2

12 2 6
                                    

Seketika mereka masuk ke dalam kelas, gurunya sudah berada di dalam kelas bersama seorang pelajar.

"Ehem, Beomgyu dan Bella awak ke mana tadi? takpe lah, pergi duduk tempat masing-masing. Harini kita ada kawan baru" kata guru tersebut sambil senyum.

"Hai, saya Choi Yeonjun. Panggil Yeonjun jela eh? Nice to meet you guys and for your information i've been in America for 4 years, tolong tunjuk ajar ya" kata pelajar tersebut yang bernama Yeonjun tadi dengan accent Amerikanya.

Semua pelajar perempuan automatik segar mata apabila mendengarkan suara Yeonjun sebentar tadi. Mungkin sebab Yeonjun speaking tadi, maklum lah pelajar baru yang kacak. Manakala Bella masih dalam soalannya sendiri.

"Yeonjun. Nama seperti aku pernah dengar tapi di mana ya? Kenapa aku macam pernah kenal dia? Siapa dia sebenarnya?"

Yeonjun yang dari tadi tersengih seperti kerang busuk lalu disuruh duduk di sebelah Bella.

Pembelajaran pun bermula seperti biasa dan Beomgyu dari tadi mengintai Bella dari jauh sehinggakan kena tegur oleh gurunya.

"Choi Beomgyu, bagitau saya apakah maksud ventrikel kiri dan kanan? Saya dari tadi terangkan fasal benda ni, awak termenung apa huh? Teringat makwe ke?" gurunya menanya dia bertubi-tubi jenis soalan.

Beomgyu menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

"Dia tengok Isabella, cikgu!!" jerit salah satu kawan sekelasnya.

Satu kelas bergema bunyi gelak ketawa. Bella hanya terdiam sahaja sebab dia pun sudah biasa dengan gurauan sedemikian.

"Bukan lah, saya termenung sebab tertanya soalan apa yang bakal dipersoalkan nanti bukan sebab teringat makwe atau Isabella" terang panjang Beomgyu.

Sengaja dia tekankan perkataan "Isabella" agar kawan-kawannya berhenti membuat gurauan seperti itu lagi.

"Bella"

"Ya saya, Yeonjun?"

"Awak tak ingat saya lagi ke?" tanya Yeonjun.

"Awak merepek apa ni, Yeonjun? Nanti cikgu marah lah kalau kita bersembang" balas Bella.

Yeonjun hanya mengangguk perlahan. Nampaknya gadis itu tidak mengenal dirinya lagi. Mungkin sebab wujudnya Beomgyu menggantikan dia ketika dia masih di Amerika. Ah, sakit hatinya kalau difikirkan balik.

Sementara itu, Beomgyu memerhatikan perbualan mereka tanpa disedari oleh mereka berdua. Entah apa yang dibincangkan sampai mamat tu angguk je kepala dia.

Habis sahaja sesi persekolahan, semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Sudah pasti kebanyakkan pelajar seronok pulang ke rumah mereka tetapi Beomgyu ialah disebaliknya. Beomgyu seperti biasa menunggu Bella menyiapkan semua kerja sekolahnya di perpustakaan sekolah. Sambil-sambil menunggu Bella menyiapkan kerja sekolahnya, dia turut sama menyiapkan kerja sekolah. Kesunyian menjadi teman mereka ketika itu.

"Beomgyu, kenapa kau senyap sangat harini? Fasal pagi tadi ke? Sorry lah tapi aku nak Beomgyu yang bising 24 jam tu" tanya Bella secara tiba-tiba

Beomgyu hanya mengangkat mukanya dan tergelak perlahan.

"Kau buat lawak apa ni, Belle? Aku tak marah pun fasal pagi tadi, dah memang salah aku"

"Dah tu kenapa kau taknak cakap dengan aku langsung masa dalam kelas tadi? Selalu kau ada je idea nak buat aku sakit hati"

"Aku taknak any kawan sekelas kita buat gurau macam tadi, aku tak suka sebab taknak kau tak selesa kawan dengan aku nanti" terang Beomgyu.

Terdiam. Ya itu lah keadaan Bella sekarang.

"Takkan lah sampai tahap macam tu sekali, ish kau ni"

"Aku tak main-main fasal ni, Isabella" kata Beomgyu sambil matanya 'eyes contact' dengan mata Bella.

Bella dapat merasakan bertapa lajunya jantung dia berdegup. Pipi masih stabil tapi jantungnya pulak tidak dalam keadaan stabil.

Sebaik sahaja mereka pulang ke rumah masing-masing, masih setia seorang gadis misteri mengintai mereka.

"Aku akan pastikan Beomgyu milik aku, hanya untuk aku. Kau tunggu lah nanti"

Tbc

you were good for meWhere stories live. Discover now