Teaser Bab 8

174 19 0
                                    

“Kalau kes ini terbukti, Hanan bersalah… apa… apa yang kita boleh bantu Hanan?”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Kalau kes ini terbukti, Hanan bersalah… apa… apa yang kita boleh bantu Hanan?”

Soalan rawak dituju untuk siapa-siapa pun di situ. Raisha sendiri masih celaru. Kenyataan Hanan melanggan pelacur menjadi beban di otaknya kini. Rasa nak pengsan mendengarnya tadi!

Karl tersenyum puas hati. Dia baru sahaja check-mate Hanan di situ dan rancangannya dijalankan penuh berhati-hati. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

“Aku tak nak buang masa lagi.” Karl tegakkan tubuhnya. Satu per satu wajah berserabut di dalam bilik itu dipandang. Lama matanya tertancap pada Raisha yang juga sedang menatapnya.

“I’m willing to make a deal with you, Encik Hanan.”  Karl bangun. Berdiri dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di atas meja, menampung susuk tubuh gagahnya.  Sungguh terserlah aura maskulinnya.

“I’m marrying Cik Lily Raisha and five million is yours.”

Bunga Mr.Syed *E-book*Where stories live. Discover now