MR. HEARTLESS - 03

2.6K 271 28
                                    

"Your next chapter is going to be amazing, Chère"

Sebaik sahaja kereta jenama Mercedes Benz G63 AMG berhenti di hadapan pintu masuk bangunan Wisma Mega Global itu, Armell terus menoleh ke arah lelaki di sebelahnya dengan dahi yang berkerut.

"Apa kita buat dekat sini? Along cakap nak balik pejabat, tapi kenapa datang sini?" soalnya tidak puas hati. Setahu dia, pejabat abangnya dekat Wangsa Maju bukan dekat Ibu pejabat Mega Holding.

"Kita datang jumpa atuk kejap. Turun." Jawab Aryan sambil kakinya melangkah keluar dari kereta. Armell yang masih tidak puas hati itu tidak dihiraukannya.

Keith yang baru sahaja turun dari kereta yang diparking di belakang keretanya itu dipandang sekilas. Isyarat mata diberikan dan lelaki itu selaku pegawai peribadinya terus menganggu faham.

"Along! Tunggu la. Mell tak habis cakap lagi ni. Mell tak nak naik atas!" Jerit Armell geram sambil menghentak kakinya tanda geram.

"Where is your manner Tengku Armell Medeleine?? I'm not asking you to follow me but this is an order. So please.. Jangan buat atuk tertunggu-tunggu." Kali ini suara itu mula kedengarannya tegas.

Tanpa kata, Aryan terus menarik tangan Armell untuk mengikut langkahnya masuk ke dalam bangunan tersebut. Kalau boleh dia pun tidak mahu jejakan kakinya di sini. Namun arahan Datuknya mahu berjumpa meraka adik beradik di sini tidak boleh dipandang enteng.

Armell gigit bibirnya kuat. Dia tidak suka. Bukan tidak suka apabila berjumpa dengan datuknya tapi tidak suka apabila berjumpa datuknya dalam keadaan tidak bersedia. Tanpa kehadiran Ayah dan Ibu, keyakinan untuk berdepan dengan Tengku Aminuddin Shah adalah sangat rendah. Setiap perjumpaan dengan datuknya, pasti ada agenda tersembunyi.

Sejak dulu datuknya sangat tegas terhadap cucu-cucunya terutama sekali pada dia kerana hanya dia seorang cucu perempuan di dalam keluarga. Dan dia tidak suka hal itu.

Ting!

Lamunan Armell terhenti apabila lif yang dia naiki berhenti di tingkat 30. Dengupan jantungya makin kuat terasa. Kedua belah tangannya tiba-tiba sahaja terasa berpeluh. Entah kenapa perjumpaan kali ini dirasakan lain. Dia menoleh ke arah Aryan sebelum matanya memandang ke arah Keith yang berada di belakangnya.

"Along, Mell nak pergi toilet sekejap ya. Along masuk dulu." Ujarnya perlahan sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman Aryan. Tandas hanya alasan untuk dia melarikan diri dari berjumpa dengan datuknya lebih awal kerana dia tahu, Aryan ada mesyuarat bersama datuknya.

"Masuk pejabat along. Guna tandas dekat situ. Along nak jumpa atuk sekejap. When everything is ready, Amira will catch you up." Balas Aryan sebelum meninggalkan Armell terpinga-pinga.

Pulak dah. Tadi dia yang kalut. Ish..

"Jom Cik Armell saya tunjukkan bilik Tengku." Amira menundukkan sedikit tubuhnya sambil tangannya menunjuk arah ke pejabat Aryan. Amira adalah setiausaha Tengku Aminuddin dan apabila Aryan ada urusan disini, dia yang akan uruskan semuanya.

Armell mengangguk kecil.

"Thank you." Ujarnya sepatah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat Aryan. 

Sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat Aryan, Armell terus mengorak langkah ke meja kerja abangnya. Itu adalah tempat kegemarannya apabila berada di dalam bilik kerja Aryan. Dan Aryan terpaksa berkorban dengan melakukan kerjanya di ruang perbincangan yang terdapat di sudut pejabat.

Princess Mr HeartlessWhere stories live. Discover now