dah jom aku hantar kau keluar " ujar nya
" Woi korang buat hah ramai ramai dekat sini!!! " ujar ku terkejut tiba tiba semua geng aku ada dekat situ
" Ni Izzat call kata kau accident, gila tak risau " ujar Shah
" Alah takde apa laa, sikit je ni, lagipom aku dah nak balik dah ni. Korang pergi balik sekolah semula" arah ku
"Taknak la aku, baik ikut kau balik. Lagipom dah kecoh kitaorang keluar sekolah ramai ramai tadi" ujar Adib
"Suka hati korang la, nak buat apa" ujar ku malas
"Weii sorry tak ikut kau tadi, aku rasa bersalah sangat " ujar Shah sambil menunduk kepala memandang lantai
" No hal la lagipom Izzat kan ada tadi. And lagi satu aku nak request something boleh tak? " ujar ku kepada Shah
" Ha apa apa yang kau nak" soal Shah
"Aku nak aiskrim tadi tak sempat makan sebab Izzat dengar aku jerit terus tak jadi beli aiskrim " ujar ku kepada Shah
" Ye boleh boleh, kejap lagi aku pergi beli " ujar Shah
" Along salam, aku dah nak balik. Terima kasih jugak sebab bagi aku mc" ujar ku lalu senyum
"Ye lah, rest betul ii dekat rumah tu" ujar along ku sambil menyerabutkan rambut ku.
ha macam mana, okay tak, tunggu tau tak habis lagi. vote and komen jngn lupa

ANDA SEDANG MEMBACA
ADEENA
Short StoryFirst of all aku just nak cakap yang this only short story, so jangan marah aku kalau tak panjang because aku dah cakap awal ii " Dibesarkan oleh seorang bapa dan 3 orang adik beradik lelaki termasuk aku semuanya 4 orang la,well aku anak bongsu, so...