"Wei Shahhh kau nampak Azz tak harini?" Soal Izzat hairan
"Takde pulak,lepas je dia kena denda tadi terus tak nampak dia" terang Shah
"Haih dia ni pergi mana pulak"
"Kau dah call dia?" Soal Adib pula
"Hehe lupa,jap aku call" ucap Shah
"Weii Azz kau dekat mana?" Soal Shah dicorong telefon
"Asall" jawab Azz malas
"Kitaorang cari kau tadi, kau dekat mana biar kitaorang pergi dekat sana"ujar Shah lembut
"Tak payah datang la aku dah cau awal awal lagi lepas kena denda tadi" ujar Azz mendatar
"Biar betul kau ni baru je tadi kena denda sekarang dah buat hal pulak" ucap Shah sedikit tinggi
"Ha ah,yang kena denda tu aku so apahal pulak kau nak kesah?" Soal Azz lalu segera menutup panggilan
"Ya allah dia boleh letak masa aku belum habis cakap lagi" ucap Shah geram
"Pehal weih?" Soal Izzat
"Azz ni,kau tahu tak dia baru je lepas kena denda tadi then dia cau lepas dia kena denda. So sekarang ni dia dekat luar sekolah pastu kau tahu tak dia boleh pergi tutup call,aku pergi belum habis cakap lagi dah letak" ucap Shah geram
"Hish budak ni merisaukan betul la dia punya perangai,tak takut kena lagi sekali dengan cikgu ke?" Soal Izzat sendirian
"Aku rasa kalau dia tiba tiba cau tanpa bagitahu kita tu mesti ada sebab yang dia rasa sakit hati dengan kita" ucap Zikri yang dari tadi mendiamkan diri.
"Ke dia terasa dengan kita sebab kita tak backup langsung dia kena denda tadi eh" sampul Afiq pula
"Hmm boleh jadi selalunya dia macam ni kalau terasa dengan kita" ucap Shah pula.
Mereka semua diam sambil memikirkan cara nak pujuk Azz sehinggalah loceng kelas berbunyi menandakan tamat waktu rehat.
***
Kehadiran Cikgu Amri ke dalam kelas menyebabkan kelas yang bising bertukar senyap.
"Ha senyap pun, ingatkan nak bising je terus" perli Cikgu Amri
"Semua keluarkan kerja rumah yang saya bagi letak atas meja,saya nak check" ucap Cikgu Amri membuatkan pelajar gerun melihat wajah garang itu.
"Shah mana Azz?" Soal Cikgu Amri apabila melihat di tepi Shah kosong tanpa penghuni
"Aduh aku nak bagi alasan apa ni" ucap Shah yang berdebar apabila ditatap oleh Cikgu Amri
"Saya tanya mana Azz bukan suruh awak termenung" ucap Cikgu Amri sambil menepuk meja Shah dengan kuat
"Azz senggugut cikguu" ucap Shah senafas apabila mejanya ditepuk kuat oleh cikgu itu.
"Betul ni kamu tak tipu saya,mana lah tahu kamu backup dia ke apa lagipun dia best friend kamu kan" ucap Cikgu Amri sambil memerli Shah
"Be...betul cikgu" ucap Shah gagap.
"Ok lah saya percayakan kamu,tapi kalau saya tahu kamu berbohong siap eh" ugut cikgu itu.
Pelajar lain hanya memandang Shah sambil meneguk air liur kerana hentakan kuat di meja Shah tadi membuatkan mereka gerun.
That all for now,see u again. Jangan lupa vote and komen tauu
![](https://img.wattpad.com/cover/310408152-288-k267207.jpg)
YOU ARE READING
ADEENA
Short StoryFirst of all aku just nak cakap yang this only short story, so jangan marah aku kalau tak panjang because aku dah cakap awal ii " Dibesarkan oleh seorang bapa dan 3 orang adik beradik lelaki termasuk aku semuanya 4 orang la,well aku anak bongsu, so...