PAGI itu berlaku sedikit kekecohan disekolah yang melibatkan Shah dan Ariq sedang bergaduh di koridor depan kelas Ariq.
" Azz azz azz" jerit Izzat kuat dari jauh sambil berlari ke arah tempat parking motosikal
" Kau pahal Zzat lari macam orang kena kejar hantu" ucapku sedikit tertawa. Yelah aku baru sampai sekolah dan masih lagi diatas motor belum sempat turun dah kena sergah macam tu.
"Shah... shah" ucapnya lelah sambil tersekat sekat.
" Apahal dengan Shah?" Soalku hairan. Ingatkan datang sekolah awal daripada biasa boleh tidur sekejap,rupanya sama je.
" Dia bergaduh dengan Ariq tak guna tu" ucap nya lantang.
" Oh shit tak guna punya Ariq. Kau tolong kunci motor aku jap pastu bawak beg aku sekali!" Ucap ku sambil melempar kunci motor dan beg kearah Izzat. Izzat menyambut dengan cekap.
" Tak guna tadi cakap aku lari macam orang kena kejar hantu, sekarang dia lari macam ada zombie pulak yang nak terkam dia" ucap Izzat menggeleng kepala melihat aku yang semakin jauh.
" Tengok ni motor dia pom aku kena simpan siap dapat pakej bawak beg lagi" bebelnya. Dia segera berlari mengejar langkah aku yang semakin jauh.
"Azz tunggu lah bongok!" Laungku sedikit kuat.
" Kau tu harap je kaki panjang tapi lari slow lagi dari aku" laungku dari jauh. Sengaja nak menambah semangat biar dia lari cepat.
***
"Woiiii" laungku setibanya di koridor kelas Ariq.
Mereka yang sedang bergaduh terhenti akibat laungan yang kuat dariku. Shah kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran aku disana.
" Weii Azz kau buat apa dekat sini?" Soalnya sedikit takut
" Woi tak guna kau buat apa dekat member aku hah?" Jerkahku kepada Ariq.
Izzat yang baru sahaja sampai sedikit lelah kerana jarak yang jauh dilaluinya.
" Penakut jugak eh kau, si Azz ni sampai terus kecut tak nak bagi dia tahu kau bergaduh dengan aku" ucap Ariq riak. Padahal dia pun takut cuma saja acah cool depan perempuan.
" Kau pahal bodoh nak cari pasal dengan member aku. Sebelum aku pergi dengan lebih dalam baik korang yang dekat sini bagitahu siapa yang mulakan dulu?" Ujarku dalam suara lantang sambil melihat sekeliling mereka.
Ada seseorang dalam kalangan mereka yang mengangkat tangan sambil terketar ketar.
" Ha kau,siapa yang mulakan dulu" ucapku sambil menunjukkan jari kearahnya.
" Dia..." Ucap lelaki itu sambil menunjukkan kearah Ariq.
" Tak guna kau Ariq,dengan aku kau cari pasal,dengan member aku pom sama" ujarku terus meluru ke arahnya. Yang lain berundur ke belakang sedikit kerana takut terkena amukan aku. Shah dan Izzat sedikit panik dan segera meluru ke arahku.
"Azz rilek Azz" ucap Shah dari belakang. Harap usahanya berjaya memujuk Azz dari menyerang Ariq. Bukan apa dia takut kalau Azz yang bergaduh,diorang takkan gaduh secara berdebat mulut tapi dengan cara bertumbuk. Masalahnya bukan Azz sorang je yang kena panggil ibu bapa, tapi semua yang terlibat dalam pergaduhan tu pun kena sekali. Dia dah cukup serik kena bebel dengan maknya, itu sebabnya dia melarang Azz bergaduh.
" Wei Azz tu Ariq terlepas" ucap Izzat sambil menunjuk Ariq yang segera lari. Shah menjeling ke arah Izzat kerana mulutnya yang celupar.
" Opss sorry" ucap Izzat menutup mulutnya.
" Hish kau ni kan Ahmad Izzat Hafizuddin,memang tak guna lah kadang kadang mulut kau tu!" Ujar Shah geram sambil mengejar Ariq yang melarikan diri. Dia kena selamatkan salah satu sama ada Ariq atau Azz. Sebab kalau Azz yang dapatkan Ariq,memang konfem dapat sakit banyak budak tu. Azz ni kalau tengah marah jangan buat main silap haribulan semua orang dia tibai.
Izzat tersenyum kambing sambil melarikan diri kearah Azz.
***
" Tak guna punya Ariq, cakap je lebih tapi diri tu penakut" marahku akibat tidak menjumpai Ariq yang lari entah kemana. Aku hanya menjeling Shah yang berada ditepi.
" Okay murid murid kejap lagi dah nak rehat, so saya nak semua siapkan dulu kerja yang saya bagi baru boleh keluar rehat!" Ucap cikgu Amira mematikan lamunanku.
" Wei Azz kau dah siap ke belum?" Soal Shah di tepi
" Yang mana cikgu Amira bagi tadi?" Soalku bingung. Mana tak bingung cikgu tengah bagi penerangan dekat depan,kau tengah mengelamun fikir tentang Ariq yang lari tadi.
" Meh sini dekat sikit,aku nak bagi penerangan pulak. Siapa suruh tak fokus masa cikgu cakap tadi" perli Shah sambil menarik buku aku untuk memberikan penerangan.
" Ada jugak yang nak ganti tempat si Ariq tak guna tu kena tumbuk." Ucapku geram.
" Hehehe tak tak,dah cepatla buat. Cikgu Amira dah nak kutip tu" ucap Shah menukar topik
" Semua dah siap ke? Soal cikgu Amira lantang. Aku sedikit takut kerana baru separuh yang berjaya disiapkan. Ini semua salah si Ariq tak guna tu.
" Ketua kelas tolong bangun dan kutip dengan semua orang" ucap cikgu Amira lagi. Daniel bangun dan bergerak dari meja ke meja untuk mengutip semua buku.
" Wei Azz cepatlah sikit nanti aku yang kena marah dengan cikgu Amira" ucap Daniel perlahan kerana takut didengari oleh cikgu Amira.
" Kejap lah wei sikit je lagi" ucapku perlahan.
" Okay okay aku tunggu tapi biar aku pergi serahkan dulu yang lain. Nanti pandai pandai lah aku cakap dengan cikgu." Ucapnya segera ke depan untuk memberikan buku.
" Ada sesiapa yang belum hantar?" Soal cikgu Amira sedikit kuat.
Aku baru sahaja ingin mengangkat tangan tetapi ada orang lain yang mengangkatnya dulu.
" Saya cikgu" ujar Daniel sambil memandang ke arah aku.
" Ya allah Daniel kamu yang kutip kamu jugak yang tak siap lagi" bebel cikgu Amira.
" Saya pom tak siap lagi jugak cikgu" ujarku
" Kamu berdua hantar lepasni dekat bilik saya" ucapnya sedikit tegas.
" Baik cikgu" ucapku dan Daniel.
Cikgu Amira segera keluar sambil diikuti beberapa orang pelajar yang membantu membawa buku.
" Nah kau tiru aku punya ,baru cepat sikit siap" ucap Daniel sambil tersenyum.
" Oh thank you, kejap lagi rehat sekali dengan aku jelah,aku belanja sebab kau dah tolong aku" ucapku sambil menyalin didalam buku.
" Terima kasih lah belanja,jimat duit aku harini" soloroh Daniel.
Shah awal awal lagi dah keluar,lapar sangat gamaknya. Aku pun dihiraukan tak guna betul.
Ariq ni suka betul buat kacau

ANDA SEDANG MEMBACA
ADEENA
Historia CortaFirst of all aku just nak cakap yang this only short story, so jangan marah aku kalau tak panjang because aku dah cakap awal ii " Dibesarkan oleh seorang bapa dan 3 orang adik beradik lelaki termasuk aku semuanya 4 orang la,well aku anak bongsu, so...