⸙͎۪۫ 16 ⸙͎۪۫

48 11 6
                                    

⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛

Flashback

"Aih.." keluhan dilepaskan sambil wajahnya tersembam pada dada bidang yang selalu dia lihat pada setiap pagi semasa dia baru bangun tidur. Sekarang dia berasa idea untuk menyelinap masuk ke rumah keluarganya adalah perkara yang dia sangat-sangat sesali. Kenapa dia rasa sangat menyesal? Sebab dia terpaksa bersembunyi bersama mahluk bernama Choi Yeonjun di dalam almari!

Kalaulah dulu dia beli almari pakaian yang besar sedikit. Tidaklah sekarang dia menyorok sambil berpelukan dengan Yeonjun. Sudahlah dari tadi lagi telinga dia asyik terdengar bunyi jantung Yeonjun macam baru lepas kena denda dengan cikgu disiplin berlari satu padang 50 pusingan.

"Kau ada masalah jantung kah? Laju sangat berdegupnya, sampaikan aku boleh dengar lagi," tanya Danee dengan suaranya sedikit kuat sambil mendongak mencari wajah Yeonjun.

Yeonjun berdecit dan bukannya mahu menjawab pertanyaan gadis itu, lalu ditarik kepala Danee ke arahnya membuatkan wajah gadis itu mengenai dadanya. "Kau diam eh..kalau kita kantoi aku salahkan kau." kata Yeonjun separa berbisik sambil tangan kanan yang tadi masih berada di belakang kepala Danee membuatkan wajah gadis itu semakin terbenam di dada lelaki  itu.

"Dasar pakcik tak guna! Tak pasal-pasal bibir aku yang gojes ni terkena dada dia!", bentak hati Danee pula. Hanya mampu membentak dihatinya, tunggulah mereka keluar dari almari itu nanti memang dia tonyoh muka Yeonjun di lantai!

"Ji Rika! Mana kamu letak beg gucci eomma yang warna merah tu?" Kedengaran suara Puan Ji seperti melimpasi bilik Danee.

"Sekarang eomma dah lambat nak meeting dengan Mr. Kang tau!"

"Mr. Kang yang handsome tu ke eomma?" Rika yang tadinya berbaring di sofa, tidak sama sekali mempedulikan ibunya dan sibuk dengan telefon pintar sambil tersengih-sengih membalas pesanan daripada rakannya terus memandang ibunya dengan teruja setelah nama lelaki pujaannya disebut.

"Kalau sebut pasal jantan kau laju eh, kalau bab nak tolong eomma sampai hari kiamat nak tunggu." Seraya Puan Ji berkata sedemikian, Danee pun mengomel, "Anak kau dengan kau sama ja, dua dua perangai naik ulat bulu."

Rika tersenyum tersipu-sipu malu, lalu datang menghampiri ibunya, "Ala eomma ni, eomma kan selalu pesan, kita kena cari lelaki kaya raya supaya hidup kita tak susah lagi. Ha ni Rika nak try lah Mr Kang tu. Dia tu full package tau, eomma pun untung juga dapat menantu muda dan kaya raya macam dia tu."

"Macam lah Mr. Kang tu nak dekat kamu ni" balas Puan Ji lalu menunjal dahi anaknya itu membuatkan wajah anak kesayangannya mencebik. Setelah itu Puan Ji bergerak ke biliknya yang terletak berhadapan dengan bilik Danee dan semasa dia melimpasi bilik Danee dia terdengar seperti orang sedang bersin.

Kakinya yang sudah maju ke hadapan diundur ke belakang lalu kepalanya dipalingkan ke arah pintu bilik Danee.

"Siapa pula yang bersin? Atau telinga aku yang salah dengar?"

"Ahcum!" Lagi sekali suara bersin menyapa di corong telinganya. Perlahan-lahan dia menapak lalu ingin memulas tombol pintu bilik Danee. Dua manusia yang bersembunyi di dalam almari tersebut sudah menahan rasa gemuruh takut ketahuan menyelinap ke dalam rumah tersebut persis seperti perompak.

Hampir saja tombol pintu tersebut dipulas habis tetapi tidak jadi setelah Rika menjerit mengatakan bahawa dia sudah menemui beg sandang yang berwarna merah yang dicarinya tadi.

Terus Puan Ji membantalkan niatnya untuk masuk ke bilik Danee dan terus menuju ke arah anaknya. Rika menghulurkan beg tersebut kepada ibunya tetapi dia menarik beg itu semula dan lalu berkata, " Rika nak ikut eomma pegi meeting boleh?"

Puan Ji mengeluh, "Ikutlah, tapi jangan buat hal eh dia office nanti lagi-lagi masa dengan Mr Kang nanti."

"Okay eomma. Sayang eomma!"

Selepas saja mendengar bunyi kereta Puan Ji meninggalkan perkarangan rumah tersebut, langsung Yeonjun dan Danee keluar daripada tempat persembunyian mereka dengan keadaan seperti orang kehabisan oksigen, mana tidaknya dua-dua menahan nafas kerana terlalu berjaga-jaga untuk tidak tertangkal oleh Puan Ji.

"Cepat packing semua barang kau, sebelum dorang tiba-tiba datang balik pulak, dah satu hal nak menyorok kat almari lagi"ujar Yeonjun sambil dia menuju ke katil Danee dan merebahan badannya di situ.

Danee menjeling lelaki itu sebelum ada satu anak patung melekat di wajah kacak Yeonjun. Siapa lagi kalau bukan Danee yang membaling.

"Shib--"

Lagi sekali Yeonjun terkena balingan anak patung. Lalu dengan segera Yeonjun bangun dan menatap Danee dengan tidak puas hati.

"Apa masalah kau ni ha?"

Soalan lelaki di hadapanya itu tidak dijawab dan tidak mempedulikan jelingan tajam Yeonjun. Danee terus mengambil bagasinya untuk mengambil pakaiannya.

Dia sebenarnya kesal dengan Yeonjun, kesal kerana minyak wangi lelaki itu masih melekat di hidungnya gara-gara perbuatan Yeonjun semasa mereka bersembunyi tadi. Dan dia semakin kesal dengan Yeonjun kerana dia suka bau wangi itu.

End flashback






⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛

Lama eh tunggu? 😂

[OG] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now