𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟕

1.2K 85 0
                                    

"CUKUP Adwa! Cukup dengan segala kepuraan kau selama ni! Cakap macam kau tak pernah sakitkan hati aku,"kata Rifqah apabila dia sudah pulang ke rumah.

"Hati saya ada awak fikir? Sibuk fikir diri sendiri,"balas Adwa.

"Rifqah yang kau kenal dah lama mati. Kau yang hancurkan hati aku! Masih lagi nak cakap semua yang jadi ni salah aku?"kata Rifqah.

"Kau tak tahu apa yang aku lalui lepas aku putus dengan kau. Aku dan kau ni lain kau tu keluarga senang aku ni keluarga sederhana je!"ujar Rifqah lagi. Terus mati bicara Adwa.

"Awak pun bukan tahu apa saya hadap selama ni. Suka sangat pandang rendah kat saya,"kata Adwa. Wajah Adwa itu direnung tajam oleh Rifqah.

"Pandang rendah? Sejak bila aku pandang rendah kat kau? Aku tak perlu persetujuan kau dalam setiap benda yang buat!"balas Rifqah.

"Isteri sepatutnya berada di sisi suami tapi awak boleh pula berkepit dengan Raiden,"kata Adwa pula. Nilai cintanya terlalu mahal namun hatinya dilukai oleh isteri sendiri.

"Ada bukti? Kau fikir aku keluar dengan Raiden untuk gedik dengan dia? Dulu kau pernah ada perempuan lain kenapa aku tak boleh ada lelaki lain?"tanya Rifqah lalu tersenyum sinis.

"Tak perlu ungkit kisah lama. Saya terpaksa layan je perempuan tu,"jawab Adwa.

"Terpaksa atau memang nak layan? Aku menyesal bagi banyak peluang kat kau. Kau bukan sembuhkan aku tapi menghancurkan aku,"Rifqah menolak badan Adwa sehingga Adwa terjatuh.

Namun Adwa pantas bangun selepas dia ditolak oleh isterinya.

"Saya tak nak naik tangan kat awak tapi sikap awak ni buat saya geram. Awak ingat saya boleh sabar dengan perangai awak ni?"ucap Adwa.

"Geram? Aku lagi geram dengan sikap kau. Aku dah lama bersabar dengan kau. Kenapa perlu wujud lelaki macam kau?"balas Rifqah yang berpaling ke arah beranda.

"Saya berharap sangat awak boleh percaya saya! Tapi awak langsung tak nampak perubahan saya. Awak hanya cari salah saya,"kata Adwa.

"Aku tak bersedia untuk semua ni. Perkahwinan ni hanya sia-sia je. Kalau kau jatuh cinta dengan aku, kau tahu apa nasib kau nanti,"Rifqah menunding jari ke arah si suami.

"Nak jadi pembunuh ke? Awak yang sepatutnya yang minta maaf kat saya,"kata Adwa. Rifqah senyum misteri.

"Why should I apologize for the monster I've become? No one ever apologized for making me this way? Aku jahat pun takde sampai tahap nak bunuh kau. Cuma kau bahayakan diri kau masuk perangkap aku,"balas Rifqah. Adwa mengerutkan dahi.

"Bahayakan diri? Maksud awak? Apa yang awak cuba buat Rifqah?"tanya Adwa bertubi-tubi.

"Itu bukan hal kau. Selama ni aku tak pernah ambil tahu apa kau nak buat. Perkahwinan kita baru dua bulan kau takkan mampu buat aku jatuh cinta dengan kau,"ujar Rifqah.

Ini Nur Rifqah! Egoku masih lagi teguh. Aku takkan bagi peluang kedua pada lelaki seperti Adwa.

"There is a little bit of devil in your angel eyes,"balas Adwa.

"Mesti kau tertanya kan apa motif aku buat semua ni? Kau tak perlu tahu sekarang. Hati-hati dengan orang di sekeliling kau. Mungkin salah seorang dari mereka tahu rahsia kau,"kata Rifqah.

"Jadi tujuan kita berdua kahwin? Takkan nak salahkan mama saya? Awak memang dari dulu tak suka mama saya kan?"ucap Adwa.

"Jangan percaya sangat kat mak sendiri. Tahu nak play victim je. Jangan sampai aku hilang hormat kat dia,"balas Rifqah pula.

"Sedar tak awak cakap pasal siapa ni? Itu mama saya. Jangan burukkan mama saya!"kata Adwa.

"Burukkan mak kau? Hoi dia yang burukkan aku takpe pula?"bidas Rifqah.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now