⸙͎۪۫⸙͎۪۫
"Ya ampun, dah berapa kali aku kata jangan letak kasut kau kat pintu! Nak aku humban ke laut semua kasut mahal kau ni ha?!"
Danee mengeluh kasar sambil memungut kasut-kasut Yeonjun yang bersepah di muka pintu apartment mereka. Ada yang terbalik, ada yang tersorok di bawah rak kasut, ada yang entah macam mana boleh tersangkut di penyidai payung. Yeonjun ni memang tak reti nak kemas, sewaktu dia masih bujang dulu memang macam kapal pecah rumahnya.
"Ish, janganlah marah-marah awal pagi ni. Nanti cepat tua," balas Yeonjun yang baru keluar dari bilik sambil mengikat tali leher. Senyuman nakal terukir di bibirnya melihat isterinya yang sedang sibuk mengemas kasutnya.
"Habis tu? Kau nak aku senyum ke bila kasut kau bersepah macam ni? Nak suruh aku ketawa?"
"Boleh ja kalau kau nak ketawa. Aku suka dengar kau ketawa." Yeonjun menghampiri Danee lalu mencubit pipi isterinya yang sedang mencebik itu.
"Yah! Sakit lah!" Danee menepis tangan Yeonjun. "Pergi makan breakfast kau tu. Dah sejuk nasi goreng kau."
"Hmm... nasi goreng. Tapi..." Yeonjun merangkul pinggang Danee dari belakang. "Aku nak makan kau ja."
"CHOI YEONJUN!"
Yeonjun ketawa terbahak-bahak sambil melepaskan pelukannya dan berlari ke ruang makan sebelum dia kena belasah dengan selipar yang Danee pegang. Sejak berkahwin tiga bulan lalu, beginilah rutin pagi mereka. Mesti ada ja benda yang boleh digaduhkan.
Danee mengeleng kepala melihat perangai suaminya itu. Dia masih tidak percaya yang dia sudah berkahwin dengan musuh ketatnya di universiti dulu, pensyarahnya sendiri. Kalau diceritakan pada kawan-kawannya, sudah tentu mereka tidak akan percaya. Tapi itulah hakikatnya, dia kini isteri kepada Dr Choi Yeonjun.
Perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup. Hanya Soobin, kawan rapat Yeonjun dan beberapa orang kenalan Yeonjun sahaja yang hadir. Ibu Yeonjun tahu tentang perkahwinan mereka namun dia tidak dapat datang atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Sejujurnya, Danee langsung tidak pernah menemui ibu suaminya itu, malah lihat gambarnya pun tidak. Tambahan lagi, Yeonjun kata dia mahu merahsiakan perkahwinan mereka dahulu. Itu membuatkan Danee tertanya-tanya sehingga kini.
Bila Danee menyoal Yeonjun bila dia boleh berjumpa dengan mak mertuanya itu, Yeonjun akan cakap, tiba masanya nanti aku bawa kau jumpa dia.
Danee faham dan dia tidak memaksa Yeonjun untuk memberitahu sesiapa. Lagipun dia sendiri pun tidak mahu ibu dan adik tirinya tahu tentang perkahwinannya. Dia takut mereka akan mengacau kehidupannya yang sudah aman ini.
Dia memang tidak mahu menjemput sesiap pun termasuk rakannya biarlah dia merahsiakan dulu perkahwinan dia ini. Lagipun Danee tidak yakin bahawa perkahwinan dia dengan Yeonjun ini akan kekal lama. Sebab dia bukannya cintakan lelaki gila tu dan lelaki tu pun sama. Dia terima untuk kahwin dengan lelaki itu pun hanya sebab syarat tidak munasabah Yeonjun itu yang mahu untuk memasukan dia ke kampus semula jika dia menerima lamaran Yeonjun.
Danee tidak tahu apa dalam isi kepala Yeonjun untuk mengajaknya berkahwin. Bila dia tanya kenapa, lelaki itu akan selamba badak berkata mama aku suruh kahwin.
Rasa mahu dia terajang lelaki bernama Choi Yeonjun itu bila mendengar jawapan lelaki itu, nasib baik sudah lelaki itu menjadi suaminya, kalau tak memang dah kena dengannya.
"Danee! Nasi goreng ni sedap. Kau tambah apa dalam ni?" Suara Yeonjun memecah lamunan Danee.
"Rahsia," balas Danee sambil tersenyum. Dia turut duduk di hadapan Yeonjun dan mula makan sarapannya.
"Ceh, dengan suami sendiri pun nak ada rahsia."
"Biarlah. Nanti kalau aku beritahu, kau masak sendiri pulak."
"Hmm... betul jugak tu. Baik aku tak tahu," Yeonjun ketawa. "Oh ya, hari ni first day kau masuk kuliah kan?"
Danee mengangguk. Dia baru sahaja dapat menyambung semula pengajiannya di Kankuuk University, tempat Yeonjun mengajar. Dia terpaksa pindah universiti kerana tidak mahu Rika tahu di mana dia berada.
"Kau ingat pesanan aku kan?" tanya Yeonjun dengan nada serius.
"Iya, jangan beritahu sesiapa yang kita dah kahwin. Tak payah risaulah, aku tak kan beritahu sesiapa pun."
"Bagus. Nanti masa dalam kelas aku pun kau kena panggil aku Dr Choi."
"Yelah Dr Choi yang terhormat," Danee bersuara dengan nada mengusik.
"Bagus, isteri yang dengar cakap suami." Yeonjun mengusap kepala Danee.
"Ishh... jangan kacau rambut aku. Dah siap tata ni!"
"Hehe... jom, aku hantar kau ke fakulti. Nanti lambat pulak first class kau."
Mereka berdua bergegas menghabiskan sarapan dan bersiap untuk ke universiti. Dalam perjalanan ke fakulti, Danee asyik mengetap bibir. Ada sesuatu yang dia mahu tanya pada Yeonjun tapi dia tidak pasti sama ada ini masa yang sesuai.
"Kenapa? Ada apa-apa yang kau nak cakap?" tanya Yeonjun yang perasan dengan perubahan air muka Danee.
"Err... tak ada apa-apa."
"Jangan tipu. Aku dah kenal sangat dengan kau ni. Kalau ada apa-apa cakap ja."
"Hmm... sebenarnya..." Danee menarik nafas. "Aku teringin nak jumpa mama kau."
Yeonjun terdiam seketika. Matanya fokus pada jalan di hadapan.
"Nanti aku bawa kau jumpa mama tapi bukan sekarang. Timing dia tak sesuai lagi," jawab Yeonjun perlahan.
"Kenapa?"
"Nanti bila dah sesuai, kita jumpa mama ya. Mama masih sibuk dekat Australia sana."
Danee mengangguk walaupun hatinya masih tertanya-tanya. Ada sesuatu yang Yeonjun sembunyikan daripadanya. Tapi dia tidak mahu memaksa lelaki itu untuk bercerita. Biarlah Yeonjun yang memberitahunya apabila dia sudah bersedia.
"Oh ya, nanti lunch aku ada meeting. Kau makan dengan kawan baru kau ya," kata Yeonjun cuba menukar topik.
"Okay... tapi..."
"Tapi apa?"
"Boleh pinjam duit tak? Dompet aku tertinggal." Danee tersengih.
"Aish... kau ni. Nasib baik aku ada extra cash." Yeonjun mengeluarkan dompetnya dan memberikan beberapa keping wang pada Danee. "Nah. Jangan habiskan semua okay."
"Thank you, pakcik," ucap Danee yang mendapat jeling maut dari suaminya sendiri. Setelah itu, dia bergegas keluar dari kereta namun dihalang oleh Yeonjun.
"Eh kejap!" Yeonjun menarik tangan Danee.
"Apa lagi? Nak kena rotan ke?"
Yeonjun menarik Danee mendekat dan mencium dahinya. "Semoga berjaya hari pertama. Kalau ada apa-apa, call aku."
Muka Danee memerah. "Dasar pakcik miang! Dah la aku pergi dulu!"
Yeonjun ketawa melihat Danee yang berlari menuju ke bangunan fakulti. Dia menunggu sehingga Danee hilang dari pandangan sebelum memandu ke tempat letak kereta pensyarah.
Setiba di fakulti, Danee terkejut bila mendapati kelas pertamanya adalah dengan Yeonjun. Dia duduk di barisan belakang, cuba untuk tidak menarik perhatian.
"Selamat pagi semua. Saya Dr. Choi, dan saya akan mengajar Advanced Engineering Mathematics untuk semester ini." Yeonjun memulakan kelasnya dengan nada profesional yang langsung berbeza dengan sikapnya di rumah tadi.
Danee dapat mendengar beberapa pelajar perempuan di hadapannya berbisik-bisik tentang betapa kacaknya Dr. Choi. Dia tersenyum kecil, kalau mereka tahu perangai sebenar lecturer mereka yang suka pakai seluar dalam superhero dan suka sepahkan rumah.
"Untuk assignment pertama..." Yeonjun mula menulis di papan putih.
Mata Danee membesar bila melihat keperluan assignment tersebut. Research paper 30 muka surat dalam masa dua minggu. Dia menggeleng kepala, memang betul kata orang, jangan kahwin dengan lecturer sendiri, assignment lagi susah!
⸙͎۪۫⸙͎۪۫to be continued

YOU ARE READING
[OG] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fiksi Penggemar" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...