⸙͎۪۫ 02 ⸙͎۪۫

157 27 18
                                    

aku terdelete chapter 2 terpaksa buat bru, aku ni dahlah pelupa, jadi aku tk ingt apa yg aku taip kt chpter ni, jadi aku buat bru jalan ceritanya diubah sikit 😭


⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛

Danee melangkah masuk ke dalam rumah dengan malasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danee melangkah masuk ke dalam rumah dengan malasnya. Penat dengan aktiviti di kampus tadi tambah lagi dengan dua presentation dalam hari yang sama. Mujur saja semuanya berjalan dengan lancar kalau ada masalah tadi memang pengsan tak sedarkan diri lah dia.

Masuk saja, matanya disapa oleh beberapa orang yang tidak dikenalinya yang sedang berbual rancak bersama Puan Ji. Kemudian itu dia mengalihkan pula pandangan empat orang lelaki bertubuh sasa dengan wajah yang agak menyeramkan turut memandangnya dengan pandangan yang gatal. Terus naik bulu romanya apabila bertembung mata dengan empat lelaki itu.

"Ha tu dia, dah balik. Jadi semuanya dah selesai kan?"

Lelaki botak yang berborak dengan Puan Ji menoleh ke arah Danee dan serta merta lelaki itu tersenyum lebar. Dia bangun dari duduk dan berjalan menghampiri Danee yang terkaku berdiri di buka pintu itu.

"Cantik juga anak kau ni. Berbaloilah aku beli dari kau," ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis. Tanganya mula naik ke rambut Danee, lalu diciumnya rambut gadis itu. Namun secara refleks Danee menepis tangan lelaki itu dan bertindak menjauhkan diri dari lelaki itu.

"Anak tiri ja. Sudahlah bawa dia balik. Aku tak tengok muka dia lagi. Buat apa ja yang kau mahu dengan dia tu, aku tak kesah yang penting aku dah dapat habuan aku."

Setelah mendengar kesemua kata-kata Puan Ji, Danee dengan lantang bersuara.

"Apa maksud eomma?"

"Aku jual kau dekat dia. Puas?"

Jantungnya terasa hampir berdetak, apa dia tida salah dengar apa yang baru saja Puan Ji katakan tadi? Matanya terasa mata, mungkin empangan air matanya akan pecah namun dia tahan, tidak mahu kelihatan lemah di hadap manusia kejam macam Puan Ji.

Lelaki yang dia jauhkan tadi, merentap tanganya. Membuatkan Danee memandang ke arah lelaki itu.

"Mulai sekarang kau akan bekerja di kelab aku. Kau kena ikut arahan yang aku suruh. Kalau kau ingkar dengan arahan aku, kau akan tahu apa nasib kau nanti."

Danee pula cuba untuk melepaskan tangannya dari gengaman lelaki botak itu namun tenaganya itu tidak dapat melawan tenaga seorang lelaki.

"Dasar botak, lepaskan aku lah sial!"

"Aku takkan sesekali turut apa yang kau suruh!" Bentak Danee lalu diludahnya wajah lelaki botak itu.

Pak!

Kepala Danee tergeleng ke kiri akibat ditampar oleh lelaki botak itu. Pipi putih mulus itu mula bertukar menjadi kemerahan.

Tanpa berbicara lelaki itu mengisyaratkan empat lelaki sasa tadi untuk membawa Danee masuk ke kereta. Danee meronta-ronta disaat diangkat oleh salah seorang lelaki sasa tadi. Sampai saja di kereta, lelaki itu mencampak masuk Danee ke dalam.

"Bodo punya lelaki kau campak aku macam kau campak barang!"

Setelah pintu kereta ditutup, Danee cuba untuk keluar di pintu kiri, namun gagal apabila lelaki botak tadi masuk.

"Kau tak boleh lari ke mana-mana sayang."

Terasa mual dia bila lelaki botak itu memanggilnya sayang. Jijik tahu tak jijik! Sudahlah muka serupa beruk terlepas dari kandang entah-entah beruk di hutan itu lagi kacak dari lelaki botak ni.

"Jangan bersayang sayang sangatlah, dah lah botak tak da rambut! Ada hati nak panggil orang sayang. Kalau kau ni Lee Dohyun nak panggil aku sayang bolehlah."

Panas hati si botak itu mendengar kata-kata Danee yang menghina aset terbesarnya. Dia paling pantang kalau ada yang memanggilnya botak. Dengan kesabaran yang tidak tertahan lagi, dia mencengkam leher Danee dengan kuat. Namun Danee tidak mahu berputus asa melawan lalu ditendangnya perut lelaki botak itu, tidak cukup dengan tendangan diperut, ditendangnya aset bagi seorang lelaki. Hal itu berjaya membuatkan lelaki botak itu melepaskan tanganya dari leher Danee.

Dengan ada peluang itu, Danee keluar dari pintu kanan. Mujur kereta mereka belum bergerak, empat lelaki sasa tadi berada di hadapan sedang berbual sesama sendiri, jadi senang Danee untuk meloloskan diri. Puan Ji yang melihat kejadian terus menyuruh empat orang lelaki tadi mengejar Danee.

Danee ni walaupun badan kecil tapi dia lari memang laju tetapi disebabkan kaki kirinya belum sembuh sepenuhnya kelajuannya agak terbatas.

"Woihh perempuan nak lari mana hah?!"

Danee menoleh ke belakang, empat lelaki sasa tadi tidak jauh dari kedudukannya.

"Shit! Kalau kaki aku ni tak sakit memang tak korang dapat kejar aku." Lalu dia memandang ke depan semula dan masuk ke lorong kecil di perumahan itu.

Semasa dia masuk ke lorong itu tiba-tiba ada seseorang menariknya masuk ke lorong lain. Mahi menjerit dirinya tetapi mulutnya ditekup dengan tangan orang yang menariknya tadi.

"Shh, kalau kau nak selamat baik kau diam."

"Eh macam pernah ku dengar suara ni?"

Dengan firasat ingin tahunya membuak-buak, dia cuba mendongak untuk melihat wajah orang yang menyelamatkan dia.

Bila sudah mendapat menangkap wajah orang tersebut, matanya terbutang besar.

"Doktor?!"















⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛

Sorry lah kalau rsa chapter ni mengarut 😂

[OG] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now