"Your next chapter is going to be amazing, Chère"
Ringggggg!!
Jam loceng di sisi katil berbunyi nyaring. Namun penghuni setia katil bersaiz king itu masih tetap nyenyak diulit mimpi. Sedikit pun tidak terkesan dengan bunyi loceng itu. Malah sempat dia menarik comforter satin yang berwarna merah hati itu tutup seluruh tubuhnya.
"Maaf Tuan Puteri. Time to wake up." Tutur Kairissa sambil menyelak langsir sliding door. Membiarkan cahaya matahari masuk ke kamar yang luas itu. Hanya itu saja cara untuk menyedarkan Tuan Puteri seorang ini.
Kairissa adalah anak Makcik Rahmah yang merupakan ketua pembantu rumah dalam rumah agam milik Tengku Ahmad Shah yang sudah berkhidmat selama 20 tahun. Kairissa pula dilantik menjadi pembantu peribadi Tengku Armell Medeleine, puteri kesayangan kerabat diraja ini. Dan juga satu-satunya puteri tunggal keturunan Tengku Aminuddin Shah.
"Rissa... jangan la. Mell nak tidur la. Orang mengantok. Tutup balik, please baby.." Rengek Armell sambil menghentak kakinya ke atas tilam beberapa kali. Mata tetap juga dipejamkan.
Kacau betul la minah ni. Orang baru nak mimpi kena culik dengan Massimo, dia dah kacau. Bagi la aku jumpa Massimo dulu. Ish..
"Banyak la Tuan Puteri mengantuk. Siapa suruh tidur lewat semalam? Rissa dah pesan awal-awalkan kita ada kelas pagi ni. Tapi degil juga. Kalau Tengku Aryan tahu..." Belum sempat Kairissa menghabiskan khutbah paginya, laju saja Armell memotong.
"No! Stop it. Jangan sebut nama abang Mell pagi-pagi ni. Alergik la. Rissa memang tau. Sengaja je. Ishhhh..." Dia menghadiahkan jelingan tajam kepada sahabatnya itu. Rambutnya yang panjang itu dikusutkan. Geram.
Kairissa ketawa kecil apabila dapat mengenakan sahabatnya itu. Hanya dengan cara itu dia terpaksa lakukan untuk kejutkan Tengku Amell Medeleine kerana hanya suara dan kuasa veto Tengku Aryan Mikail saja mampu menundukkan si puteri yang degil dan manja ini.
"Tahu takut.. Dah tak payah nak jeling- jeling sangat. Kita dah lewat ni. Lagipun Pak Engku dan Ma Engku dah tunggu dekat bawah tu."
Perlahan, comforter yang membaluti tubuh Armell di tariknya lalu di masukkan ke dalam bakul cucian. Menjadi rutin paginya setiap tiga hari, dia perlu menukar cadar, selimut dan sarung bantal Armell kerana gadis itu sensitif dan alergik pada habuk.
"Gelak la puas-puas yang Cik Rissa. I suruh ayah I kahwinkan dengan Tengku Aryan Mikail baru tahu. Time tu baru kenal langit tinggi ke rendah." Armell tersenyum sinis apabila melihat reaksi Kairissa yang kelihatan seperti nenek tertelan ubat gegat.
Tahu takut. Pandai sangat ugut kita.
"Tengku Armell Medeleine!"
Belum sempat Kairissa mengejarnya, Armell terlebih dahulu bercicit lari masuk ke dalam kamar mandi. Ruangan bilik tidur itu mula dipenuhi dengan gelak ketawa mereka berdua.
YOU ARE READING
Princess Mr Heartless
RomanceHadirnya Tengku Armell Medeleine tanpa dipinta dalam hidup Syed Ian Harith membuatkan hidupnya berubah 360 darjah. Disangkakan kejadian terakhir mereka bertemu adalah rancangan yang telah di atur buat Ian Harith nekad niatnya yang satu itu. "We are...