4

11 2 1
                                    

Sebaik sahaja Bella membalas mesej tersebut, terus dia tutup telefonnya.

Dia bukan berniat untuk tidur tetapi membuat ulang kaji pelajaran. Memang setiap hari dia akan seperti itu. Baginya, demi masa hadapan yang cemerlang perlu lah banyak berusaha.

Beomgyu.

Otaknya mula mengingati kembali bagaimana mereka bertemu semula.

2 Tahun yang lalu..

Dia memulakan langkah bersama si guru yang membawa si gadis itu ke kelas. Dia hanya mendiamkan diri berbanding bertutur bersama si guru muda itu. Hanya gurunya sahaja rajin menanyakan beberapa soalan.

Sejak kemalangan itu, ibu bapanya terus hantar dia ke Korea kembali. Seperti keajaiban, ibu bapanya meluangkan masa bersama dia. Dia mengalami sedikit terhentak di bahagian kepalanya yang mengakibat sebahagian memori miliknya hilang.

Tambahan pula, dia tidak ingat siapa gerangan lelaki yang selalu hadir di dalam mimpinya dan menghantarkan pelbagai jenis bunga. Tetapi dia tidak pernah melawat dia ketika di hospital.

"Cik Kim Aeisya, ini lah kelas awak. Jangan risau semua pelajar di dalam kelas ni semua baik-baik belaka" ujar guru tersebut.

"Uhm, hai saya Kim Aeisya Isabella. Saya harap kita dapat jadi kawan sekelas yang baik"

Beomgyu yang sedang khusyuk menyiapkan tidak perasan akan kehadiran gadis itu.

"Bella?"

"Beomgyu?? Choi Beomgyu?"

"Kau.. Belle?"

End flash back.

Tersengih dia mengingatkan memori tadi. Seketika kemudian, bayangan Yeonjun muncul menggantikan bayangan Beomgyu.

Gerangan lelaki itu masih tidak dikenali. Siapakah lelaki itu? Sedangkan dalam mimpi pun dia menyinggah.

Tung tung~

Bunyi notifikasi berbunyi yng membuatkan lamunannya mati. Segera dia membuka aplikasi tersebut.

Beomgyu
Belle, kau busy tak?? Jom temankan aku buat kerja dekat cafe.

Bella
Tak delah busy mana pun, boleh je aku temankan kau tapi aku kena tanya parents dulu.

Beomgyu
Amboi, fast respon nampak. Bukan ke kau kata kau nak pergi tido ke? Dalam sejam yang lalu tadi.

Bella
Aku bukan gi tido pun, aku pergi buat ulang kaji lah.

Beomgyu
Okay princess, gi mandi then pakai baju lawa-lawa sebab kita nak date huhuhu.

Bella
Since when kau kata nak pergi date? Bukan kau kata nk temankan kau buat kerja ke, dummy?

Sedar tak sedar, pipi milik gadis itu mula memerahan seperti tomato. Salah gyu lah ni.

Tanpa membuang masa, dia terus menuntup telefon bimbit itu dan teruskan langkahnya ke bilik air. Usai sahaja mandi, dia mencari pakaian yang sesuai untuk keluar bersama Beomgyu.

"Okay princess, gi mandi then pakai baju lawa-lawa sebab kita nak date"

Ayat Beomgyu yang sebentar tadi masih berlegar-legar dalam fikirannya. Mustahil dia suka akan sahabat sendiri.

Selepas itu, jari mungil itu mula menaip sesuatu kepada ibu bapanya. Walaupun mereka tiada masa untuk dia, dia tetap setia meminta izin kepada mereka. Setelah merasakan dirinya sudah lengkap bersolek dan kemas, dia pun keluar dari bilik dan menuju turun tangga.

"Cik Aeisya, cik nak pergi kemana??" tanya salah seorang pembantu rumah.

"Saya nak keluar sekejap dengan Beomgyu"

"Kawan atau boyfriend?" usik pembantu itu.

"Beomgyu?? Eii takkan lah saya nak suka akan dia kot. Buat apa lah saya suka dia? Dia kan kawan saya sejak kecil"

Kawan? Tapi perasaannya kepada Beomgyu lebih dari seorang kawan.

"Yela, cik. Apapun berjaga-jaga di luar nanti!" pesan wanita itu sebelum dia sambung kerjanya yang tadi tertangguh.

Bella hanya senyum sebagai tanda terima kasih. Puan Awyn, sudah lama berkhidmat kepada keluarga Kim sejak Bella masih bayi. Setiap kali ibu bapa Bella ada urusan di luar negara, dia lah yang sering mengambil tanggung jawab sebagai ibu dan bapa kepada Bella.

Bella menuju keluar dan masuk ke dalam perut kereta yang diberikan oleh ayah dia.

✩ ✩ ✩ ✩ ✩ ✩ ✩ ✩ ✩ ✩ ✩ ✩

Beomgyu sedang sibuk mengambil pesan dari pelanggan lalu terus dia ke dapur untuk memberikan oder pelanggan di dapur. 

"Tunggu kekasih hati ke? Muka kau bahagia semacam" tanya Soobin.

"Sibuk lah kau, aku tengah tunggu dia macam nak tunggu TXT comeback"

"TXT dah comeback lah gila, tengok Soobin tu macam kembar aku kan?" ujar lelaki yang bernama Lee Soobin itu.

"Tak payah berangan lah, disebabkan si Soobin tu nama sama dengan kau, tak bermaksud kau kembar dia"

"Dah-dah lah tu bergaduh, tu ada customer masuk" arah Taehyun.

Beomgyu terus mengeluarkan pen dan buku kecilnya dari poket.

"Cik nak pesan apa?" tanya Beomgyu.

"Saya nak pesan Choi Beomgyu"

"Belle, kau ni nak makan kasut nike aku ke?"

Jejaka itu terus menarik kerusi di hadapan Bella dan duduk menghadap Bella yang dari tadi tergelak.

"Haah, aku dah lah lapar. Kau hidangkan kasut kau pun takpe"

"Gila"

"pabo"

Meletus tawa mereka yang menyebabkan pelanggan terngangu dengan gelak suara mereka.

"Shuhh, nanti aku kena marah dengan bos aku"

"Padan muka"

Tertiba seseorang datang ke meja mereka dengan keadaan marah.

"Beomgyu, siapa perempuan ni?? Awak curang dengan saya??"

tbc

Ayokk sape pulak pp tu?? Beomgyu ada girlfriend dah ke? Jangan serang aery, aery taktau pape

you were good for meWhere stories live. Discover now