"omaigod aku dah lewat" ucapku terkejut selepas tengok jam menunjukkan pukul 1.50 petang.
Tulah kata nak tidur sekejap kan dah terbabas banyak. Dah macam lipas kudung bersiap.
"Alongggggg" laungku dari tingkat atas.
"Kenapa dik kenapa" soal Along risau. Mana taknya risau dia diluar rumah pun terkejut dengar jeritan adiknya dari tingkat atas.
"Ada tudung tak,ikutla bawal ke shawl?" Soalku resah
"Eiii kau ni kan aku dari luar dengar jeritan kau ingatkan ada pencuri ke apa lah tadi. Rupanya nak tanya pasal tudung je. Manalah aku ada tudung,aku laki dik oii" ucap Along geram
"Habistu macam mana ni?" Soalku pula sedikit resah.
"Ish kau ni nak pakai tudung pergi mana hah,sekolah pun tak pakai tudung" tanya along
"Kan dah cakap tadi nak pergi majlis kawen kawan,ish cepatnya la lupa" balasku geram
"Ouh ha ah baru teringat,dahtu tak yah pakai la bukannya sebelum ni kau pakai tudung pun kalau nak pergi mana mana" bidas along
"Ish kau ni kan long tak membantu langsung la suka hati la aku nak pakai bukan mintak tolong kau pakaikan pun" ucap ku sambil mencari sesuatu di dalam almari.
"Memang lah bukan susahkan aku untuk pakai tudung dekat kau tapi kau susahkan aku dari segi lain contohnya sekarang ni ha" bebelnya.
"Kau tak payah nak membebel lah long,orang tengah stress cari tudung kau nak buka majlis pula. Baik kau keluar je lah long,aku dah jumpa dah pun tudung ni hah" ucapku sambil mengangkat tudung yang dijumpai
"Tadi kata takde tudung,celah mana pulak kau jumpa" soalnya hairan
"Baru teringat ada orang bagi haritu" ucapku malas
" Kau ni kan baby memang lah, apa susah kalau kau cari dulu sebelum panggil aku" rungut along.
"Hehehe sorry la long,eh by the way jom ikut sekali nak. Malas la nak bawak motor dengan pakai baju kurung ni" ucapku
"Naik kereta apa susah" balasnya sarkastik
"Malas la nak bawak,pwwessee" ucapku sambil membuat muka comel.
" Ish yelah,tunggu kejap along bersiap" Aku segera memeluk tanda terima kasih
"Ish lepas sekarang,kalau tak pergi sendiri" ugutnya.
"Yelah yelah,cepat sikit tau long kita dah lewat ni." Along hanya mengangguk dan beredar keluar untuk bersiap.
***
"Betul ke ni rumah kawan kau baby?" Soalnya sedikit hairan. Mana taknya rumah besar sangat macam orang have have.
Sha ni jenis humble walaupun dia anak orang kaya tapi dia buat majlis dekat rumah je malas nak sewa dewan membazir. Kalau buat dekat rumah saudara mara boleh ramai ramai tolong, cepat sikit kerja siap.
"Yelah kut aku pun tak pernah datang rumah dia,nama pun baru kenal" ucapku
"Dahtu baru kenal dah ajak kau pergi majlis dia. Biar betul kau ni?" Soalnya
"Ha ah, tapi dia baik long. Dah la jom keluar kita dah lewat ni." Arahku segera membuka pintu kereta.
" Ni dah kenapa tiba tiba stop tengah jalan ni?" Soal Along khawatir.
"Takut la long,cantik tak ni. Ish jarang tak konfiden macam ni. Eh asal gemuruh ni majlis kawen dia je pun bukan aku" ucapku sendiri
" Tak payah duk melalut macam tu dah cantik dah adik along ni, jap along ambil gambar nak hantar dekat ayah" ucapnya seraya mengeluarkan telefon.
"Alongg adik takut laaa,jomlah balik tak jadi nak pergi " ucapku resah
"Jangan nak mengada dah sampai depan rumah pergi masuk sekarang. Ada jugak yang nak kena tibai dengan aku ni" gertak along
"Ish yelah,dahlah jom" ucapku sambil menarik tangannya supaya masuk beriringan.
Mereka masuk beriringan dan menjadi perhatian ramai orang.
" Dik jom balik,takut la" ucap along pula kerana ramai yang melihat kearah mereka
"Long kau jangan main main eh,kita dah sampai dalam dah ni. Jangan nak mengada" balasku balik. Tadi orang ajak bukan main taknak bagi bila turn dia senang senang je cakap macam tu.
Double kill.
"Mana satu pengantin ni,semua cantik cantik macam semua pengantin" seloroh Along. Aku hanya menjeling malas melayan perangai tak semengah along.
"Azz" panggil seseorang dari belakang
"Shaa" ucapku sambil memeluknya.
"Terima kasih sebab sudi datang,saya ingatkan awak tak datang" ucap Sha lembut
" Eh mestilah aku datang, kawan aku kawen kot. Sorry la lambat sikit,aku ada hal sikit tadi" terangku. Hal lah sangat padahal duk bergaduh mulut dengan along dekat luar.
"Tak ape saya faham,ni awak dah makan belum?" Soal Sha ramah. Mestilah ramah takkan gengster pulak.
"Belum lagi tapi aku nak jumpa family kau dulu nanti tak sopan pulak orang kata" ujarku sambil mengenggam tangannya.
"Ouh boleh boleh jomlah,lagipun diorang pun nak kenal awak jugak" ucapnya
"Ouh jomlah"
"Along jom ikut sekali jangan nak kelentong pergi lari" ucapku sambil menarik tangan along supaya tidak lari. Along yang menjeling tanda tidak mahu ikut terpaksa ikut akibat tangannya ditarik.
***
"Kau memang sengaja kan tadi." Rungut along geram. Nasib baik dah duduk dalam kereta kalau tak mana nak bunyi suara geram dia tu.
"Sorry la long,takkan la nak suruh aku pergi sorang. Malu la brader" ucap ku sambil menepuk bahunya.
"Sejak bila kau pandai malu ni. Sebelum ni rilek je redah semua benda" ucap Along
"Kalau ada sifat malu tu maksudnya aku perempuan bukan laki." Bidasku
"Hek eleh,poyo je lebih" sindirnya
"Sebaik baik wanita adalah wanita yang mempunyai rasa malu dalam dirinya" balasku balik.
"Iyelah ustazah Adeena Aleesya Azzahra" perli along.
Aku geram dengan tingkah lakunya terus memukul bahunya dengan kuat sehingga dia menjerit terlalu kuat. Ada jugak la dua tiga orang yang pandang dalam kereta kitaorang dengan pandangan pelik. Almaklum majlis belum habis and kitaorang mintak izin balik awal. Sekarang pun tak gerak lagi masih depan rumah Sha lagi.
I'm back. Thanks to you guys,cause you bring my interest in wattpad again. Sometimes I'm only thinking about to quit but I remember why I started this,so when I'm the one who start this so I need to finish all. Thank you for willing to wait. Love you guys 💞
ANDA SEDANG MEMBACA
ADEENA
Cerita PendekFirst of all aku just nak cakap yang this only short story, so jangan marah aku kalau tak panjang because aku dah cakap awal ii " Dibesarkan oleh seorang bapa dan 3 orang adik beradik lelaki termasuk aku semuanya 4 orang la,well aku anak bongsu, so...
