5

208 37 10
                                    

BUNGA MR. SYED.
dan bila salji mencair, bunga pula memekar.


BAB 5

RAISHA jadi gelabah sendiri. Sejak tadi dia tidak dapat langsung nak bertenang. Sejak kedatangan lelaki berperangai pelik itu ke biliknya. Ya, Allah! Dia nak datang malam ni? Apa yang dia nak? Mengingatkan pelbagai jenis kemungkinan yang semuanya buruk-buruk belaka, mata Raisha terbuntang besar. Kejung seluruh tubuhnya. Serta-merta kedua-dua tangannya naik bersilang di dada. 

Dia nak buat benda buruk ke dekat aku?

Klak!

“Arghhhh!”

“Woi mak kau!!!”

Sedang Raisha sibuk memikirkan benda yang tidak senonoh itu, pintu pula dibuka secara tiba-tiba. Apa lagi, terus sahaja Raisha menjerit bagai orang gila. Manusia yang membuka pintu itu pun ikut menjerit tanpa sebab. 

“Eeee… along ni!” Sebaik sahaja sedar yang susuk tubuh yang sedang terpacak di muka pintu itu merupakan Luthfi, terus sahaja tubuh Raisha menjadi lembik. Diurut-urut dadanya sendiri. Semakin sakit leher dia! Kalau beginilah gayanya, tahun bila agaknya dia boleh keluar dari wad?

“Sha apa hal? Tak betul dah ke?” Luthfi menyoal tidak berpuas hati. Dijelingnya Raisha di atas katil. Kasar segala keperluan Raisha yang dibawanya diletakkan di meja sisi katil. Hey, sikit lagi nak meletup jantung aku!

“Kenapa masuk tak ketuk pintu dulu?”

“Eh, sejak bila? Sha ingat Sha ni bos along ke? Tahulah jadi permaisuri dekat sini kena layan macam-macam ragam Sha tu tapi jangan berangan sangat, ya?” bebel Luthfi. 

Raisha mencebik. Namun apabila teringatkan sesuatu, riak wajahnya kembali bertukar. Tangan Luthfi yang sedang sibuk menyusun barang-barang yang dibawanya itu segera dicapai. 

“Along! Jom! Sha nak balik rumahlah.” 

Ya! Lebih baik dia balik sekarang! Jadi tak perlulah dia berjumpa dengan lelaki pelik itu sekejap lagi!

Luthfi merengus kecil. Lengannya ditarik. Cepat-cepat dia sudahkan kerjanya. “Ingat ni hotel ke suka-suka hati nak keluar dan masuk bila-bila masa? Selagi doktor tak lepaskan Sha, duduk ajelah dekat sini diam-diam.”

“Tapi Sha nak balik!”

“Jangan buat perangailah, Sha. Along penat balik kerja ni.”

Raisha terdiam. Bibirnya diketap-ketap menahan bengang. Berkaca-kaca matanya memandang Luthfi yang langsung tak peduli. Melihat abang sulungnya itu yang masih kemas berkemeja dan berseluar kerja, Raisha jadi serba salah pula. 

“Sorry, Sha susahkan semua orang…” pinta Raisha seraya berbaring mengiring membelakangi Luthfi. 

Luthfi mengeluh. Belakang tubuh Raisha dipandang sejenak. Tahu emosi Raisha sangat sensitif memandangkan dia yang sedang sakit, terkurung pula di bilik ini bersendirian berhari-hari. Mengenangkan itu, bengkak pula hati Luthfi. Mana perginya Hanan saat Raisha memerlukan dia di sisi? Kerja lebih utama? Ini baru berada di dalam fasa bertunang. Kalau kahwin? Boleh nak abaikan macam ini lagi?

“Sha jangan macam ni. Bila doktor kata boleh balik rumah, along sendiri yang jemput Sha nanti. Sekarang along tak boleh nak lama sangat. Kak Yin dah tunggu dekat rumah seorang-seorang.”

Semakin memuncung bibir Raisha. Untunglah along! Ada orang sayang yang sentiasa ada untuk dia. Raisha ni? Ada tunang pun macam tak ada!

“Sha, sekejap lagi Luqe datang teman.”

“Iya. Baliklah. Sha okey aje ni. Terima kasih hantar barang untuk Sha.”

Terasa kepalanya disentuh, Raisha semakin sebak. Haih, payah kalau datang emosi macam ni! Tantrum tak kena tempat dan orang pula!

Bunga Mr.Syed *E-book*Where stories live. Discover now