⸙͎۪۫ 19 ⸙͎۪۫

46 3 0
                                    

Batu kecil disepaknya dengan rasa geram yang membuak-buak di dalam hatinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Batu kecil disepaknya dengan rasa geram yang membuak-buak di dalam hatinya itu. Sambil mulutnya membebel tidak henti sepanjang perjalanan pulang dari kedai serbaneka.

"Apa dia ingat aku ni bibik dia ka? Nak suruh aku buat tu ini. Dahlah seluar dalam spiderman dia tu pun aku tolong basuhkan. Tak malu betul, umur dah nak masuk angka 3 pun masih juga guna seluar dalam macam budak-budak! Dahlah miang nak mampus, tak habis-habis ajak aku kahwin. Apa tak ada calon lain kah dia nak jadikan isteri, aku juga yang kena! Kalau perangai tu elok sikit tak apalah juga aku terima, ni serupa monyet terlepas dari hutan! Monyet kat belakang kampus aku dulu pun tak macam perangai dia--hmmph!"

Belum puas dia membebelkan perangai si Yeonjun tiba-tiba saja mulutnya ditekup oleh seseorang. Puas dia meronta-ronta untuk dilepaskan jadi dia mengambil langkah terakhir iaitu..

"Arkhhh! Sakit bodo!"

Gigit tangan orang tu.

Yeonjun yang merintih kesakitan itu terus melihat tanganya yang digigit Danee. Nampaklah beberapa kesan gigit Danee di tangannya. Terus dia mengalihkan pandangan, sekali lihat Danee sudah berlari meninggalkannya.

Mereka berdua sebenarnya baru balik dari 7e, Yeonjun yang ajak Danee pergi di situ sebab bosan katanya padahal dia mahu cari masa untuk bercakap tentang lamaran dia terhadap Danee tempoh hari. Walaupun Danee kata dia terima ajakannya itu tetapi bila Yeonjun mula berbicara tentang topik perkahwinan mereka, gadis itu mengelakkan diri.

Selepas Danee melarikan diri dan meninggalkan Yeonjun dengan kesan gigitan di tangannya, Yeonjun merasa kesal dan marah. Dia tidak menyangka Danee akan bertindak sedemikian rupa. Dalam keadaan kesakitan, Yeonjun memutuskan untuk mengejar Danee sambil dia berkata, "Oii berbekas tangan aku kau gigit! Tunggu kau ehh ada hari aku balas lagi teruk dari ni!!"

Dengan langkah yang cepat, Yeonjun berlari mengejar Danee yang semakin jauh di hadapan. Dia merasakan perasaan yang amatlah geram.

"Mana kau nak lari ha?! Dasar anak singa! Suka hati kau ja gigit tangan gojes aku ni! Sini kau!" Akhirnya, Yeonjun berhasil mengejar Danee dan berhenti di hadapan gadis itu dan menyambar tangan Danee dengan kadar segera sebelum anak singa itu melarikan diri lagi. Dengan nafas yang tercungap-cungap, sambil menatap Danee dengan renung yang tajam.

Sementara Danee pula sedaya-upaya melepaskan tangannya daripada gengaman Yeonjun.

"Yeonjun lepaslah--" saat dia meronta-ronta meminta tangannya dilepaskan, Yeonjun tiba-tiba menarik Danee ke dalam dakapannya dan semakin Danee meronta-ronta minta dilepaskan semakin dia eratkan pelukan tersebut.

"Aku minta maaf sebab desak kau. Aku sebenarnya nak jaga kau. Aku tak nak kau jadi orang yang aku pernah sayang hilang disebabkan dia kehilangan keluarga dia. Bila aku jumpa kau untuk buat pertama kali, kau buat aku teringatkan seseorang yang aku gagal untuk lindungi. Aku tak nak kau jadi macam dia." Luah Yeonjun dengan nada yang tenang sambil tangannya mengelus-elus rambut Danee.

"But, why me?" Danee yang masih dalam dakapan Yeonjun itu cuba untuk bersuara. Dan dapat dia dengar lelaki itu menarik nafas yang panjang.

"Sebab aku dah selesa dengan kau, Danee. Kalau kau nak tahu aku jenis yang tidak mudah untuk percayakan orang. Tapi bila aku dah lama bersama kau, kau buat aku mula percayakan kau dan sebab itulah aku suka buli kau," jelas Yeonjun sambil tertawa halus bila dia mengatakan dia suka membuli Danee.

Terus Danee meronta semula kerana dia tidak boleh menerima alasan kenapa selama ini lelaki itu selalu membulinya. Alasan yang tidak munasabah! Dasar pakcik miang!

Namun rontaanya itu tidak memberi sebarang kesan kepada Yeonjun yang masih kekal memeluknya.

"Danee, aku pun sebenarnya dah tak ada keluarga, aku hanya sebatang kara macam kau. Jadi apa salahnya aku nak jadi seseorang yang ada di sisi kau tak kira susah dan senang. Aku tahu kahwin ni benda yang tak boleh dibuat main. But trust me, i'll protect you till i die"

"But you don't love me, Yeonjun. Macam mana kau nak hidup dengan orang yang kau tak cintai, pabo."

"Kau yang pabo, aku dah lama sukakan kau. Kau ja yang tak nampak. Dasar tak peka punya anak singa," desis hati Yeonjun sambil ketawa kecil.

"Eh ketawa pulak kau, cepat lepaskan aku. Boleh mati lemas aku hidu minyak wangi kau!" Akhirnya Yeonjun melepaskan pelukannya. Ceh, padahal dia suka bau Yeonjun tu, saja jual mahal si Danee ni.

Baru saja dia dapat menghirup udara, Yeonjun pula pergi picit hidungnya. Pantas Danee menepis tangan Yeonjun. "Yahhh mati lemas betul-betul aku gilaa. Kata nak jaga aku. Ni nak bunuh aku ke apa??" Marah Danee.

"Jadi? Kau terima aku tak?" soal Yeonjun pula.

"Ya aku terima kau."

"Betul ni? Tak tipu?"

"Tak"

"Betul ka ni? Aku takut kena scam macam hari tu ja"

"Habis itu, kau nak aku buat apa untuk bagi kau percaya yang aku terima lamaran kau tu"

"Hmm kiss aku dulu baru aku percaya"

"Eii dasar miang. Tak nak aku!"

Dan perjalanan mereka berdua balik ke rumah pada malam ini dipenuhi dengan suara bertengkar kecil mereka.



















⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛

Ayok yeonjun kantoi dah lama suka danee ayokk

[OG] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now