DUA

6 0 0
                                    

Mata Zaril terpaku pada pemadangan di luar tingkap kapal Homeworld. Jelas kelihatan satu mutiara berwarna hijau kelihatan yang sangat menakjubkan. Terdapat kelompok putih bertebaran di atmosfera mutiara tersebut persis cebisan kain satin putih. Cantik sungguh ciptaan tuhan, bisik hati Zaril, hampir menitiskan air mata.

Bainun mendekati Zaril yang sedang leka. Entah apalah yang ada di benak lelaki tersebut tatkala. "Cantik, kan?" ujar Bainun, menyedarkan Zaril akan kehadirannya.

Zaril masih lagi terpukau dan hanya mengangguk kecil. Kecantikannya hampir sama dengan kecantikan Bumi, The Blue Marble. Bezanya, Dirgahayu mempunyai lautan berwarna hijau. Satu petanda yang jelas planet ini boleh didiami organisma. Satu tanda lautan tersebut mempunyai komposisi yang tinggi hidupan asas.

"Saya tak boleh bayangkan apa yang menunggu kita bila mendarat nanti." Bainun berkata lagi sebelum berlalu pergi. Sempat dia menepuk bahu Zaril, tanda bahawa mereka perlu bergerak ke kapal angkasa mereka.

Zaril menoleh lalu mengikuti langkah Bainun meskipun matanya masih tidak dialihkan dari tingkap.

Mereka menuruni anak tangga menuju ke sebuah ruang graviti sifar. Sedikit demi sedikit, badan mereka mula terapung, lantas, senyuman terukir di wajah masing-masing. Satu perasaan yang cukup asing timbul di hati walaupun sudah dilatih dengan keadaan graviti sifar sejak di Pusat Persediaan Angkasa Negara.

"Oh, okay semua dah sampai." ujar Adam sebaik kelibat Zaril dan Bainun disedarinya. Sempat dia melontarkan senyuman ringkas saat matanya dan mata Bainun terpaut. Ruang ini sebenarnya kokpit kapal angkasa kumpulan Adam yang akan mendarat di atas tanah Dirgahayu nanti.

Xin Yi sedang meneliti data keadaan semasa Dirgahayu yang diberikan Primo secara masa nyata. Dua tempat kosong diambil Zaril dan Bainun. Adam menekan beberapa suis dan kekunci. "Primo, initiate departure," sebut Adam kepada Primo.

Enjin kapal berbunyi kuat, menggegarkan seluruh isi kapal. Pintu hangar dibuka. Adam menolak tuas minyak ke hadapan, sekaligus menggerakkan kapal angkasa mereka ke hadapan.

Dalam pada itu, transmisi radio masuk ke dalam sistem kapal. Nama Mizi terpapar di paparan monitor kapten kapal. Adam menekan butang 'terima' membenarkan transmisi dari kumpulan Mizi dimainkan.

"Good luck, people. May the Force be with you." suara Mizi kedengaran keluar dari pembesar suara. Keempat-empat mereka tertawa kecil. Mereka tahu Mizi seorang peminat tegar francais Star Wars. Jarang sungguh dapat berborak dengan Mizi tanpa dia kaitkan misi mereka dengan babak-babak epik Star Wars.

Adam membalas transmisi radio tersebut dengan ucapan terima kasih dan best of luck. Kini, mereka sudah terpisah sepenuhnya dari Homeworld dan akan memasuki lapisan atmosfera dirgahayu. Rasa gugup, takut, teruja, semua perasaan yang boleh dirasakan manusia seakan bercampur menjadi bola yang melantun-lantun di dada mereka.

Sejurus diberikan green light daripada Primo, Adam menolak tuas minyak untuk meningkatkan halaju kapal menuju ke arah Dirgahayu. Xin Yi memberi laporan kondisi keadaan kapal dari semasa ke semasa. Sebaik mereka menerobosi lapisan pertama atmosfera, seluruh kapal bergegar kuat.

Zaril memegang tali keselematan sekuat hati. Walaupun sudah dilatih dengan keadaan ini berulang kali, perasaan takut itu masih kuat tersemat di dalam hati. Bibir Zaril terkumat-kamit membaca kalimah suci Al-Qur'an. Jantungnya juga berdegup kencang sehingga dia boleh dengar degupannya di telinga. Saat itu, seluruh mukanya panas, jantungnya seakan berdegup dengan ritma yang sama dengan gegaran kapal.

Suhu luar kapal semakin meningkat. Gegaran semakin kuat. Meskipun sudah lencun dibasahi peluh, Adam masih tegar menolak tuas minyak. Suara Xin Yi semakin kuat menentang bunyi bising kapal. Walaupun situasi semakin tegang, pelindung haba kapal masih bertahan dengan utuh.

MISSION: SURVIVEWhere stories live. Discover now