Bab 57

6K 143 1
                                    

" The game is over"

Kata Tengku Erina itu menghadirkan rasa tidak senang.

Tengku Mardhiah mengerutkan dahi. Apa yang over?

Tengku Erina tersenyum sinis kemudian, tangannya diangkat dan memetikkan jari.

Lampu ruangan mereka berubah dari malap kepada cerah.

PAP!

Masing-masing mencelikkan mata beberapa kali. Baru nampak kawasan sekeliling ini dengan jelas.

Tengku Mardhiah juga begitu kemudian, matanya meliau ke arah sekeliling sebelum matanya menangkap susuk tubuh yang tidak jauh berada di belakang Nur Liana.

Matanya membulat. Tangannya bergetar cemas.

Tengku Adam?

" Abang, macam mana abang boleh ada dekat sini?", soalnya.

Yang lain menoleh ke arah Tengku Adam. Nur Liana juga begitu.

Tidak usah dikata, Nur Liana sangat terkejut sehingga dia hampir terjatuh dari wheelchair tersebut.

Mujur Tengku Adam sempat menyambutnya dan menahan dia dari jatuh tersembam ke depan.

Tengku Adam memandang Nur Liana dengan mendalam. Matanya melilau ke sekitar wajah isterinya yang dikatakan sudah tiada.

" Liana.."

Tengku Erina tersenyum nipis. Akhirnya.

" Abang"

Muka Nur Liana yang mempunyai parut luka di tepi mata dan bawah dagu ditatap. Sumpah dia rindu dengan isteri kesayangannya ini.

Siapa sangka mereka diberi peluang untuk berjumpa semula walaupun dalam keadaan sebegini?

Tengku Adam segera mendakap Nur Liana dengan erat. Air matanya ditahan. Ini bukan masanya.

Tengku Mardhiah yang melihat mengetap bibir kuat. Tak guna!

" TAK GUNA KAU! SIAL! PEREMPUAN MURAH!", jeritnya.

Mereka semua kembali menoleh ke arah Tengku Mardhiah yang sedang mengamuk itu.

Tengku Erina mengangkat kening. Apahal dengan orang tua ni? Sibuk pasal anak kau ni dulu boleh tak?

Ain pula pengsan. Mungkin kerana tiada tenaga untuk berlawan.

" DIAM! Kau diam!", jerkah Tengku Adam usai meleraikan pelukan.

" Aku tak sangka perangai kau macam ni Dhiah. Perempuan apa kau ni? Jijik aku dengan kau. Sanggup bunuh orang lain untuk kepentingan diri kau je?"

Tengku Mardhiah mencerlung mata memandang Tengku Adam.

" Jijik? Eh bodoh. Aku buat semua ni sebab kau lah! Kau tak tau betapa susahnya untuk aku buang perasaan ni. Aku yang suka kau dari dulu lagi sejak muda lagi!"

" Tapi kenapa kau pilih dia? Apa yang istimewanya dia? Dia takde apa-apa tapi kenapa kau pilih dia untuk jadi isteri kau? Macam mana dengan aku?"

Tengku Adam tersentak.

" Aku tau tapi kenapa kau sanggup buat macam ni. Aku tak pandang rupa, harta atau kedudukan Dhiah. Kalau aku suka, aku suka. Belajar untuk move on"

Tengku Mardhiah menghamburkan tangisan. Anaknya, Ain yang terbaring lemah tidak dihiraukan.

" Sudah lah tu Dhiah. Aku minta maaf sebab aku, kau jadi macam ni. Jujur, aku memang tiada apa-apa perasaan dekat kau even bila kita berkahwin. Aku hanya anggap kau sebagai kawan aku je tak lebih dari tu. Maaf"

Mr Tengku Adqil Where stories live. Discover now