"Kau dari mana hah" jerkah Along tiba tiba
Mereka yang berjalan perlahan lahan akhirnya kantoi akibat disergah begitu.
"Takdelah long saja jalan jalan ambil angin pagi" ucap Arif Akashah getar sambil menutup rasa gugup.
"Aku tahu korang keluar kan,kau ingat aku ni pekak ke tak dengar bunyi kereta pukul 2 tadi" marah Along mencengkak pimggang
"Eh along awalnya bangun pukul 5 ni,along nak pergi mana?" Soalku buat buat tanya.
"Tahu pun pukul 5,dahtu kenapa baru balik. Hish korang ni kalau tak buat aku risau tak boleh kan" marahnya lagi.
"Ala long sorry la jangan la sambung lagi bebel tu, kitaorang dah ngantuk ni. Kitaorang masuk bilik dulu ye" ucapku segera menarik tangan achik supaya lari.
"Woiii aku belum habis lagi la. Korang tunggu la lepasni aku sambung balik" laung Along lalu masuk balik kedalam biliknya.
"Fuhh selamat," ucapku di tangga apabila selamat lari daripada bebelannya.
Pagi...
"Mana adik?" Soal along apabila melihat semua orang ada di meja makan tetapi adik bongsunya tiada.
"Kejap lagi turun la tu," balas Angah
"Kita makan dulu boleh tak,adik tu aku rasa lambat lagi," ujar Achik tiba tiba.
"Hmm korang makan la dulu,aku nak pergi check adik kejap," ucap Along lalu bangkit dari kerusinya.
Mereka hanya mengangguk dan meneruskan aktiviti yang tergendala tadi.
***
"Dik,oi adik" ucap along sambil mengetuk pintu bilik
"Eh tak menyahut,tidur lagi ke?" Soal Along hairan.
"Babyy?" Panggilnya lagi sambil menolak pintu bilik. Dia semakin hairan apabila melihat keadaan bilik adiknya kemas seperti tiada orang.
"Achik adik pergi mana?" Soal along dari tingkat atas.
"Mana ada pergi mana,balik dari tadi terus tidur. Apahal?" Soal Achik pula
"Ntah aku nak kejutkan dia bangun tapi dia takde," jawab along hairan. Yelah pergi mana pagi pagi buta dah hilang.
"Aku rasa dia pergi jogging kot,ala kejap lagi dia balik la tu,"sampuk Angah dari tangga ingin menuju kebiliknya.
"Hmm buat orang risau jelah adik ni," ucap along sendirian.
***
"Assalamualaikum,"ucap ku dihadapan pintu sebelum masuk.
"Adik kau ke yang bagi salam tadi?" Soal Achik sedikit terkejut
"Yelah sape lagi,kau ada dengar orang lain bagi salam ke?" Soalku pula sarkastik
"Wuishh tak pernah pernah jadi alim," ucap Achik diselangi ketawa mengejek.
"Ish suka hati aku laa,kau ni dah kenapa?" Marahku segera menuju kebilik.
"Eh adik,kau dari mana ni?" Soal along di tangga.
"Keluar cari barang jap," ucapku malas
"Pukul berapa kau keluar,along check tadi nak ajak breakfast kau dah hilang," soal along.
"Lepas solat subuh terus gerak takut tak sempat," terangku
"Seriously "SOLAT SUBUH?" Soal along hairan.
"Yelah lepas solat subuh. Apa masalahnya?" Soal ku sedikit berang
"Betul ke ni adik along,ya allah terima kasih kerana telah kembalikan adikku ya allah," ucap along sambil menadah tangan tanda syukur
"Kau dah kenapa long, benda wajib kan solat subuh,apa yang peliknya?" Marahku geram.
"Iyalah sedikit improvement la bagi kau dik,sebab sebelum ni aku ajak solat bukan main liat kau elak. Ni kau solat tanpa disuruh,so benda baik la" terang along bersungguh.
"Dah lah long, I is want to rehat rehat. So please do not disturb me okayh. Daaaaa," ucapku segera naik kebilik malas mahu melayan perangai tak semengah alongnya itu.
"Eh jap lupa nak tanya excited punya pasal. Tadi cakap keluar kan, pergi mana?" Soal along garang.
Ha kan dah cakap baru je sebut semengah sebab apa dah jadi balik perangai garang dia tu. Hmm nasibla
"Keluar cari hadiah kahwin,kawan aku kawin harini lupa nak beli semalam," ucapku jujur
"Eh kawan kau yang mana baby,setahu aku semua kawan kau sebaya kau je,ke kawan yang mana?" Soalnya lagi
"Ni along tak kenal lagi sebab baru je berkawan,and dia tua setahun la dari aku so kiranya 19 tahun" ucap ku lagi
"Mudanya biar betul kau ni dik?" Soalnya lagi akibat hairan.
"Iye tapi dah dia setuju so kahwin jelah" ucapku
"So aturan keluarga lah ni, takpe la rezeki dia kahwin awal. Along yang nak masuk 27 ni tak kahwin lagi," ucap Along bernada sedih.
"Dah lah long buat drama pulak,adik dah nak masuk bilik ni qadha tidur yang terlepas sebab majlis dia lepas zohor,so sempat lagi nak tidur. Hehehe," ucapku segera masuk ke bilik. Mata dah berat sangat ni mengantuk.
Saya mencuba sehabis baik untuk siapkan. Harap korang suka walaupun slow update sebab saya di tahap lost interest dekat banyak benda yang saya minat.
ANDA SEDANG MEMBACA
ADEENA
Short StoryFirst of all aku just nak cakap yang this only short story, so jangan marah aku kalau tak panjang because aku dah cakap awal ii " Dibesarkan oleh seorang bapa dan 3 orang adik beradik lelaki termasuk aku semuanya 4 orang la,well aku anak bongsu, so...
