Teaser Bab 10

210 29 2
                                    

“Mr. Syed…”

Karl berpaling secara mendadak membuatkan Raisha terkaku bak patung. Terkedip-kedip matanya memandang dada Karl.

“Biar aku pulak yang nak membebel,” ujar Karl.

Dagu Raisha dikuis dengan hujung jari telunjuknya agar matanya dapat menatap sepasang mata hazel itu. Lama Karl merenung dan dibalas juga oleh Raisha. Mata Karl jatuh pada sepasang bibir kecil dan mungil Raisha sebelum akhirnya Karl mengeluh kecil.

“Tak payahlah. Biar kau seorang ajelah membebel.” 

Sekali lagi Raisha ditinggalkan oleh Karl terpinga-pinga begitu. Raisha kemudiannya terkedek-kedek berlari mendapatkan Karl yang sedang menunggunya di tepi kereta. Pintu ruang penumpang depan sudah tersedia dibukanya.

“Lapar ke?” soal Karl.

Raisha menggeleng. Berkerut sedikit keningnya. Entah apa lagi yang digusarkan oleh gadis itu.

“Yang tengok kereta ni macam tengok Shawarma ni kenapa?”

Semakin berkerut kening Raisha. Kali ini pandangannya beralih ke arah Karl pula. “Shawarma? Pelakon Bollywood ke?”

Mahu tersembur Karl mendengar soalan polos dari Raisha. Tengkuk digosok-gosok sambil bibir menyembunyi senyuman dan tawa yang mahu meledak.

“Mr. Syed!” bentak Raisha. Bukan Raisha tak nampak yang lelaki dengan jambang kemas di rahang itu sedang berusaha keras menahan diri dari ketawa!

“Tak pernah makan makanan Arab?”

Raisha menggeleng membuatkan Karl mengangguk kecil. Patut pun…

“Shawarma itu macam Wrap. Ada inti ayam, daging, kambing, tomato, sayur jeruk, sos, rempah…” Karl bersemangat menerangkan sebelum tiba-tiba sahaja matanya dikecilkan. Raisha pula bagai kanak-kanak tadika, asyik sahaja mendengar.

“Kenapa aku kena terangkan fasal Shawarma dekat kau sekarang?”

Raisha mencebik sedikit seraya mengangkat sedikit bahunya. Entah, manalah dia tahu! Karl yang tiba-tiba petik nama makanan Arab dekat dia tadi. Raisha jadi berminatlah sebab Raisha tak pernah cuba langsung Arab Cuisine.

“Memang tak pernah makan?”

Sekali lagi Raisha menggeleng. Cair sungguh Karl dibuatnya. Polos betul!

“Pernah nak sangat rasa tapi tak ada siapa nak melayan tekak saya.”

Suara halus dan riak bersahaja Raisha membuatkan Karl terdiam, merenung tunak ke arah Raisha. Ada rasa ngilu di tangkai hatinya.

“Tak apa. Nanti umi hidangkan sekejap lagi, kau cuba ya?” Karl menolak perlahan bahu Raisha agar gadis itu cepat-cepat masuk ke dalam keretanya.

“Umi Mr. Syed tu pandai masak masakan Arab?” soal Raisha sebaik sahaja kereta mula bergerak.

Sejujurnya, Raisha tak pernah tahu tentang latar belakang keluarga Syed Karl Zaquan namun apa yang pasti keluarga mereka bukanlah datang dari keluarga yang biasa-biasa.

Lihat sahaja kereta yang dipandu oleh Karl. Lihat sahaja pada pakaian Karl yang sentiasa kemas dan segak. Sejak mula lagi, Raisha sudah diberitahu oleh ahli keluarganya yang lelaki yang dilanggar oleh Raisha ini adalah ‘seseorang’. Tidak pelik kalau Karl sanggup menawarkan 5 juta kepada Hanan tempoh hari.

“Umi dan walid berketurunan dari negara timur, Lily.”

Semakin bercahaya mata Raisha. Hilang semua rasa kekok dan rasa debar yang menggila di dada tadi. Malah, dia terasa sangat teruja mahu berkenalan dengan ahli keluarga Karl.

“Jadi, saya boleh rasa Shawarma sekejap lagi?” soal Raisha. Sungguh teruja sehingga bertepuk tangan bak anak kecil!

Karl melirik sebentar ke arah Raisha.
“Shawarma, Falafel, Kunafa, Hummus, Nasi Arab Mandy…”

“Wah! Ada banyak makanan?”

Karl terdiam. Bibir dibasahkan buat seketika sebelum digigit sedikit di hujungnya. Sekali lagi Karl melirik ke arah Raisha dan kali ini Karl benar-benar tewas. Muka seperti chipmunk Raisha ketika ini berjaya membuatkan Karl ketawa.

Bunga Mr.Syed *E-book*Where stories live. Discover now