7

286 44 16
                                    

BUNGA MR. SYED.
dan bila salji mencair, bunga pula memekar.


BAB 7

KARL tegak berdiri di muka lorong lif bangunan 40 tingkat itu. Matanya lurus memandang ke arah deretan lif yang jumlahnya ada enam buah. Setiap kali ianya terbuka dan beberapa susuk tubuh keluar darinya, setiap kali itulah juga Karl memfokuskan pandangannya. Riak mukanya bersahaja sehinggalah yang dinanti, terlihat di mata. Barulah ada riak lega di tampang wajahnya.

Melihat Raisha yang panjang lehernya mencari dia dari sana, Karl tak mampu nak menahan senyuman dari diukir di bibirnya yang kebiasaannya mendatar itu. Tubuh kecil Raisha diperhatikan dan diteliti setiap satunya dan setiap kali perbuatan sama yang dilakukan terhadap Raisha, setiap kali itu jugalah jantungnya berdegup bagai nak gila. Segala-galanya bagai berada di relung filem. Diputar-putar tanpa henti dan seterusnya meragut rasa sebak di tangkai hatinya yang selama ini dingin membeku.

“Hai, Mr. Syed huh?” Raisha menegur ceria. Kemudian bibirnya mencebik di hujung ayat. Puas dia fikirkan siapalah Mr. Syed yang mahu berjumpanya di bawah? Saat mata menatap dari jauh tubuh tegap yang menjulang lebih tinggi darinya ini, barulah dia teringatkan tentang lelaki yang dilanggarnya ini. 

Rambutnya ikal separas bahu diikat gaya ekor kuda. Sepasang matanya bulat dan berwarna hazel anak matanya. Hidung terletak sederhana mancung. Kedua-dua belah pipi yang bulat bak telur bila tersenyum. Sepasang bibir dan dagu yang kecil. 

Senyumannya membahagiakan siapa-siapa yang melihat. Suaranya lunak manja. Perilakunya yang ceria dan sangat peramah.

Persis. Lily Raisha terlalu persis si dia.

Kening Raisha berkerut-kerut. Renungan Karl sejak tadi mula membuatkan Raisha kurang selesa. Tangan melambai-lambai di depan muka Karl. “Awak! Awak okey ke ni?”

Karl tersentak kecil. Seakan-akan hilang di dalam dunia sendiri, Karl nampak sedikit terpinga-pinga. Melihat wajah Raisha yang sedikit rendah darinya itu sedang merenungnya tidak berpuas hati, Karl tersenyum nipis. Kedua-dua belah tangan yang diseluk masuk ke dalam poket seluar kerjanya, dikeluarkan dan tubuh dipusingkan sedikit.

“Jom,” ajak Karl. Perlahan sahaja suaranya. 

Raisha mengeluh kecil. Masam sedikit mukanya. Sejak mengenali Syed Karl Zaquan, lelaki ini memang suka begini! Tak terlalu banyak bercakap tetapi perbuatannya selalu terlebih advance!

“Saya kerja. Awak nak apa jumpa saya?” soal Raisha sambil mengekori Karl dari sisi yang berbeza dua langkah ke belakang.

Karl tidak menjawab membuatkan Raisha pasrah sahaja mengekori Karl. Diam sahaja mereka berdua tanpa bicara di sepanjang langkah. Sesekali Raisha tersenyum membalas teguran orang-orang yang mengenalinya.

Pintu kaca kafe pencuci mulut yang terletak di bangunan yang sama itu ditolak oleh Karl. Tubuhnya disengetkan sedikit, memberi laluan untuk Raisha masuk terlebih dahulu. Raisha tersenyum lebar seraya melangkah masuk. Senang dengan gaya Karl. 

“Awak memang suka eh, plan suka-suka hati awak? Tiba-tiba datang sini, ajak saya minum. Buatnya saya tak kerja ke hari ini, macam mana?” Raisha mula membebel-bebel seraya mengambil tempat di salah satu meja. Tidak lepas matanya mengikut gerak-geri Karl yang bersahaja mengambil tempat di depannya.

“Kalau tak kerja, melepaslah kau nak merasa aku belanja.”

Raisha mencebik. Tampang wajah Karl yang tidak berwarna itu diperhati lama sebelum matanya jatuh pada tubuh Karl. Lelaki ini hanya berbaju t-shirt kosong yang dilapisi jaket kulit berwarna hitam di luarnya dan berseluar jeans sahaja. 

Bunga Mr.Syed *E-book*Where stories live. Discover now