5

12 2 0
                                    

"Beomgyu, siapa perempuan ni?? Awak curang dengan saya??"

Beomgyu dengan segera membawa wanita itu ke belakang untuk melarikan pandangan orang ramai termasuk, Isabella.

Bella cuma ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Yelah dia pun terasa nak tahu juga siapa gerangan wanita tersebut.

A few minutes later

Beomgyu pun kembali ke tempat asal dan sebelum itu sempat lagi dia mengeyitkan matanya kepada wanita tersebut.

"Siapa dia tu? Bukan main kau kenyit-kenyit mata dekat dia" tanya Bella

"Not of your business, Mrs Kim Aeisya Isabella" ujar Beomgyu dengan begitu dingin.

Bella merasakan sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya itu atau pun mudah dikenali sebagai "crush".

"Beomgyu, kau okay tak ni?"

"Ada nampak aku tak okay ke, Bella?"

Fuh sampai begitu sekali ayat dia. Tak pernah pernah dia sebegitu. Selalunya, ada sahaja ayat-ayat kelakar yang keluar dari mulut itu.

"Uhm, kalau macam tu, aku balik dulu lah. Lagipun aku bukan buat apapun kat sini, kena marah lagi ada lah" sinis ayat itu diluncurkan kepada Beomgyu

Beomgyu sedar memang salah dia tetapi ini semua masalah keluarganya, dia sendiri pun tidak mahu.

"Belle, no. Stay here with me please?"

Bella cuma terdiam.

"Tak payah, driver aku datang ambil aku"

Selepas sahaja gadis itu keluar dari cafe tersebut, Beomgyu kembali membuat kerja yang tertangguh tadi. Secara tiba-tiba wanita tadi jalan ke arah dia dengan lenggang lenggong.

"Sayang, pandai you berlakon kan? Persis artis je tadi, i tengok"

"Tapi-"

Tidak sempat Beomgyu jawab, wanita itu terlebih dahulu menjawab.

"Ingat your family, Beomgyu. Kalau tak sebab i, diorang mesti merempat kat tepi jalan. Dua-dua takde guna, baik mati je"

"Lee Chaerin, saya tahu keluarga saya sudah menyusahkan awak tetapi tak perlu hina mereka sebegitu sekali" ujar Beomgyu dengan selembut yang boleh.

"What do you mean tak perlu? Awak tu mangsa diorang faham tak?!"

"Dah lah takyah lah nak gaduh kat sini, nanti customer lari" pujuk Soobin. Entah dari mana dia muncul pun taktau lah.

Pada petang itu

Bella seperti biasa keluar ke taman untuk melakukan aktiviti senaman. Selepas melakukan larian selama 10 minit, dia melabuhkan punggungnya untuk duduk. Matanya meliar melihat orang awam yang melakukan riadah pada petang itu.

"Hey, boleh saya duduk sini?"

Wajah Yeonjun masih tersenyum manis dipandang. Dengan perlahan dia menganggukkan kepalanya.

Yeonjun mengulum senyuman kepada Bella. Terserlah ketampanan lelaki itu. Mereka berdua mati kata-kata.

"Isabella, masakan awak tak kenal saya?" tanya Yeonjun secara tiba-tiba.

"Kan saya cakap, lepas kemalangan tu saya tak ingat apa-apa kecuali tentang diri saya sendiri"

Lelaki itu hanya mengeluh perlahan.

"Awak nak tau siapa saya sebenarnya?"

Bella hanya menggangukkan kepala tanda setuju. Yeonjun menceritakan tentang masa silam yang 'dilupai' kepada Bella. Sedikit kaget apabila Yeonjun bercerita tentang mereka.

Di rumah Isabella

Isabella menghenyak punggungnya di atas katil yang empuk milik dia. Sesekali kedengaran bunyi mengeluh.

Mesej yang diterima dari Beomgyu dibiarkan begitu sahaja. Sakit hati bila mengingatkan kejadian petang tadi. Tapi sejak bila Beomgyu punya kekasih? Barangkali dia sendiri pun tidak tahu.

Knock knock!!
Pintu bilik diketuk. Dengan perlahan dia membuka pintu tersebut.

"Cak, rindu tak?"

"Mama! Papa! Eii lama Isya tunggu mama dengan papa tau" tanpa membuang masa terus dia mendakap kedua ibu bapanya.

Ah rindu sekali mereka berdua.

"Disebabkan mama dengan papa balik secara surprise, mama cadang nak bawa Isya kembali ke Amerika. Mama tak kisah pun puteri kesayangan kami nak bawa kawan takpun teman lelaki Isya" ujar Puan Kim dalam nada mengusik.

"Apa? Amerika? No, mama. Isya sayang dengan semua yang ada dekat sini"

"Isya tak sayang mama dengan papa? Lagi pun kalau Isya ikut sekali, kami ada banyak jadual kosong dan dapat meluangkan masa dengan Isya. Betul taknak ikut? Ah takpe lah, mama kasi Isya masa untuk berfikir dulu"

Puan Kim dan Tuan Kim terus meninggalkan bilik Isabella tersebut.

Macam mana ni?? Crush atau keluarga? Bella kelihatan begitu keliru. Keluarga yang ingin meluangkan masa bersama atau si crush yang selalu ada buat dirinya. Buntu.

Seketika wajah Yeonjun bermain di mata Bella. Lelaki yang dikatakan pernah bertakhta di dalam hati dia. Lelaki yang mula meraih kasihnya kembali.

Berat hatinya mau meninggalkan Seoul tetapi apa pilihan yang ada? Bagaimana pula dengan Beomgyu? Ah lelaki itu selalu saja ada di dalam fikiran yang membuatkan menambahkan makin serabut.

Choi Beomgyu. Si penjenayah paling berjaya untuk mencuri hati Bella. Beomgyu, semakin hari semakin suka mendera perasaan Bella.

Lalu Bella terus menutup lampu dan kemudiannya tidur.

tbc

Sorry late update dn agak pendek :(

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

you were good for meWhere stories live. Discover now