Kereta Ferrari milik Tengku Adqil diparkir dalam kawasan rumah. Kereta mahal kan? Sayang sikit duit tu.
Tengku Adqil masuk ke dalam rumah. Kelibat Arida dicari. Kemudian, dia terdengar bunyi bising dari arah dapur.
Tengku Adqil segera menapak ke arah dapur. Dia melihat Arida sedang leka memasak untuk makan malam mereka.
Tengku Adqil memerhati sahaja gerak geri Arida yang sedang memasak. Dia melihat tangan Arida. Berparut. Kesan libasan masih tersisa di situ.
Kemudian, Tengku Adqil tersedar. Dia memandang Arida dari atas sampai bawah. Baru Tengku Adqil sedar bahawa isterinya itu kurus seperti orang tak cukup makan.
Tengok la pakaian yang tersarung pada tubunya. Baju berwarna hitam itu tidak dapat cover badan Arida yang memang kurus.
Tengku Adqil memerhati lagi gerak geri Arida yang sedang memotong daging.
Tangan Arida diperhatikan semula. Kecil dan nampak seperti akan patah dua jika ditarik.
" Auu!!"
Tengku Adqil tersedar dari lamunan. Dia pergi ke arah Arida. Terlihat darah yang memancut keluar dari jari Arida nampak menggelikan. Bukan geli tapi macam ngeri! Ha ngeri!
Tengku Adqil segera memegang jari tersebut lalu mengelap darah dengan menggunakan tisu dapur. Dia meniup luka tersebut sambil mengelap darah.
Apa kau ingat aku nak hisap darah dia pastu darah tu aku ludah buang dalam sinki? Lambat lagi! Ini bukan drama yang kau tengok kat tv sana.
Ingat aku pontianak ke main hisap darah ni?Arida pula terkejut kerana Tengku Adqil muncul secara tiba-tiba. Dia kaku di situ apabila suaminya memgang jarinya dan mengelap darah sambil meniup luka tersebut.
Tengku Adqil memandang luka tersebut. Nasib baik tak dalam sangat. Tau nak potong daging tapi takkan la sampai nak potong daging sendiri kot?
"Ish kau ni. Tak reti nak hati-hati ke?", marah Tengku Adqil.
Arida diam.
" Haihhh. Meh la biar aku yang potong daging tu. Orang potong daging lembu ni nak makan. Yang kau potong daging sendiri apahal? Dah la tulang je jari kau tu. Macam takde isi", bebel Tengku Adqil.
Arida mengerutkan dahi. Sejak bila suami dia pandai membebel ni? Ke dia yang tak tau or tak peka? Dah lah membebel kalah makcik aku.
" Eh takpe la. Sikit je ni. Meh biar saya yang potong"
" Tak payah! Biar aku yang buat. Kau tengok jari kau tu. Baik kau ambik emergency kit dekat atas lepastu ambil bandage balut. Aku tak tau nak balut jadi kau buat sendiri"
Arida memerhati tangannya. Oh dia tolong lap je. Bukannya nak letak ubat ke apa.
Terus Arida naik ke atas dan mengambil emergency kit dan bandage lalu balut jarinya sendiri. Ubat disapukan terlebih dahulu pada luka tersebut sebelum dibalut.
Dia turun ke dapur semula. Tengku Adqil yang sedang memotong daging itu diperhati. Pandai ke tak tu?
" Takpela Tengku, biar saya yang potongkan. Ni jari saya dah okay dah. Dah siap balut dah"
Arida menunjukkan jarinya itu. Tengku Adqil memandang Arida.
"Okay so? Tak reti nak main jauh-jauh ke? Tak payah biar aku yang potong!"
"Tengku biar betul? Tengku pandai ke nak potong? Kang nanti bukan jadi daging macam mana?"
" Now kau nak cakap aku tak pandai buat kerja dapur ke? Nak cakap aku tak pandai potong benda ni?"
" Bukan tu maksud saya Tengku. Tapi ni kan kerja saya. Apa kata Tengku yang main jauh-jauh? Saya dah biasa dah jari terpotong ni. Tengku rehat je la ye?"
" If aku cakap no, then kau tau kan apa jawapan dia?"
Arida mati kata. Benar, Tengku Adqil memang bukan orang yang boleh bawak bincang. Sekali dia kata A maka A la. Kalau B, B. Takde C ke D ke Z ke takde.
" Daripada kau kutuk aku, lebih baik kau duduk depan tengok tv ke melompat ke main dengan anak patung ke apa ikut suka kau la. Aku nak sambung masak ni. Jangan kacau"
Tengku Adqil menghalau Arida. Arida tercengang. Dia halau aku ke?
" Tunggu apa lagi? Go"
Tengku Adqil terus menolak badan Arida dengan lembut keluar dari dapur.
Arida bosan. Nak buat apa ni? Matanya tetap memerhati tingkah laku Tengku Adqil dari ruang tamu. Apa la yang dia nak buat tu agaknya.
Remote tv segera dicapai sebelum butang ON ditekan. Dia terus menonton tv. Tadi kan tuan badan dah bagi greenlight. Tengku Adqil yang struggle di dapur tidak dihiraukan. Tadi nak buat sangat kan? Ha buatlah.
Selepas 5 minit Arida menonton tv, mata dia terasa berat. Arida pun tertidur.
Pukul 9.30 malam,
Tengku Adqil siap menghidang nasi dan lauk yang di masak. Tengku Adqil memandang ruang tamu. Senyap je bini aku ni.
Dia terus melangkah ke ruang tamu. Keadaan Arida yang tidur terbongkang di atas sofa itu menggelikan hatinya. Telefon yang berada dalam poket seluar dicapai dan
SNAP! SNAP!
Gambar diambil. Tengku Adqil menahan tawa. Dia segera mengejut Arida untuk makan malam. Tau bahawa isterinya itu masih belum makan sejak balik dari kerja petang tadi.
" Oi! Bangun aku dah siap masak. Lepasni kau nak tidur ke apa kau buatlah. Makan dulu. Kesian perut kau takde isi malam-malam ni"
Arida yang tersedar dari lena terdiam. Perut takde isi? Maksud dia apa?
" Hah? Perut takde isi? Tengku nak anak ke?", tanya Arida sambil menggosokkan matanya.
Suasana sunyi seketika. Tengku Adqil tercengang. Apa benda pulak perempuan ni?
" Apa benda siak? Aku tak maksudkan isi tu anak! Tapi makanan. Faham? Sejak bila kau bendul sangat ni?", balas Tengku Adqil.
Sah dia mamai lagi! Boleh jadi gila aku macam ni. Punca gila: stres dan kemurungan dengan bini yang lurus bendul.
" Dah la. Kau pergi basuh muka kau dulu"
Arida mengangguk. Setelah dia basuh muka, baru terasa segar. Dia melihat meja makan. Mulutnya terbuka sedikit.
" Tengku ke yang masak semua ni?", tanya Arida tidak percaya.
" Ye la. Habis siapa lagi? Kita dua je ada dalam rumah ni. Ada sape-sape lagi ke?"
"Wahhh banyaknya Tengku! Siapa nak habiskan semua ni?"
" Tak payah risau. Aku kan ada. Benda boleh simpan dalam peti makan esok kan? Dah tak payah nak complain banyak. Makan je la orang dah masak tu. Bersyukur sikit"
Arida buntu. Banyak gila makanan. Selalu dia buat 2 menu je untuk mereka berdua. Tapi kalini terlebih pula.
Antara makanan yang dimasak oleh Encik Tengku:
1. Daging blackpepper
2. Daging kicap
3. Kailan ikan masin
4. Sup sayur campur
5. Buah tembikai yang dipotong cantikArida merasa makanan tersebut satu persatu. Keningnya terangkat. Eh? Ye ke kening? Tapi Wau sedap!
" Aku tau sedap. Tak payah nak wowww sangat. Makan", kata Tengku Adqil dengan sedikit perasaan berlagak.
Arida mencebik dalam hati. Dia terus sambung makan.
Mereka berdua terus menikmati makan malam tersebut dengan berselera.
Thank you readers yang komen bagi sokongan! I really love all of your support for this story. Thank you so much! Love you!
For next ch: 40 votes and comments yall!
YOU ARE READING
Mr Tengku Adqil
RomanceBOOK 1: ADQIL X ARIDA Tengku Adqil Arzan-seorang ahli korporat yang berjaya dan dikenali. Dia dikenali kerana mempunyai wajah yang serba full pakej dan sikap berfoya itu. Namun, ada satu yang dia anti. Perempuan. Susah untuk dia mempercayai perempua...