Tendangan Adam menolak badan Zaril. Biasanya, tendangan ringan sebegitu tidak dapat menjatuhkan manusia, tetapi hal ini berbeza dengan Zaril. Dia sedang berdiri di atas permukaan batu yang licin. Cukup dengan hanya hilang imbangan, tapak kasutnya tergelincir, menyebabkan dia jatuh ke hadapan.
Zaril cuba memaut akar kayu yang tumbuh di bibir gaung, tetapi gagal. Lebih malang, mukanya menyembah bumi, menyebabkan hidungnya mengalirkan darah merah pekat. Tubuh Zaril jatuh ke sungai yang berada jauh di bawah.
Kelihatan jelas senyuman sinis Adam semasa Zaril jatuh. Tidak puas hanya menendang anak buahnya itu, dia menunggu sehingga Zaril tenggelam dalam air sungai yang deras. Sejurus percikan air kelihatan, dia melangkah pergi dari lokasi tersebut. Langsung tiada rasa menyesal di wajahnya.
Zaril bertarung nyawa dengan arus air tawar itu. Dia cuba mencapai segala apa yang boleh dia capai, tetapi semuanya gagal. Dalam kesulitan itu, dia teringat salah satu fungsi uniform Stealth yang boleh mengembang dengan udara persekitaran. Namun, dia kini berada di dalam air yang deras, bolehkah uniform itu mengembang?
Belum cuba belum tahu, ujar Zaril pada diri sendiri. Dia cuba menenangkan diri dan melihat keadaan sekeliling. Badannya yang dipukul arus deras hampir mustahil untuk kekal statik.
Dalam dia cuba untuk mencari peluang, Zaril gagal menyedari satu batang kayu besar dihadapannya. Kedengaran bunyi 'uff' keluar dari mulutnya saat badannya menghempas kuat kayu tersebut. lalu terperosok jatuh kebawah. Dia mula panik, penglihatannya kabur dengan buih-buih dari pergerakannya sendiri. Bagaikan apa yang terjadi belum cukup malang, kepalanya terhantuk pula dengan batu di dasar sungai semasa badannya sedang berpusing.
Satu jeritan dikeluarkan dari mulutnya, namun ia seakan bisu di dalam air. Sebaliknya, satu buih besar keluar dari mulutnya. Sekala matanya menangkap air yang berubah merah, tanda kepalanya 'berlubang' akibat hentakan dengan batu tadi. Tanpa berfikir lebih panjang, dia menekan butang pengembang sut itu, dia sudah tidak boleh tunggu lagi.
Sejurus itu, uniformnya mengembang diisi bukan dengan udara, tetapi dengan air sungai itu. Meskipun perlahan, ikhtiarnya membuahkan hasil apabila uniformnya tersangkut di antara dua batu besar. Mukanya masih separuh di permukaan sungai. Dia cuba menolak tubuhnya sedikit demi sedikit ke atas. Pergerakan sebegitu menambah lagi tekanan di kepalanya, menyebabkan darah keluar dengan lebih banyak. Pandangannya juga semakin kabur. Air sungai tetap deras memukul badannya, tetapi sekurangnya dia sudah tidak bergerak, tiada lagi risiko terhantuk dan sebagainya.
Darah hangat masih mengalir keluar dari kepalanya yang cedera kesan hentakan tadi. Tubuhnya terlalu lemah untuk bergerak untuk menekan butang kecemasan. Boleh jadi butang kecemasan pun sudah rosak terhentak objek keras sungai. Zaril hanya mendepakan lengannya. Nafanya semakin berat. Jantungnya berdegup lemah.
"Macam ni la cara aku mati," ucapnya pada diri sendiri sebelum ketawa kecil. Entah apa yang kelakar tiada siapa tahu. Mungkin teringatkan peristiwa lepas? Ataupun teringatkan bagaimana dia korbankan 5 tahun dari hidupnya berlatih untuk mati di planet asing. Yang lagi menyakitkan hati, dibunuh kru kapal sendiri.
Tidak lama selepas itu, matanya tertutup rapat.
***
'Tuk'
'Tuk'
'Tuk'
Bunyi aneh itu yang pertama hinggap ditelinganya. Kemudian bau wangi persis pandan muda pula yang menyinggah deria baunya. Perlahan-lahan, Zaril membuka mata. Pergelangan tangannya terasa seperti diikat, dan badannya sedang diangkat seseorang. Kebolehan kognitifnya masih belum tajam, penglihatan juga masih kabur. Tiba-tiba, kepala Zaril diserang migraine sehingga dia kembali tertidur.
YOU ARE READING
MISSION: SURVIVE
Science FictionKemajuan manusia dalam teknologi tidak boleh disangkal lagi. Inovasi and ciptaan baharu menyumbang kepada perkembangan pesat tamadun manusia hingga berjaya menjejakkan kaki ke bulan. Namun, masalah 'overpopulation' tetap menjadi masalah besar. Zari...