⸙͎۪۫ 12 ⸙͎۪۫

126 21 17
                                    

⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛

Di ruang meja makan, hanya bunyi sudu dan pinggan berlaga saja. Yeonjun mahupun Danee langsung tidak, masing-masing dengan fikiran mereka. Selepas pergaduhan di bilik air tadi Danee rasa dirinya tiada tenaga ingin mencari pasal atau membuat onar dengan Yeonjun. Jadi malam ini dia nak jadi budak baik.

Yeonjun pula, lelaki itu sibuk dengan telefon pintarnya. Dia sedang membalas pesanan daripada pelajarnya yang menanyakan beberapa soalan tentang pelajaran siang tadi. Sudah berbuih mulutnya berpesan pada pelajarnya supaya jangan mesej dia pada waktu malam tapi tetap saja mereka tidak menuruti pesanan Yeonjun.

Mau Yeonjun bertukar jadi singa jadian atau serigala kah tetap juga mereka naik kepala lagi-lagi pelajar bernama Choi Beomgyu. Dia memang suka kacau Yeonjun, sehari kalau tak dapat mengacau pensyarah kesayangannya itu memang tidak lengkap hidupnya. Sampaikan Yeonjun pun fed up melayan perangai tidak semenggah pelajarnya itu.

Yeonjun ini merupakan satu daripada pensyarah dalam Civil Engineering Department dan dia mengajar subjek Engineering Mathematics, Engineering Physics serta Advanced Engineering Mathematics. Dia hanya sempat mengajar Danee engineering mathematics sewaktu dia masih bertugas di Myeongil University dulu. Sekarang dia mengajar di Kankuuk University.

Ting!

"Aish jjinja...aku dah kata kalau nak tanya tu tanya masa office hour tak pun masa kelas ni tak malam juga nak bertanyanya," bebel Yeonjun yang baru saja mahu meletakkan telefon pintar ke dalam poket seluarnya. Dia baru saja nak sambung makan ada lagi yang mesej dia.

Lalu diseluk semula poket seluarnya dan mengambil telefon pintarnya itu. "Budak ni lagi..." katanya bila melihat nama pelajarnya yang tertera di notificationnya. Kemudian, pantas saja jarinya menekan mesej tersebut.

"Hyung......."

"Aku dah kata jangan panggil aku hyung, aku pensyarah kau jadi panggil aku dr! Ish budak ni," balasnya menggunakan voice. Kalau di rumah orang yang selalu buat dia pening kepala adalah Danee tetapi kalau di kampus, Choi Beomgyu yang selalu buat dia pening kepala sampai dia terkena migran. Kalau dua manusia ini bertemu sudah pasti urat kepala dia putus!

Tidak lama itu mesejnya dibalas Beomgyu dengan voice.

"Eh dia ni, hari itu kata boleh panggil hyung kalau kat luar kampus, sekarang ni kita kat rumah masing-masing kan kalau gyu panggil hyung ahjussi hyung marah pulak!"

Yeonjun mengetap bibirnya, geram pula dia dengan seketul Beomgyu itu. Danee yang berada dihadapannya itu hanya memerhatikan saja tingkah lakunya. Entah mengapa Danee berasa seperti ditekan kuat di bahagian kepalanya. Seperti ada satu tangan gergasi yang menekan-nekan kepalanya.

Mendengar saja suasana di meja makan itu sunyi Yeonjun tersadar akan sesuatu dan dia berasa hairan, kqalau waktu makan selalunya mulut Danee tidak berhenti-henti bercakap tetapi kali ini gadis itu diam, langsung tidak bercakap dari mula mereka menghidangkan lauk pauk sehingga sekarang.

Mesej Beomgyu tadi tidak dia balas, lalu telefon pintarnya itu dia letak saja di sebelah cawannya.

Setelah itu matanya melirik ke arah wajah Danee. Dia perasan wajah Danee kelihatan pucat.

"Kau okay tak ni? Makan pun perlahan, biasanya gelojoh macam tak makan setahun. Risau pula aku tengok." Pertanyaan Yeonjun itu dibalas dengan anggukan sambil tangannya membuat okay gesture. Berat sangat mulutnya untuk berbicara ketika ini.

"Kalau tak sihat aku boleh hantar ke kliㅡ"

"ACHOM!"

Tidak sempat Yeonjun menghabiskan percakapan dirinya tiba-tiba dia disembur percikan air liur semula jadi di muka kacaknya. Sekarang barulah dia faham bagaimana perasaan Soobin bila kena sembur olehnya.

[OG] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now