Sebaik sahaja Beomgyu sampai di rumahnya, seperti biasa dia akan dengar semua pergaduhan ibu dan ayah dia. Adik beradik yang lain? Dia hanya anak tunggal di dalam rumah ni, abangnya pula entah hilang ke mana. Sehinggakan dia keluar dari rumah pun tiada siapa yang tahu.
"Saya mintak duit untuk beli beg Prada keluaran baharu"
Pang, bunyi tamparan dikenakan kepada sang ibu.
"Kau dengan anak-anak kau, boleh pergi berambus dari rumah ni. Ibu dengan anak dua kali lima je menyusahkan orang" tengking sang ayah.
"Alah abang ni, saya cuma nak beli beg tangan baru je." jawab sang ibu
Begitu lah mereka setiap hari.Beomgyu, si penonton dan pendengar pergaduhan ibu dan ayahnya, hanya biarkan sahaja mereka berdua.
Sang ayah si kaki judi dan sang emak si boros yang suka ikut perkembangan semasa. Sejak kecil, Beomgyu dihantar ke kampungnya di Daegu. Cuma sejak dia berumur 15, dia membuat keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya. Itu lah kesilapannya.
Beomgyu pernah sesekali untuk lari dari rumah tetapi bila dia teringat akan Bella, dia tidak meneruskan niatnya.
Tuk tuk tuk, ketukan dari pintu biliknya. Dengan lambat, dia membuka pintu tersebut.
"Ibu? Ibu kenapa ni? Lebam-lebam? Kena belasah dengan ayah ke?" tanya Beomgyu dengan risau.
"Aku tak mintak perhatian kau lah, aku nak duit. Mana duit sekolah kau?" ujar si ibu
"Beom manade duit-"
Secara tiba-tiba si ibu menampar pipi si anak. Beomgyu hanya tahan air matanya.
"Eh budak perempuan tu suka bagi kau duit kan? Siapa tu? Ha si Isabella"
"Tapi duit tu untuk duit belanja Beom"
"Takde-takde, bagi aku duit tu"
Dengan berat hati, Beomgyu berikan duit pemberian Bella kepada ibunya. Perit sekali kehidupan Beomgyu.
"Esok minta duit lagi dekat budak tu tau, mwah" kata ibunya sambil gembira.
Beomgyu tutup kembali pintu biliknya dan terus duduk di atas katil. Pemandangan di luar tidak lah seindah mana, sama seperti kehidupan dia.
"Aku pun teringin mempunyai keluarga yang indah dan faham akan perasan anak. Kalau suatu hari aku jadi seorang ayah, aku takkan jadi kaki judi seperti bapaku sendiri" ujar Beomgyu kepada dirinya sendiri.
Jujur, dia penat dengan kehidupannya sendiri. Dia hanya mampu berdoa agar kehidupan dia berubah. Keluarga dia tak pernah tahu pun yang dia kerja separuh masa untuk wang sakunya sendiri. Baginya, biar lah bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Teringat sahaja Bella, terus dia mesej gadis itu.
✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩✩
"Selamat pulang, Cik Isabella" sambut pembantu rumah.
Bella hanya tersenyum sahaja sebagai tanda berterima kasih kepada pembantu itu. Seperti biasa, ibu bapanya tidak pernah luangkan masa bersama untuknya. Sibuk mencari rezeki untuk cicit agaknya.
"Cik, nak saya masak apa hari ini? Saya tak berapa sihat sebab tu tak masak, maafkan saya" ujar pembantu itu sambil menunduk 90 darjah kepada Bella.
"Takpe auntie, saya pun dah kenyang tadi makan kat sekolah. Harini auntie jangan buat kerja kuat-kuat tau? Rest je" balas Bella.
Begitu lah Bella setiap hari. Setiap kali ibu bapanya ke luar negara, dia akan di temani oleh pembantu-pembantu rumah. Bagi Bella, duit tak penting but yang penting ialah masa bersama keluarga.
Bella terus ke biliknya kemudian mandi. Usai sahaja mandi, terus dia dapat mesej dari Beomgyu.
Beomgyu
Kau dah balik ke??Bella
Soalan mengarut apa kau ni? Kan aku yang teman kau balik tadi ಠ_ಠ?Beomgyu
Saja jadi bodo sekejap.Bella
Bukan memang hari-hari ke?Pengakhiran mesej tadi membuatkan jantung Bella berdegup laju. Pendek tapi bahagia, ya itu lah apa Bella rasakan sekarang.
Beomgyu
Belle, kau tengah buat apa?Bella
tengah buat bodo macam kau.Beomgyu
bab-bab macam ni tak main ya dik.Bella
Dah lah Beom, aku nak pergi tido. Mengantuk.Beomgyu
Belum malam lagi, takpe lah kau mesti penat kan? Gi tido, ily"ily"?? Lagi bertambah laju jantung Bella berdegup.
tbc.
sorry lambat update and bosan :>
YOU ARE READING
you were good for me
Fanfic"dummy, i think i fall in love with someone" - beomgyu "who?" - bella "you" - beomgyu [status : on going and slow update]