Pintu bilik Tengku Adqil dibuka. Tengku Adqil menoleh. Kelihatan Arida masuk ke biliknya bersama ice americano jenama starbucks di tangan.
"Ni air bos. Fail dan kertas pasal projek dekat Kelantan semua tu nanti saya akan update dan saya akan bagi dekat bos sebelum pukul 1 tengahari ni".
Tengku Adqil mengucapkan terima kasih. Baru saja Arida ingin keluar dari situ, dia teringat sesuatu.
"Err bos?"
"Ye?", tanya Tengku Adqil dengan nada yang mendatar. Ketika ini, dia nampak betul-betul serius. Maklumlah, hal kerja kan?
"Saya nak mintak maaf pasal haritu", tutur Arida dengan nada serba salah.
Tengku Adqil mengerutkan dahi.
"Kau ada buat salah ke dengan aku?"
Arida menggeleng.
"Bukan dengan bos..tapi dengan Puan"
"Kau buat apa?"
"Saya pecahkan tingkap kereta Puan masatu dekat taman. M-ma-maaf! S-sa-sa-saya tak sempat nak fikir apa-apa dah. Saya niat nak tolong Puan je"
Tangan Arida menggigil. Perasaan ni datang lagi. Sebijik macam perasaan yang dia rasakan ketika berada di kampung. Sentiasa rasa takut.
Tengku Adqil mengerutkan lagi dahi.
"Okay. So? That's not your fault. You hanya nak tolong my mom,so I think wajarlah tindakan you"
Arida melepaskan nafas lega dengan perlahan. Ingatkan nak marah tadi. Cuak aku.
Terus dia meminta diri dan keluar dari bilik tersebut.
Rumah Tengku Adqil
" Assalamualaikum. Mama oh mama!", Tengku Adqil laung.
"Waalaikumsalam. Hah anak teruna. Baru balik ke?"
"Ofc la mama. Takkan baru balik dari bercuti pakai kot"
Tengki Qaleesya terus menyambung aktivitinya yang tergendala. Dia mengambil cawan teh yang berada dia atas meja kopi di hadapannya lalu dicicip.
"Maaaa Qil lapar. Mama ada masak tak?", tanya Tengku Adqil dengan nada yang manja. Anak mama sangat!
" Ada je. Dah kalau lapar, pergi dapur pastu cek la ada makanan ke tak dekat atas meja makan sana tu. Itupon nak mama ajarkan ke?"
Tengku Adqil mencebikkan mulut. Eyh orang tanya aje pon. Itupon nak bebel.
Terus dia melangkah ke arah dapur. Perut laparrrr mari makan!!
PEJABAT
Keesokan harinya, Tengku Adqil memanggil Arida. Arida mengerutkan dahi. Aduu salah apa pulak aku buat kalini? Salah letak gula atau garam dekat kopi ke?
" Arida. Aku nak kau ikut aku malam ni"
"Pergi mana tuan?", Arida kalut. Tak pernah-pernah dia ikut seorang lelaki keluar pada waktu malam. Dahlah bos bulak tu.
"Family dinner. Mak aku suruh kau ikut sekali. Tanda terima kasih dia haritu"
"Eh takpe tuan. Lagipon, tu bukan hal yang besar. Takpe-takpe", tolak Arida dengan lembut.
Tengku Adqil memandang Arida dengan tajam.
"Ada aku suruh kau tolak ke? Aku tak bagi apa-apa pilihan kan? Ikut jelah"
Arida diam. Dingin dan tegas. Itulah nada Tengku Adqil ketika bercakap dengannya kebelakangan ini. Tak taulah kenapa.
Pada malam itu,
Tepat pada pukul 8.50, kereta Ferrari F8 Tributo milik Tengku Adqil memasuki kawasan perumahan sewa Natasya.
Natasya jenguk di tingkap. Terus dia menjerit melaungkan nama Arida.
"Arida!! Tengku dah sampai. Kau dah siap ke belum?"
"Kejap! Kejap! Nak betulkan tudung", sambut Arida. Kelam kabut nak betulkan tudung. Biasalah perempuan kan? Nak nak lagi tudung.
Arida pun turun ke bawah. Tangan dia jangan tegur. Menggigil teruk! Siapa je yang tak nervous?! Dia segera mengambil beg tangan yang jenis bertali dan kasut.
Baju? Kasut? Beg? Jangan tanya tu dari siapa. Percaya atau tidak, Tengku Adqil yang bagi. Dia bagi bila dah nak balik dari office tadi. Terkejut juga tapi Arida menolak.
Tengku Adqil tak berpuas hati lalu mengugut Arida dengan memecat Arida jika dia tidak menerima hadiah tersebut.
Arida segera memakai kasut dan terus masuk ke dalam kereta Tengku Adqil selepas Tengku Adqil memberi
isyarat untuk masuk. Terus kereta itu bergerak menuju ke destinasi seterusnya.Dalam kereta, Tengku Adqil diam sahaja. Bahkan, kedua-dua mereka tidak bercakap. Radio pulak tidak dipasang. Lagilah menambahkan keadaan yang awkward.
Tanpa Arida sedari, mata Tengku Adqil kadang-kadang menjeling Arida. Pakaian yang dia beli untuknya tersangatlah nampak cantik dan sepadan dengan tubuh badan Arida. Nampak modern and classy.
' Not bad', komen Tengku Adqil dalam hati.
Dia terus memandu dengan cermat. Dia bawak anak orang bukan anak patung. Jadi bila memandu tu sentiasalah fokus ye.
Oemjii dah lama saya tak update and im so sorry. Sya sekarang ni sibuk dengan kerja yang tak habis-habis. Again, im so sorry.
By the way,
Lebih kurang mcm ni la baju Arida tu. Cuma warna lain which is hitam. Kalau style tudung pulak,imagine la sendiri. Saya tak reti sangat.
And this one is her shoes.
YOU ARE READING
Mr Tengku Adqil
RomanceBOOK 1: ADQIL X ARIDA Tengku Adqil Arzan-seorang ahli korporat yang berjaya dan dikenali. Dia dikenali kerana mempunyai wajah yang serba full pakej dan sikap berfoya itu. Namun, ada satu yang dia anti. Perempuan. Susah untuk dia mempercayai perempua...