ADEENA-2

6 2 1
                                    

"Wei korang tunggu lah!!!" laung ku

"Sorry sorry Azz, kau la jalan slow sangat, kitaorang pom tak perasan kau kat belakang " ujar Adib sambil berjalan sebelah aku

" Ada nak lepak mana mana ke petang ni?" soal Izzat sambil melihat phone

Sekolah aku boleh bawa phone so takyah heran kalau kitaorang main depan cikgu sekalipun. Cikgu takde hak nak rampas.

"Macam biasa la, kedai mamak takpun taman " ujar ku sambil menyelit rambut di belakang telinga.

" Woii" laung seseorang

Semua berhenti dan menoleh ke belakang. Tiba tiba..

"Sakit la babi" ujar ku dengan marah

"Tu kau kata sakit, kau ingat aku tak tahu yang kau pergi bocorkan dekat cikgu yang aku ponteng semalam" marah Ariq dengan geram.

"Apa benda kau merepek ni, hah. Dan satu lagi kau bodoh ke hah tumbuk pipi aku" ujar ku menahan sabar

"Memang kau layak dapat penumbuk aku, sape lagi selain kau yang tahu aku ponteng semalam " ujar Ariq sambil mengepal penumbuk

" Eh bodoh kau dengar sini ehh baik baik, memang semalam aku ternampak kau ponteng tapi bukan aku lah yang report dekat cikgu sial" ujar ku lalu menumbuk kembali muka Ariq.

"Bangang kau, tunggu kalau aku dapat tahu yang kau memang orang nya, aku takkan lepaskan kau" kata Ariq sambil meludah darah di dalam mulut nya

"Blah la kau" halau ku sambil menolak dengan kasar badan Ariq

"Wei kau okay? " soal Shah panik

" Alah sikit je ni, rilex je" ujar ku sambil menggosok pipi yang sedikit berdarah

Memang aku tak bagi kawan ii aku masuk campur kalau aku tengah gaduh dengan mamat celaka tu, sebab aku taknak diorang kena sebab aku. Baik kan aku, Ye aku tahu. HAHAHAHAH, rakluu

"Dahlah jom balik, petang ni kan lepak pulak" ujar ku sambil bergerak ke arah motosikal yang dinaiki ku

Aku tak minat naik kereta sebab nanti nampak ayu la pula, actually naik je kalau time hujan and malas nak bawak moto.

*

*


*

KLINIK ADRIAN HARIZ

"Abang aku ada tak kat dalam?" soal ku kepada penyambut tetamu yang berada di situ

"Doktor Adrian ada, silakan masuk dia takde patient sekarang ni " ujar nya dengan lembut.

Aku hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam biliknya

" Along, tolong letak ubat dekat pipi aku jap" ujar ku setelah masuk tanpa mengetuk pintu

"Kenapa dengan pipi kau ni baby" soal nya dengan risau

"Gaduh tadi tu pasal bengkak sikit" ujar ku dengan tenang

"Dengan siapa pulak ni? " soal nya sambil mencari ubat untuk diletakkan di pipi ku

" Macam biasa, ala sikit je ni, esok lusa baik lah ni. Lagi satu jangan bagi tahu ayah pasal ni, aku taknak dia risau " ujar ku memberi amaran

" Hmm tu aku tak janji pandai ii kau la cover kalau ayah tanya "jawab nya dengan malas.

Bukan tak tahu perangai adiknya yang suka bergaduh dengan orang. Tapi tahu pulak takut kalau ayah tahu dia bergaduh dengan orang. Memang kebiasaan dia kalau gaduh sampai bengkak pipi, takkan keluar dari bilik sampai la ayah pergi kerja baru keluar.

"Kau mengumpat aku ke long " soal ku dengan malas

" Takde la, buat apa mengumpat kau, kalau kau pun dah depan mata"

"K lah bai, aku chau dulu. Petang ni nak jumpa member pulak" ujar ku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan nya

"Iyelah, ni duit buat belanja petang ni baby " kata Abang aku iaitu Adrian

" Mekasyihhh Along yangg hensem " kataku sambil berjalan keluar

" Take care " laung nya apabila aku di depan pintu keluar klinik. Aku hanya mengangguk dan terus menaiki motor untuk pulang.


















Ha macam mana, okay tak. Well short story kan mestila aku nak buat korang tertanya tanya pulak apa yang jadi lepas ni. Btw citer aku takkan update selalu cuma aku akan update bila ada masa terluang. Bye muahh,assalamualaikum

ADEENAWhere stories live. Discover now