Bab 44

5.4K 161 5
                                    

Sierra berjalan ke arah Arida. Dia memandang Arida dengan perasaan menjengkelkan.

" Oi. Nah ni tudung untuk kau", dengan kasar dia meletakkan beg yang berisi tudung di atas meja kerja Arida.

Arida hairan. Kenapa dia baik eh?

" Tak payah nak pelik sangat. Aku ni walaupun confirm dah masuk neraka, aku tak suka tengok orang alim macam kau ni sama-sama jadi macam aku jugak", dengan penuh angkuh dia berkata.

Arida menggelengkan kepala.

" Awak, tak elok la cakap macam tu. Mana awak tau awak yakin masuk neraka? Tak baik doakan diri sendiri macam tu", pesan Arida.

Sierra bungkam.

" Habis, kau tengok la aku ni. Ni rambut ke bulu mop atas kepala otak aku ni?", dia memegang rambutnya.

" Sebab tu pintu taubat tu terbuka. Awak pakailah tudung jugak. Belajar pakai, saya yakin awak boleh", kata Arida dengan lembut.

Sekali lagi, Sierra bungkam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia segera keluar dari situ sebelum menuju ke tandas.

Dia menilik badannya dari atas sampai bawah. Rambutnya yang berwarna brown, baju yang tidak berlengan dan ketat. Dah lah sampai atas paras lutut. Makeup? Tebal sedikit namun, tidak dapat menafikan Sierra memang cantik. Biasalah mix kan?

Dia terasa malu. Kemudian, dia segera keluar dari tandas dan menuju ke tempat kerjanya.

Ketika dia berjalan, BUK!

Dia terlanggar lelaki di hadapannya. Habis ice coffee yang dipegang lelaki itu tumpah dan terkena baju mereka.

" Hey! Jalan tu tengok la depan. Takde mata ke?", Kata Sierra dengan panas hati.

Lelaki di hapannya kini memandangnya dengan pandangan yang tajam.

" Eh helo. Kau yang tak pandang depan tak payah nak bising la. Lain kali mata kau tu fokus dekat tempat kau jalan ni bukannya pandang baju kau yang ketat tu"

Sierra terasa mukanya panas. Who the hell is this man?

" Lagi satu, dah tau salah tu mintak maaf. Bukannya maki orang tu balik faham? Adab tak belajar ke? Hm tengok pakaian pon dah tau dah kau ni jenis yang macam mana", perli lelaki itu.

Sierra mengepalkan tangannya. Jangan tampar lelaki please. Nanti kau yang kena pulak. Bala!

" Eh jantan! Kau dengan mulut kau boleh pergi mampus sana. Tak payah nak judge aku sangat. Kalau nak cakap tu, pakai otak kau sekali la bebal. Nak jalan tak payah tengok phone, okay. Cakap dengan cermin ke?", hambur Sierra.

Axiel panas hati melihat perempuan di hadapannya kini. Terasa mahu mencekik saja. Niatnya ingin mengajak Tengku Adqil lunch bersama namun, kejadian sekarang membuat dia kesal.

Sierra segera pergi dari situ. Namun, Axiel dengan cepat mencapai pergelangan tangan Sierra.

" You! I will remember you! See you soon okay babe", kata Axiel dengan pandangan yang agak menyeramkan.

Sierra diam. Apa yang mamat ni cakap ni? Dahlah baik aku pergi buat kerja je. Dia terus melepaskan tangannya dari genggaman Axiel sebelum melarikan diri.

Axiel segera mengutip cawan ice coffeenya lalu dibuang ke dalam tong sampah. Dia memanggil cleaner di situ dan meminta tolong daripada mereka untuk membersihkan kopinya itu.

Sebaik mengucapkan terima kasih, Axiel dengan cepat berlalu pergi ke bilik Tengku Adqil.
.
.
.
.
.
Amanda memandang Arida dengan perasaan tidak puas hati. Kejadian tadi masih lagi tidak memuaskan hatinya.

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now