BUNGA MR. SYED.
dan bila salji mencair, bunga pula memekar.
BAB 6KERTAS kerja yang baru sahaja diserahkan kepadanya oleh pembantunya, Mawar dibelek-belek. Sejak dia keluar dari wad, tidak berhenti langsung dia menyelesaikan perihal pejabat. Tidak sempat langsung dia mahu turun ke bengkel, mempelajari selok-belok bahagian itu dari Rifdi yang lebih arif darinya.
Dia sudah berubah? Ya, mungkin. Dia masih lagi mencuba untuk menerima semuanya. Menerima hakikat yang bekas kekasihnya kini sudah berkahwin dan hidup bahagia bersama abang angkatnya, Rifdi Aneeq. Cuba untuk belajar berdamai dengan takdir dan mencari bahagia sendiri. Percaya setiap manusia itu pasti akan sentiasa ada peluang di dalam hidupnya.
“Aku tak suka bau hospital. Aku rasa sesak.”
Itu yang dia lontarkan dengan nada malas bila Raisha tidak berhenti-henti mempersoalkan mengapa dia diheret ke taman hospital ini.
“Saya pun…” Raisha membalas perlahan.
“Kenapa?” Karl jadi berminat bila air muka Raisha cepat benar berubah. Dari ceria bertukar keruh.
“Hospital mengingatkan saya tentang kesakitan dan kehilangan.” Raisha tersenyum nipis. Lurus ke depan pandangan matanya, jauh merentasi ruang taman itu barangkali. “Kesakitan dan kehilangan orang-orang yang saya sayang. Di depan mata.”
Karl hilang diksi. Entah kenapa tiba-tiba dan setelah sekian lamanya dia juga turut merasa sakit yang sama. Kepala menoleh, menatap sisi wajah polos gadis yang secara tidak sengaja muncul di dalam hidupnya saat ini.
Ya, Karl juga kehilangan. Dia kehilangan kekasih pertamanya Raisya Amira di sini. Di hospital yang sama. Di depan matanya.
“Tapi kau nampak tenang.”
Raisha tersenyum lagi. “Menghargai setiap kesakitan, kesedihan dan kehilangan. Semua kekurangan ini Allah cukupkan rasanya. Pasti. Jadi, boleh merasa sakit tapi jangan terlalu menderita. Boleh merasa sedih tapi jangan terlalu larut dan boleh merasa kehilangan tapi jangan terlalu jauh.”
Bunyi ketukan pintu menyentakkan Karl. Terkebil-kebil sekejap dia jadinya. Bibir yang tanpa sedar sedang melengkung senyum, diurut-urut dengan jari sebelum dia menggeleng laju bagi menghilangkan bayangan demi bayangan memori beberapa minggu yang lepas.
Masuk seorang lelaki berpakaian bengkel. Postur tubuhnya terus sahaja ditegakkan, bersedia untuk memulakan perbincangan yang terlebih awal sudah diatur ini.
“Macam mana? Senang nak jumpa?” soal Karl tanpa perlu mukadimah panjang sangat.
Iqmal duduk menyilang kaki. Selesa tubuhnya bersandar di kerusi pejabat berhadapan Karl. “Senang sangat. Dia ni, bukanlah golongan aristokrat pun sampai nak kena korek lubang sana dan sini.”
“So?” Tenang Karl menyoal. Automatik mata terlayar setiap inci wajah yang membuatkan dunianya tiba-tiba jadi serba tidak kena. Di antara menerima dan menidakkan. Walaupun Karl yakin, dia adalah orang yang sangat berbeza tetapi jauh di sudut paling dalam hatinya mahu apa yang dia mahu walau mustahil!
Iqmal mengeluarkan telefon dari kocek baju bengkelnya. “Lily Raisha Binti Tajuddin. 26 tahun. Seorang HR Executive di syarikat perkapalan, Alam Kargo Sdn Bhd, anak syarikat Bahtera Shipping. Anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan. Ada dua orang abang. Ayah dan ibu sudah meninggal dunia dua tahun yang lepas. Tinggal dengan abang sulung dia yang dah berkahwin. Sudah bertunang selama…”
YOU ARE READING
Bunga Mr.Syed *E-book*
RomanceBukan sambungan tetapi spinn off dari snow white mr.millionaire. kali ini kisah Karl dan bunganya pula. Syed Karl Zaquan... Pernah merasa cinta yang sangat berbunga-bunga namun tiba-tiba diragut oleh takdirNya yang lebih berkuasa. Saat itu, dia iku...