1

16 3 8
                                    

Kring!!!

Jam telah menunjukkan bahawa sudah pukul 7.20 pagi, dimana semua pelajar dikehendaki bersedia di dalam kawasan sekolah. Bella bertugas pada minggu ini dan dia diarahkan menjaga pagar sekolah untuk awasi pelajar lewat ke sekolah.

Beomgyu segera melajukan langkahnya sebelum jam 7.20, namun malang dia sudah pun melebihi waktu yang sudah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sudah tertentu dia nampak Bella di situ.

"Choi Beomgyu, lambat ke sekolah pada pukul 7.24" kata Bella sambil tangannya ligat menulis nama Beomgyu dalam buku kecilnya.

"Habis lah aku kali ni, Belle dah tulis nama aku. What if aku pujuk dia? Manatau dapat free pass" kata beomgyu dalam hatinya.

Dengan langkah yang perlahan, Beomgyu menundukkan kepalanya sikit agar tidak ter"eyes contact" dengan Bella.

"Tuan Puteri Belle, boleh hamba masuk ke dalam?? Patik ingin cepat ke kelas." kata Beomgyu dengan nadanya seolah memujuk.

Bella terdiam apabila Beomgyu memanggil dia seperti itu. Bella hanya mengeluh perlahan kerana ini kali ke entah berapa Beomgyu lewat ke sekolah.

"No way, ni dah kali ke seribu kau lambat. Takkan lah aku nak backup kau hari-hari?? Nanti aku kena pecat lah, Beomgyu" terang Bella dengan lembut.

Beomgyu hanya senyum tawar kerana sememangnya itu salah dia dan bukan salah Bella. Bella hanya seorang yang melakukan tugasnya sebagai pengawas, bukan seperti dirinya. Tidak amanah langsung, bahkan ketua kelas seperti dia memang tiada ciri-ciri pemimpin. Bagaimana dia mahu pimpin rumahtangganya kelak? Dia sendiri pun tidak tahu.

Beomgyu tetap akur akan kata Bella tadi dan sekarang dia berdiri di hadapan semua pelajar.

Cikgu disiplin yang masih setia membawa rotannya kemana-mana, masih beri ceramah tentang lewat ke sekolah. Selain itu, dia juga memberikan senyuman kepada bakal-bakal penerima 'hadiahnya' nanti.

"Baiklah pelajar semua, kita perlu lah hadir awal ke sekolah agar dapat menunjukkan disiplin yang tinggi. Bukan macam diorang ni, disiplin entah hilang ke mana" ujar guru tersebut.

Usai sahaja majlis pada pagi itu, mereka yang tadi semua dapat- ya seperti mana pelajar tau mereka yang lambat akan terima hukumannya dari cikgu disiplin.

Beomgyu pun balik ke kelas dan seketika matanya bertembung kedua mata kepunyaan Bella, segera dia melarikan pandangannya. Bella yang perasan akan perubahan Beomgyu tadi, dia hanya menundukkan kepalanya dan kembali fokus menyiapkan kerja sekolahnya.

"Maaflah, Beom. Aku tak tau pun cikgu ada tadi, kalau takde aku dah lama bagi pass macam tu je kat kau" keluh Bella.

Beomgyu hanya terdiam sepi seolah-olah menyalahkan Bella. Padahal diri sendiri yang bersalah, siapa suruh bersengkang mata malam-malam? Itu lah akibatnya.

Bella hanya mengeluh dengan tingkah laku rakannya itu.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Pada waktu rehat, Bella masih setia menunggu Beomgyu dengan bersabar akan tetapi Beomgyu masih yidak menampakkan batang hidungnya yang macung itu. Sehinggakan bekalannya yang tadi penuh, kini habis.

Sebaik sahaja bunyi loceng rehat berbunyi menandakan waktu kembali ke kelas, Bella pun balik ke kelasnya berseorangan tanpa Beomgyu di sisinya. Oh sampai sebegitu sekali ya, Bella? Hatinya masih tidak mengaku akan perasaannya sendiri.

Bunyi sekumpulan lelaki ketawa didengari oleh Bella. Suara ketawa milik Beomgyu turut serta didengari. Dia hanya tersimpul senyuman kecil apabila mendengar suara garau milik Beomgyu.

"Belle!!! Kim Aeisya Isabella, look at me now!"

Terkejut Bella apa bila suara milik Beomgyu itu jerit nama penuhnya. Segera dia pusing ke arah belakang dan kelihatan Beomgyu tersengih.

"Fulahmak, Beomgyu panggil makwe uiyoo"

"Sebelum aku tumbuk, menggelupur kang"

Mereka berketawa besar manakala si Bella hanya tersimpul malu. Malu dibuatnya dipanggil "makwe" oleh rakan Beomgyu.

Seketika mereka masuk ke dalam kelas, ......






TBC

HALOOO MY LOVEEEE, HOW?? OKAY TAK? janga lupa tekan button like aka vote ya ayang, mwah.

you were good for meWhere stories live. Discover now