⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Yeonjun berasa serba salah dengan perbuatannya semalam. Sampai sekarang Danee tidak mahu bercakap dengannya, bila dia cuba untuk bercakap dengan gadis itu, tetapi tidak dilayan. Hari ini lepas pulang dari tempat kerjanya, dia bercadang mahu membawa Danee keluar ke Myeongdong street food.
Mengikut researchnya yang dibuat semalam makanan adalah perkara yang terbaik sebagai alat untuk memujuk para wanita yang sedang marah, sedih mahupun merajuk.
Entah berjaya atau tidak dia memujuk Danee itu belakang kira, janji dia sudah mencuba untuk membetulkan keadaan.
"Jang Danee mana kau? Cepat bersiap aku nak bawa kau pergi luar ni," laung Yeonjun seraya menanggalkan kasut dan tali lehernya.
Tetapi laungannya itu tidak disahut Danee. Biasanya kalau Yeonjun balik ke rumah, gadis itu akan terpacak di ruang tamu, sedang menonton drama. Kali ini tidak pula, sunyi saja ruang tamu itu tiada tangisan, tiada gelak tawa, tiada rasa marah dari Danee kerana drama.
"Kat bilik kot," lalu Yeonjun menuju ke bilik Danee yang berhadapan dengan biliknya. Setelah itu dia mengetuk pintu bilik tersebut.
"Danee oi, kau kat dalam ke?"
Diketuknya lagi pintu itu. Tetapi langsung tiada respon dari Danee.
"Aku masuk ni tau," Yeonjun memulas tombol pintu tersebut dan bila dia lihat gadis itu sedang berselubung, menyelubungi dirinya dengan selimut.
Dapat Danee rasa Yeonjun duduk di birai katil. Dia tidak peduli, dia masih mahu mogok dengan lelaki itu! Sejurus itu, Yeonjun mendekatinya, lalu cuba membuka selubungan selimutnya tetapi Danee sempat menghalang.
"Danee..aku nak ajak keluar. Kata bosan duduk rumah ja," lembut saja cara percakapan Yeonjun dengannya. Selalunya jangan haraplah lelaki itu mahu bercakap dengannya sebegitu.
Yeonjun melepaskan keluhan setelah melihat Danee langsung tidak mahu keluar dari selimutnya dan sama sekali tidak memberikan respon kepadanya.
"Okay sorry sebab cium kau semalam, sorry sebab curi first kiss kau dan sebagai permintaan maaf aku ni aku nak bawak kau keluar pergi street food dekat Myeongdong," ucapnya.
"Sekarang baru jam lima setengah kau bersiaplah dulu. Dalam jam enam macam tu aku tunggu dekat ruang tamu," sambung Yeonjun sambil melihat jam tangannya seraya itu bangun dan keluar dari bilik Danee.
Selepas mendengar bunyi pintu biliknya ditutup Yeonjun, baru Danee keluar dari selimut. Pintu biliknya dipadang seketika, kemudian jari telunjuknya memegang bibirnya. Bibir lembutnya itu seakan-akan masih terasa disentuh oleh bibir Yeonjun selama. Maka mulalah otaknya memutarkan semula kejadian selama tetapi dia terus mencantas fikirannya itu lalu memukul-mukul kepalanya supaya tidak memikirkan kejadian itu lagi.
Sebenarnya dia malu dengan Yeonjun sebab itulah dia memulaukan lelaki itu dari semalam lagi.
"Kalau boleh aku nak hilangkan ingatkan aku terus supaya tak ingat kejadian tu lagi," katanya kepada diri sendiri lalu mengusutkan rambutnya sehingga seramai. Tidak cukup dengan mengusutkan rambutnya, dihentak pula kepalanya pada kepala katil.
Jangan risau, kepala katil tu tidak keras pun, jenis bantal punya, kalau keras bukannya si Danee tu berani hentak kepala dia kuat-kuat. Dia bukan jenis yang tahan sakit sebenarnya, demam sikit aja terus macam orang tidak bernyawa. Jari terkena jarum pun dia menangis macam budak kecik. Yang kaki kirinya itu pula Yeonjun yang hantar ke klinik kalau tidak memang tiga hari dua malam gadis itu tidak tidur malam.
Sedar dari alam meroyannya, Danee bangun dan terus mencapai tuala mandi yang tersangkut pada penyangkut baju. Kemudiannya, sebelum masuk ke bilik air Danee mengambil pakaiannya untuk dipakai nanti, selesai itu barulah dia masuk ke bilik air.
Dalam lima minit kemudian Danee selesai membersihkan diri. Kalau ikutkan dalam sehari hampir empat kali Danee mandi. Orang lain mandi sehari dua atau tiga kali dia sampai empat kali.
Sudah itu memang tabiatnya dari kecil lagi, pagi mandi untuk ke sekolah, balik dari sekolah tengah hari dia mandi lagi. Setiap petang pula dia akan berjoging dengan mama dan papanya, selepas joging tu dia terus mandi. Malam pula dia akan mandi juga dan sehingga dewasa dia melakukan rutin hariannya itu.
Danee melihat dirinya di cermin, dia sedang mengenakan blouse putih yang mempunyai bercorak bunga daisy yang kecil dan di tuck-in dengan seluar jeans. Setelah puas dengan penampilannya, beg sandang yang terletak di atas meja cermin tadi dia ambil dan disandang. Setelah itu dia langsung keluar dari biliknya dan terus menuju ke ruang tamu di mana Yeonjun sedang berada.
Lelaki itu sedang duduk di atas lantai yang berlapikan carpet sambil bersandar pada sofa dengan matanya dipejamkan sambil memeluk tubuh.
"Tidur kah? Nak kejut kah tak ni hmm." Monolog Danee. Serba salah juga dia mahu kejutkan lelaki itu, mukanya macam nampak keletihan. Selepas habis berperang dengan fikirannya sama ada mahu kejutakan Yeonjun atau tidak akhirnya dia memutuskan untuk mengejutkan lelaki tetapi tidak mana silapnya dia tiba terpijak kaki Yeonjun menyebabkan imbangan badan tidak dapat dikawal dan akhirnya dia tersembam jatuh atas lelaki itu.
Dan ya, Danee berjaya membangunkan Yeonjun dengan cara yang agak kurang sihat untuk jantungnya, bila jarak wajah mereka berdua tinggal beberapa inci lagi. Kalau silap langkah, mungkin akan bakal berlaku agenda second kiss pula.
Kerana tidak mahu agenda itu berlaku lagi, lantas Danee bangun manakala Yeonjun masih kekal diposisinya tadi, otaknya masih memproses apa yang sudah terjadi sebentar dengan dayanya yang masih dalam keadaan yang mamai.
"S-sorry aku tak sengaja. Niat nak kejut kau tadi, tapi lain pula jadinya," ucap Danee tanpa memandang Yeonjun. Dapat dia rasa wajahnya itu sedang kemerah-merahan akibat malu tambah lagi agenda semalam masih menghantuinya bertambah merahlah wajahnya itu.
Yeonjun bangun seusai saja Danee berkata sedemikian, tanpa membalas kata gadis itu. Kunci kereta diambil dari poketnya, setelah itu dengan selamba badaknya dia menari tangan Danee lalu dibawanya gadis itu ke muka pintu setelah itu dia mengunci apartmentnya. Genggam tangan Danee masih kemas dia pegang.
Danee pula sudah terpinga-pinga dengan kelakukan Yeonjun itu. Tiap kali dia dan Yeonjun berada di luar pasti lelaki itu tidak membenarkan Danee melepaskan tangannya dari pegangan lelaki itu. Selalunya dia kalau dekat-dekat dengan lelaki itu dihalaunya dia, ini siap pegang tangan dia kuat lagi itu hairan pula dia.
"Boleh tak tolong lepaskan tangan aku?"
"Tak boleh."
"Tapi kenapa??"
"Nanti kau hilang."
"Aku bukanya budak kecik lagi! So lepas!" dengan segala tenaganya yang ada itu dia cuba untuk melepaskan pegangan tersebut namun dengan pantas Yeonjun menarik tangannya ke arah lelaki itu sehingga dahi Danee terkena pada dada Yeonjun.
"Aish kau ni-" percakapan Danee terpotong saat Yeonjun memasang wajah seriusnya. Tahu pula dia nak kecut bila Yeonjun tengah serius.
"Dengar cakap aku please sekali ni ja aku tak minta banyak pun."
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
Hello! Sorry baru update maybe dua atau tiga minggu macam tu aku tak update ff ni sbb tgh sibuk nak final exam lepas hbis exam nanti aku update ya! Thank you ❤️

YOU ARE READING
[OG] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fiksi Penggemar" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...